Wednesday, May 2, 2012

Sabah Dan Sarawak Perlu Lahirkan Generasi Ulama'

اَلْقَبْرُ أَوَّلُ الْمَنَازِلِ مِنْ مَنَازِلِ الْأَخِرَةِ
Kubur merupakan awal tempat menuju ke akhirat " "

Bila fikir tentang kematian membuatkan kita semakin risau. apakah baiknya mati kita atau sebaliknya, adakah kita disembahyangkan oleh alim ulama' dan insan-insan yang faham tentang sholat jenazah dan yang pandai berdoa, atau kita disembahyangkan oleh insan-insan yang tidak faham dan hanya berdoa ikut suka tanpa doa yang khusus ajaran Nabi shallallahu 'alaihi wassalam.

Bagaimana kalau kematian menjelma di daerah yang tidak mengamalkan Islam, daerah yang tiada ustaz dan ustazah dan jauh dari alim ulama' ?

jika kematian itu ditakdirkan Allah di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, Terengganu, Perak dll tentu ramai alim ulama dan ustaz dan ustazah menyembahyangkan dan mengirimkan doa. Bagaimana pula kalau kematian itu terjadi di negeri Sabah dan Sarawak?

Fikir-fikirkanlah wahai warga Sabah dan Sarawak !!! kita mampu menilainya dan boleh merubahnya kerana kita salah seorang yang bakal dikafankan dan disolatkan oleh insan yang berada disekitar kita.

Sebelum kematian itu berlaku kepada kita dan saudara se-Islam disekitar kita. Eloklah amalkan dan hafal doa ini:

" اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوْءِ الْخَاتِمَةِ " !!!

" Ya Allah matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah, dan janganlah matikan kami dalam su'ul khatimah.." amin Ya Robbal Alamin !!!

Doa sholat jenazah:
" اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفِهِ وَاعْفُوعَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُوْلَهُ وَوَاسِع مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالسَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّهُ الثَّوْبُ الْاَبَيَاضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ " !!!

Atau doa ini sahaja :
 اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفِهِ وَاعْفُوعَنْهُ"



Sekiranya rakyat sabah memperdalami agama Islam dan cuba menghayati dan mengamalkan segala ajarannya nescaya akan ramai lahirnya Ulama' di negeri tersebut dan kelak pasti akan dipimpin oleh para pemimpin yang beriman dan bertakwa kepaada Allah. Tapi jika rakyat sabah masih tidak mendalami ilmu agama Allah dengan sebaiknya nescaya rakyat sabah akan berterusan dipimpin oleh para pemimpin yang jahil dan pemimpin yang tidak beriman dan bertakwa kepada Allah !!!
Saya yakin dan percaya sekiranya rakyat Sabah dan Sarawak mengetahui peri pentingnya peranan seorang Ulama' di tempat mereka nescaya suatu hari nanti Sabah dan Sarawak akan dipimpin oleh generasi Ulama'. InsyaAllah !



اللهم أهدي قومنا فإنهم لا يعلمون

Bersedialah sebelum kita disemadikan dan dikebumikan !!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails