Wednesday, July 25, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Muhammad ! (",)

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Ashabihi Ajmain.

Alhamdulillah segala puja dan puji hanya tertentu milik Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan malam dan siang serta menciptakan semua mahkluknya. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad shallallahu alaihi Wassalam keatas keluarga Baginda dan Sahabat-sahabat Baginda semuanya.

Alhamdulillah.. Allah mengurniakan kepada keluarga kami seorang bayi lelaki pada tanggal 22/7/2012 bersamaan 2 Ramadhan 1433H seberat bayi 2.8 Kilo Gram.



Ismi Muhammad (",)
 

InsyaAllah kami akan memberikan nama dengan nama 'Muhammad'. Berdasarkan kisah yang kami ambil dari dua kisah di bawah ini:


Kisah Pertama:

Bismillah... Semasa kami berada di Makkah Al-Mukarramah,
Bayi kami baru 4 bulan dalam kandungan Ummi,
Ada seorang orang Arab Mesir istimewa duduk diatas kerusi roda,
Bersholat dan berdoa dihadapan pintu Masjidil Haram,
Setelah beliau selesai bersholat dan berdoa,
Kami berkenalan dan berta'aruf dengannya,
Beliau suka melihat Zuyin dan beliau memanggil Zuyin dengan panggilan Aisyah.

Dipendekkan cerita.. kami beritahu yang zuyin bakal mendapat adik,

Beliau pun kata insyaAllah anak itu laki-laki,
lalu dia pun terus berikan nama, dan nama yang beliau berikan ialah 'Muhammad'
Kami tersenyum... lalu kami tanya dia kalau anak perempuan?
beliau menjawab, tak anak itu laki-laki.. berulang kali beliau menstabitkan jantina tersebut.

Kisah Kedua:

Malam pertama di Mesir selepas pulang dari Madinah Al-Munawwarah,
Ummi bermimpi dengan seorang kanak-kanak lelaki,
Berjubah putih dan memakai kopiah putih,

Anak kecil itu memegang tangan Ummi dan mengajak ummi:
" Nak duduk di Madinah! nak duduk di Maqam Nabi! "

Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Lillahil Hamd.

Start dari situlah kami bertambah yakin yang anak kami nanti adalah anak laki-laki. Dan kami mengetahui yang anak kami dalam kandungan adalah laki2 apabila pulang ke Malaysia ketika Dr Scan di Klinik Tasek Gelugor dan masa itu bayi dalam kandungan ummi sudah 8 bulan. ( Orang Arab Itu kata laki2.. Dalam Mimpi ummi juga laki2, Dr Scan pun kata laki2... Cuma Allah belum kata apa lagi.. Akhirnya hari ini sudah semuanya sudah terbukti dengan kehendak dan karunia Allah maka Allah memberikan kami rezeki anak laki2... Alhamdulillah Wa Syukrulillah... Terima Kasih Ya Allah Golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur amiiin !!!

Dan kami sudahpun membelikan jubah putih dari Madinah buatnya.





Kesimpulannya Nama bayi lelaki kami insyaAllah kami akan berikan dengan nama 'Muhammad' dan insyaAllah hari tahnik hari ketujuh kami akan rasmikannya biiznillahi Ta'ala. Kemungkinan kami akan menambahkan lagi di hujungnya samaada Muhammad Habibullah, Muhammad Ramadhan Al-Buthi atau apapa sahaja yang dikehendaki Allah selepas mendapat perkenan serta jawapan dari istikharah. Semoga dengan nama yang bakal kami berikan kepada anak pertama laki2 kami ini sesuai buatnya di dunia dan di yaumil Qiamah dan semoga nama tersebut adalah nama yang boleh mendapat rahmat serta maghfirah dan barakah dari Allahu Ta'ala sepertimana dihari kelahirannya bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat keampunan dan keberkatan dari Allahu Ta'ala.. amin Ya Allah !


Zuyin mendoakan kesholehan buat adiknya




Zuyin ucap selamat datang buat adiknya
 ( Selamat Menjadi adik akak )

" Ya Allah hamba mohon kepadaMu jauhilah anak hamba serta zuriat ketununan hamba daripada godaan syaithan yang direjam sepertimana Engkau melahirkannya pada bulan syaithan dibelenggu. Dan Rahmatilah anak hamba sepertimana Engkau meluaskan rahmatMu dibulan ramadhan. Ya ALLAH jadikanlah anak hamba serta zuriat keturunan hamba sebagai penyejuk mata dan penawar agamaMu serta jadikanlah kami dan mereka sebagai Imam dan pemimpin bagi orang-orang bertakwa.." amin Birahmatika Ya Arhamarrahimin amin !!! "


اول رمضان رحمة ووسطه مغفرة وأخره عتق من النار ( رواه مسلم )
" Awal Ramadhan Merupakan Rahmat, Pertengannya Keampunan
Dan Penghujungnya Kebebasan Dari Api Neraka.."





Hamba Ilahi Kamarudin Toyo
Tasek Glugor Pulau Pinang Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah ustaz kamaruddin...moga diberi kesihatan dalam terus menyampaikan dakwah...

tahniah juga dapat penyejuk mata baru-muhammad kan..

dari sahabat kat mesir

Related Posts with Thumbnails