Monday, February 24, 2014

Hukum anak patung berhias kek?

Bismillahirrahmanirrahim

Washholatu wassalamu ala saidil Mursalin

Rukhsoh (Keringanan) dalam permainan anak patung.

Soalan: apakah hukum meletakkan patung atas kek yang di belikan untuk anak-anak sebagai makanan dan hiburan ???

Hukumnya HARUS….. jika untuk dimakan dan patung tersebut buat permainan dan hiburan untuk anak-anak, kerana Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam tidak melarang Isterinya Saidatina Aisyah Radhiallahu anha bermain dengan anak patung yang pada ketika itu umur Saidatina Aisyah Radhiallahu anha masih sangat muda. Akan tetapi jika tujuan patung tersebut untuk disembah maka hukumnya jatuh kepada HARAM.

Cuba jawab soalan saya ni.

Anda ada anak? pernah belikan kek untuk anak anda? pernah kan....? gembira tak anak kita tu ketika kita belikan kek untuknya? pastilah gembirakan, bahkan lebih gembira kalau ada gambar dan anak patungnya... selalunya kalau anak-anak kecil berhadapan dengan kek yang nak dipotong selalu mereka kata apa? "aku nak coklatnya! aku nak gambarnya! aku nak patungnya! riuh suasananya.... pernah tak kita dengar anak-anak itu sebut yang aku nak patungnya sebab nak sembah akan dia! confirm tidak ada kan.... tak pernah dengar lagi lah... kalau ada pun mungkin bukan orang Islam... nauzubillah min zalik. jadi persoalannya dimanakah haramnya patung yang berhias kek tersebut??? pada keknya kah? atau pada gambarnya kah? atau pada patungnya kah? atau di mana??? 

Kalau dikatakan pada keknya maka jawabnya kek itu asalnya tepung,susu,gula, coklat dll... maka hukum asalnya adalah harus.

gambar??? maka khilaf ulama' tentangnya, asalnya ialah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya contohnya gambar2 yang disembah selain Allah. contohnya salib dll.

PatungBarbie Muslimah bersalut kek
Patungnya??? maka jawabnya khilaf Ulama'  yakni berbeza pandangan Ulama tentangnya. jika patung tersebut untuk anak-anak supaya mereka boleh berhibur dan terhibur atau dengan patung itu mereka boleh bermain dengannya maka hukumnya HARUS dalilnya hadith Saidatina Aisyah radhiallahu anha pada huraian berikutnya insya'Allah biiznillah. jika patung tersebut mereka jadikan sembahan maka Haram hukumnya secara ijma'. 

Kalau patung itu sesudah keknya habis dimakan kemudian patung itu di buang ke dalam tong sampah, maka itu lagi dibenarkan di dalam Islam. kerana mereka tidak menjadikannya sebagai pujaan dan tidak mengangkatnya sebagai makhluk yang bernyawa.
 


Bagaimana boleh HARUS? Cuba baca penjelasan di bawah ini:

Kalau macam daripada patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa patung pengantin, haiwan dan lainnya, maka patung-patung ini hanya sebagai lukisan untuk permainan dan sebagai hiburan buat anak-anak.

Oleh kerana itu Kata Saidatina Aisyah Radhiallahu anha: " Aku biasa bermain-main dengan anak-anak perempuan ( patung perempuan ) di sisi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dan teman-teman saya datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan patung-patung tersebut kerana takut kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam ( tidak marah ) malah merasa senang dengan kedatangan teman-temanku itu, kemudian mereka bermian-main bersamaku." ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Dan Saidatina Aisyah radhiallahu anha juga menerangkan pada riwayat yang lain dengan katanya: " Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam suatu hari bertanya kepada Aisyah : Apa ini? Jawab Aisyah radhiallahu anha ini anak-anak perempuanku ( anak patung ). Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya lagi. Apa yang tengahnya itu? Jawab Aisyah radhiallahu anha: Kuda. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya lagi, apa yang diatasnya itu? Jawab Aisyah radhiallahu anha, itu dua sayapnya. Kata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah radhiallahu anha: belumkah engkau mendengar, bahawa Nabi Sulaiman bin Daud alaihissalam mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam tertawa hingga Nampak gigi gerahamnya. Allahumma shalli ala saidina Muhammad! ( Riwayat Abu Daud )

Yang dimaksudkan anak-anak perempuan di sini ialah ( patung pengantin ) yang biasa dipakai bermain dan menjadi permainan oleh anak-anak kecil sedang Aisyah radhiallahu anha waktu itu masih sangat muda. 

Al-Imam asy-syaukani rahimahullah mengatakan: Hadith ini menunjukkan bahawa anak-anak kecil boleh bermain-main dengan boneka (patung). 

Al-Imam Qadhi Iyad rahimahullahu ta'ala berpendapat bahawa anak-anak perempuan dibolehkan bermian-main dengan patung perempuan dan itu merupakan satu rukhsah ( keringanan ).  

Termasuk sama juga dengan permainan anak-anak iaitu patung-patung yang terbuat dari ( tepung ) kuih-muih, kek dan sebagainya dan dijual di pasar-pasar atau pada hari besar seperti hari raya dan sebagainya kemudian tidak lama setelah itu mereka memakan kuih muih tersebut. (Kitab Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi)

Alhamdulillah selesai masalah kuih atau patung yang berhias kek...  jelas hukumnya Harus, kecuali tujuan untuk pemujaan dan sembahan maka hukumnya Haram.

Cuba baca pula pandangan Ulama' berkenaan tentang Orang Islam yang memiliki patung, samaada di rumah, kedai butik pengantin etc... diantara mereka ialah Syeikhul Azhar Syeikh Atiyyah Saqor, Syeikh Jadul Haq, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, dan Ustaz Azhar Idrus Daie sejuta Ummat... semoga beroleh pencerahan dan kemanfaatan. amin!

 
Kek Barbie Patung untuk anak-anak kecil
Kerana ia bisa tertarik dan terhibur dengannya.
Tapi nampak menepati syariat
 jika bertudung seperti kek diatas.


Mengenai hukum orang Islam memiliki patung???

Para Ulama' berbeza pendapat mengenai perkara ini, cuba lihat pandangan Ulama' di bawah ni:

Syeikh Dr Yusor al-Qardhawi di dalam ;fatawa muassarah' berkata: Islam mengharamkannya samada patung manusia mahupun binatang, pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi seperti nabi Isa alaihissalam dan Ibunya Mariam dikalangan orang kristian dan lembu dikalangan orang hindu (kerana maksud mereka membuat patung tersebut adalah untuk disembah). Menurut beliau ada satu jenis patung sahaja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam di atas yang menceritakan bahawa isteri Baginda yaitu Sadatina Aisyah radhiallahu anha yang masih kecil ( lingkungan 9 tahun umurnya dalam riwayat ) Saidatina Aisyah Radhiallahu anha cenderung dan suka bermain patung.

Kata Saidatina Aisyah Radhiallahu anha dalam hadith: " Aku biasa bermain-main dengan anak-anak perempuan ( patung perempuan ) di sisi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dan teman-teman saya datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan patung-patung tersebut kerana takut kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam ( tidak marah ) malah merasa senang dengan kedatangan teman-temanku itu, kemudian mereka bermian-main bersamaku." ( Riwayat Bukhari & Muslim )


Dan Saidatina Aisyah juga menerangkan pada riwayat yang lain dengan katanya: " Sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam suatu hari bertanya kepada Aisyah : Apa ini? Jawab Aisyah radhiallahu anha ini anak-anak perempuanku ( anak patung ). Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya lagi. Apa yang tengahnya itu? Jawab Aisyah radhiallahu anha: Kuda. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya lagi, apa yang diatasnya itu? Jawab Aisyah radhiallahu anha, itu dua sayapnya. Kata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah radhiallahu anha: belumkah engkau mendengar, bahawa Nabi Sulaiman bin Daud alaihissalam mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam tertawa hingga Nampak gigi gerahamnya. ( Riwayat Abu Daud )

Pendapat Bekas Syeikhul Azhar Syeikh Jadul Haq rahimahullahu ta'ala, mempunyai pendapat yang sama dengan syeikh dr Yusof al-Qardhawi, beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti burung mainan anak-anak dan berpendapat HARUS hukumnya bagi patung separuh badan. Dan mudah rosak yang diperbuat daripada tepung atau bahan-bahan lembut spt polistrin dll…. ( Mungkin kerana ianya mudah rosak dan dibuang serta bukan bertujuan untuk diagung dan disembah)

Pandangan Syeikhul Azhar Syeikh Atiyyah saqor rahimahullahu ta'ala dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak ( pakai buang ) dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki oleh orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh.

Menurut Syeikh Atiyyah saqor rahimahullahu ta'ala lagi: Imam Malik menganggap HARUS hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia tetapi dengan syarat  ia berlubang walaupun sangat kecil. untuk mencacatkannya. ( mungkin seperti patung manusia di kedai-kedai pakaian butik baju pengantin dan jubah. Cuba tengok patung di butik ada tu berlubang-lubang bahkan terputus-putus yang berhajat utk disammbung2 diantara lengannya, kepalanya kakinya dll ) Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad  mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk  juga patung2 yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan syarikat2 pakaian.

 
patung butik (harus menurut pandangan Syeikh Atiyyah saqor)
walaupun lengkap macam manusia, tapi ada kecacatan pada badannya
seperti berlubang2 dll)

( Nah! Apakah patung di butik itu mereka sembah? Tak kan.., takkanlah keras sangat sampai kita hokum orang tersebut haram dan menyembah patung disebabkan ada patung dalam butiknya, cubalah berlapang dada dan kaji teliti betuk-betul baru disebar…  kan Islam ajar semua itu… jadi kalau sudah begitu tengok apa tujuan dan maksudnya??? Jika bukan tujuan sembahan maka itu dibolehkan sehinggalah ada bukti menunjukkan keharamannya )

Ustaz Azhar Idrus jawab: Assalamualaikum ustaz, betulkah kalau kita menyimpan anak patung teddy bear tu dalam rumah, malaikat tidak akan masuk rumah? Jawabnya: ya, jika dijadikan perhiasan adapun jika untuk permainan kanak-kanak tidak mengapa.

Apa hukum lukis gambar wajah orang? Ustaz Azhar Idrus jawab: Bergantung atas tujuan, jika tujuan yang dilarang seperti untuk dipuja, disembah, didewakan atau seumpamanya maka hukumnya HARAM.


Ustaz, apa hukum kita jual patung kemudian letak dalam kereta etc?

Ustaz Azhar idrus jawab:  Harus jika dimainkan oleh kanak-kanak, dan haram kalau dijadikan perhiasan. Kalau tidak tahu untuk apa di beli, maka harus di jual. Kalau sudah tahu untuk perhiasan maka haram jual.

Ustaz, anak patung mainan yang diyakini tidak menjadi bahan sembahan bolehkah disimpan?
" Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung….." ( Riwayat Muslim ) 



contoh lukisan/ukiran
Hadith menyebut bahawa malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung… merujuk kepada hadith tersebut ialah patung sembahan atau tujuan ibadat, bagaimanapun Islam menggalakkan mainan patung kepada kanak-kanak sebagai didikan untuknya menjadi ibu dewasa kelak. Yang HARUS ialah patung tersebut buat mainan kanak-kanak tetapi jika dijadikan perhiasan, hukumnya menjadi HARAM seperti disusun dalam almari selepas dibuat bermain. Patung mainan kanak-kanak yang disimpan selepas bermain tidak menjadi halangan bagi masuknya malaikat dalam rumah sebagaimana kata Alim Ulama'.

Kesimpulannya, 

" Ulama' bersepakat bahawa patung dianggap HARUS jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dianggap HARAM jika digunakan untuk perhiasan dan penyembahan."

Sekarang! Tanya diri, apa tujuan buat kek patung dan belikannya untuk anak? Adakah untuk mengajar anak bahawa patung itu ada kuasa dan untuk disembah ataupun untuk sekadar bermain-main dan menjadi hiburan buatnya? Takkanlah suruh anak sembah patung tu kan? Sudah semestinya utk dimakan dan bila melihat dan main dengannya boleh jadi hiburan…. Maka jika niat tujuannya sudah jelas yaitu utk makan dan bermain-main maka hukumnya HARUS. Jika tujuan utk disembah maka HARAM. 

" Jika ada yang menghukumnya haram meskipun kepada kanak-kanak yang masih kecil maka itu terserah padanya, mungkin beliau ingin berhati-hati takut terjatuh kepada syubhat, jika benar begitu maka itu sifat yang terpuji, namun begitu beliau janganlah mencela dan menghukum orang lain yang berbeza pandangan dengannya dengan mengatakan apa yang kamu lakukan adalah haram, sedangkan di sana ada dalil yang mengharuskannya."

berlapang dadalah...soal rezeki Allah dah tentukan buat hambaNya... tinggal kita usaha, ikhtiar tawakkal kepada Allah insya'Allah pasti tenang hidup kita, bersih jiwa kita, dan baik segala tingkah laku kita serta diterima amal ibadah kita di sisi Allah, insya'Allah biiznillah.

Wallahu Ta'ala Wa A'lam…

Sekiranya saya ada kesilapan mohon dimaafkan dan diperbetulkan….saya juga insan yang lemah dan masih kurang ilmunya bahkan masih berlajar lagi dari alim Ulama'… artikel ini saya tulis sebagai menjawab soalan yang diberikan, moga-moga perkongsian dan pencerahan ini mendatangkan faedah buat kita semua… amin!

p/s: Jika kita ada kemusykilan agama rujuklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah Ijma' dan Qias yang menjadi sumber utama ahlus sunnah wal jama'ah serta rujuk Para Alim Ulama' yang memahami Hukum Hakam tersebut berdasarkan bagaimana mereka mengeluarkan hukum tersebut lebih-lebih lagi masalah KHILAFIAH yang adakalanya menjadi hukum WAJIB/HARAM/SUNAT/HARUS/DAN MAKRUH yang bergantung kepada kondisi keadaan dan suasana. Kerana Ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu adil dan amanah terhadap Ilmu mereka Mereka lebih arif tentang khilafiah hukum hakam di dalam Islam bahkan mereka itu kalau mahu menetapkan sesuatu hukum Haram atau Halalnya mereka sangat-sangat teliti dan terperinci kerana mereka khuatir jika tersalah. Bukan dengan sesetangah orang yang mendakwa diri mereka Ulama' yang hanya berpegang dengan satu pandangan saja jika hukumnya HARAM maka haramlah yang mereka pegang tanpa menghiraukan pandangan Ulama' lainnya yang jauh lebih alim dalam bidang tersebut … tapi mereka berpegang dengan fahaman mereka dan menghukum orang yang tidak sependapat dengannya sebagai terkeluar dari quran dan sunnah…. Contohilah Ulama' ahlus sunnah wal jamaah yang sentiasa berlapang dada dengan pandangan yang berbeza insya'Allah pasti ada rahmat, keberkatan dan keredhaan daripada Allah.


Haza… Wa Billahi Taufiq !!! 

Semoga Allah memberikan hidayah petunjuknya pada kita semua dan rahmat Allah sentiasa tercurah buat kita semua insya'Allah… amin ya Robbal alamin!

Wal Hamdulillahi Robbil Alamin. 

Sengaja Saya tambah video Ustaz Azhar Idrus... & Dr Asri...






https://www.youtube.com/watch?v=TySIPqEruL0

Bagaimana pula dengan pengukir dan pembuat patung?

Kena lihat apa tujuan patung itu dibuat? Dan dimana diletakkan? Bagaimana dibuatnya? Dan apa tujuan pengukir itu?

Baik, kalau tujuannya untuk dipuja, disembah, dan diagung-agungkan maka itu jelas haram hukumnya.

Kalau tujuan pembuatnya untuk permainan kanak-kanak maka Harus hukumnya. Berdasarkan pengakuan Nabi shallallahu alaihi wa sallam yang tidak melarang Aisyah bermain dengan anak patung. 

Pada zaman Nabi Sulaiman alaihissalam, jin-jin membuat patung untuk nabi sulaiman kehendak dan atas izin Allah subhanahu wa ta'ala, tapi bukan bertujuan untuk disembah. Bahkan Nabi Sulaiman tetap mentauhidkan Allah dan bersyukur kepada-Nya. Ini berdasarkan firman Allah dalm Quran: "

Firman Allah subhanahu wa Ta'ala: dan (kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman alaihissalam angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang kami limpahi berkat padanya, dan adalah kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang Ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi , dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar yang tetap diatas tungkunya. (Setelah itu kami perintahkan): " beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" dan sememangnya sedikit sekali diantara hamba-hambaku yang bersyukur. ( Surah Saba' ayat 12-13 )

Pada zaman Nabi Ibrahim alaihissalam dan zaman Nabi kita Muhamad shallallahu alaihi wa sallam mereka meruntuhkan patung bahkan menghancurkannya kerana patung2 tersebut jelas disembah oleh orang kafir. Adapun patung2 permainan untuk anak-anak kecil maka nabi tidak melarangnya. Seperti yang tersebut pada hadith diatas.

Dan Jika anak patung itu harus dijual,dibeli,dimain untuk anak-anak maka harus juga membuat atau menciptanya. 

Adapun jika haram menjualnya maka haram juga membuat dan meciptanya. Seperti arak, maka hukum arak itu jelas HARAM, maka haram menjualnya,membelinya,membuat dan memprosesnya.

Kaedah usul fiqh:" Barang yang membawa kepada haram maka barang tersebut menjadi haram".

Begitu juga barang yang membawa kepada harus maka barang tersebut menjadi harus.

Hukum patung tersebut jelas harus hukumnya jika dibuat main oleh kanak-kanak (patung pada kek, menyebabkan anak-anak tertarik dan terhibur dengannya).  adapun jika bertujuan untuk didewakan dan sembahan maka Haram jelas hukumnya.

Apapun, jika tidak menerima pandangan Ulama' yang saya kemukakan maka rujuklah kepada Ulama' yang kita akui akan ilmunya… kerana saya pun mengambil pandangan dari Ulama' tentang keharusan memiliki patung kepada anak-anak kecil. Mungkin pandangan saya tersilap tapi tidak kepada Ulama' yang arif tentangnya. Wallahu a'lam.

Cuma saya cenderung kepada tidak memiliki anak patung,dan tidak akan membeli kek besalut patung kerana saya tidak suka dengannya… namun begitu, tidaklah saya mengharamkannya untuk anak-anak kecil memilikinya. Kerana Ulama yang mengharuskannya. Saya Cuma ingin menjaga dari anak-anak saya supaya tidak menjadikan patung mahupun kartun2 sebagai idolanya bahkan saya tidak mahu mereka mengenalinya. Namun begitu Islam tidak melarangnya untuk dimiliki oleh anak-anak kecil untuk bermain/berhibur dengannya. wallahu a'lam.

harap jelas semuanya... mohon nonton kedua2 video diatas.. kedua2nya mengambil dalil keharusan jual anak patung... maka jika harus jual maka harus juga membuatnya. cubalah dengar video mungkin dari Ustaz yang anda gemari.... 

Dan cuba lihat gambar2 di bawah ini.. bagaimana keunikan dan kekreatifan mereka menghias dan mengukir buahan2 menjadi seperti mahkluk yang hidup... semoga jelas semuanya dan yang penting terhibur dengannya ... 









4 comments:

Anonymous said...

Berdasarkn statement tu masih ada kekaburan hukum ttg anak patung tadi, sememangnya bermain dgn anak patung itu hukumnya HARUS. & membuat kek itu harus tapi membentuk ia menjadi sifat spy hasil kerja kita menyamai sifat sempurna makhluk @ menyamai penciptaan Allah spt haiwan @ manusia yg ada kaki, kepala & tgn lengkap sempurna hukumnya juga jatuh kpd SI PEMBUAT PATUNG. Skrg maslahahnya hukum si pembuat patung itu & hasil yg diperolehi dr jualan anak patung kek tersebut . Halal, haram & shuhbah. Dlm hadith nabi bwrmaksud ' Dan siapa yg terjerumus ke dlm syubhah itu bererti dia terjerumus ke dlm perkara yg HARAM' ( Hadith shahih).
Berdasarkn hadith juga bermaksud seseorang yg masuk ke dlm shubhah adalah jln kpd perkara yg haram yakni ketika ia bermudah- muda dlm perkara 2 shubhah , dikhuatirkn dia terjerumus ke dlm pwrkara yg haram & meremeh- remehnya. Dan nabi tidak pula mengucapkn shubhah itu hukumnya harus @ halal.

Anonymous said...

Berdasarkn statement tu masih ada kekaburan hukum ttg anak patung tadi, sememangnya bermain dgn anak patung itu hukumnya HARUS. & membuat kek itu harus tapi membentuk ia menjadi sifat spy hasil kerja kita menyamai sifat sempurna makhluk @ menyamai penciptaan Allah spt haiwan @ manusia yg ada kaki, kepala & tgn lengkap sempurna hukumnya juga jatuh kpd SI PEMBUAT PATUNG. Skrg maslahahnya hukum si pembuat patung itu & hasil yg diperolehi dr jualan anak patung kek tersebut . Halal, haram & shuhbah. Dlm hadith nabi bwrmaksud ' Dan siapa yg terjerumus ke dlm syubhah itu bererti dia terjerumus ke dlm perkara yg HARAM' ( Hadith shahih).
Berdasarkn hadith juga bermaksud seseorang yg masuk ke dlm shubhah adalah jln kpd perkara yg haram yakni ketika ia bermudah- muda dlm perkara 2 shubhah , dikhuatirkn dia terjerumus ke dlm pwrkara yg haram & meremeh- remehnya. Dan nabi tidak pula mengucapkn shubhah itu hukumnya harus @ halal.

Kamarudin Toyo said...

Dalil diatas jelas bahawa patung yg dibuat main utk anak2 harus hkumnya. Dalilnya hadith Aisyah bermain ptung. (Mka tdak timbul perkara syubhat sbb jelas hkumnya harus. Bahkan klu ptung utk dsmbh maka ITU jg jelas haram hkumnya) tiada kesamaran lg. Syubhat ITU maksudnya perkra kesamaran baina2 diantara halal Dan haram yy kta was2 dgnnya apakah INI haram atau halal? Isu diats Sdh jelas harusnya n haramnya. Wallahu a'lam. Maafkan ana jka terksar bhasa n a papa sja kkurgn sya.

Kamarudin Toyo said...

saya ada buat tambahan diatas... silakan baca... moga ia dapat memberikan kefahamn n pencerahan kpd kita semua...

jika kurg faham.. boleh lihat video tersebut... dalil yang mereka ambil sama dengan dalil yang saya ambil di atas sebagai hujah keharusannya...

semoga Allah merahmati kita semua... amin ya Robbal alamin!

Related Posts with Thumbnails