Tuesday, February 26, 2013

Kalimah 'Allah' Di Tapak Kasut Zuyin ( 'Royale Baby' )

Kalimah 'Allah' Di Tapak Kasut Zuyin ( Jenama 'Royale Baby' )


Inilah kasut berjenama ' Royale Baby'



Kasut ni saya beli ketika balik kampong zaujah di Pulau Pinang.
Memandangkan anak saya sudah beranjak usia 2 tahun pada ketika itu,  saya bawa dia ke satu kedai pakaian baby Yang terletak di kepala batas. Kedai tersebut menjual beebagai barangan keperluan baby termasuklah kasut.. Tanpa perlu meneliti tapak kasut tersebut saya pun membelinya. Saya juga tidak perasan bahawa tapak kasut tersebut adalah kalimah Allah, kerana ianya berbentuk tulisan sambung Seperti huruf 'R.B'.


Setelah setengah tahun anak saya memakainya baru saya perasan yang tulisan sambung di tapak kasut tersebut adalah kalimah Allah " Astaghfirullah ". Saya mula perasan ketika saya dan family pergi 'Jaulah' ke Fayyum Egypt kerana nak menziarahi tempat bersejarah Kincir Nabi Yusof alaihissalam dan tasek qorun. Kemudian Ketua travel membawa kami ke satu tempat pelancongan yang bernama 'Wadi Ar-Rayyan' dimana kawasan tersebut adalah kawasan pasir be'dengung'.
kisahnya begini: Semasa anak saya berjalan memijak pasir dikawasan 'wadi arrayan', saya melihat kalimah Allah terbentuk pada bekas tapak yang dipijaknya. Saya terkejut dan beristighfar kepada Allah. Saya perhati secara dekat kalimah tersebut ternyata benar ia adalah kalimah Allah, lalu saya Tanya sahabat2 yang ada disitu, " Ni bekas tapak kasut siapa? Ada kalimah Allah ".
Mulanya saya periksa tapak kasut saya, jawapannya bukan. Kemudian saya periksa tapak kasut anak saya, ternyata kalimah Allah itu datangnya dari kasutnya yangberjenama  ' Royale Baby'  yang dipakai oleh anak saya. Saya dan sahabat2 Beristighfar memohon ampun kepada Allah. Lalu saya tanggalkan kasut tersebut dari kaki anak saya.


Bekas tapak kasut yang menunjukkan tulisan sambung 'R.B'
jika diterbalikkan adalah kalimah 'Allah'

Setelah itu saya hanya mengendong anak saya dan tidak membenarkan dia memakai kasut tersebut hinggalah pulang ke rumah.
Kerana terlalu sayangkan Allah, saya tidak mahu kami berdosa secara tidak sengaja mahupun sedar… saya mengambil inisiatif untuk bertaubat kepada Allah diatas kealpaan hambaNya ini. Dan semoga Allah menerima taubat hamba yang alpa ini dan anak hamba diatas apa yg telah kami lakukan tanpa kami sedari. Astaghfirullah.
Lepas ni tak mahu beli da kasut berjenama 'Royale Baby'. Haram!!! Kerana ia jelas menghina kalimah suci lafaz mufrad ' Allah '. Padahal Dialah Allah yang menciptakannya.
Liciknya musuh-musuh Allah… melakukan penghinaan terhadap penciptanya sendiri… Tapi Allah lebih licik dari HambaNya. Musuh-musuh Allah merancang penghinaan terhadapNya. tapi ingat! Allah sentiasa merancang dan memuliakan Zat-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:
" Mereka merancang Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah "
Kalaulah si pembuat kasut ini mengenal Allah nescaya apa sahaja dilihatnya, didengarnya, dirasainya, pasti akan terbit di hati dan lisannya kalimah Jalalah 'Allah', Allah… hingga hujung nyawanya bahkan ia pasti mencintai Allah dan merindui pertemuan denganNya di Jannah.

"Semoga Allah beri Hidayah kepada pembuat kasut ini, kerana Allah memberikan hidayahNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Amiin!
Ummat Islam yang sayangkan Allah berhati-hati ya! (",)  

2 comments:

WOW said...

salam saudara..

sy mau tnya kasut jenama royale baby nie buatan negara mana ya...? Amerika ka..?

jgn2 ia cuma kesilapan teknikl sj..

Ustaz Kamarudin Toyo said...

saudara bole lihat dlm kasut ada tertulis 'Made In Malaysia'. ini mnunjukkan yg kasut ni dibut d malysia.

Related Posts with Thumbnails