Kisah Pemuda yang baik hati dan pemurah.
Saya ingin kongsikan sebuah cerita tentang seorang pemuda yang pemurah…
Suatu hari ketika usai solat fardhu isya' di masjid Negara saya bersama dua orang sahabat kerja saya hafiz dan finaz yang sedang bermesyuarat
di kaki lima masjid Negara. Kami berbincang tentang program yang bakal kami
laksanakan di USM Penang atas tugasan kerja sebagai da'i buat anak muda harapan
bangsa, Negara dan agama.
Setelah selesai kami pergi mengambil kasut dan selipar yang kami letakkan
di rak kasut masjid yang disediakan.
Saya dan hafiz pergi menuju kearah selatan masjid tempat parking kereta
kerana hafiz bawa kenderaan proton wira dakwahnya, manakala finaz pula arah
depan masjid kerana kami berbeza arah memandangkan pihak masjid dah sediakan
tempat khas bagi jemaah laki-laki dan wanita.
Saya dan hafiz berhasrat untuk mengambil finaz di arah hadapan masjid..
kerana dia seorang wanita sudah tentu perlu ditemani memandangkan waktu
sekarang ini adalah malam yang sunyi dari orang yang adapun cumasebahagian
hamba-hamba Allah yang menumpang tidur di kawasan tersebut yang diistilahkan
sebagai 'gelandangan' semoga Allah merahmati dan memberikan hidayah pada mereka
serta memberikan bantuan pada mereka.amin!
Jadi hafiz memandu kenderaannya kearah hadapan masjid berhasrat untuk
mengambil dan menumpangkan finaz… namun finaz sudah tiada bahkan hilang dari
pandangan mata. Hafiz parking wira dakwahnya dihadapan pusat islam @ gerbang TV
AL-Hijrah. Saya keluar dari wira dan pergi mencari finaz dikawasan sekitar
masjid namun tiada juga. Mungkin finaz sudah keluar dan sampai di perkarangan
office. Saya pun menuju ke wira dakwah hafiz….
Tiba-tiba seorang hamba Allah memakai kopiah berumur lebih kurang 30-40
tahun menjerit dan memanggil saya dalam keadaan orang yang sangat berhajat dan
berwajah kasihan di tepinya ada dua orang kanak-kanak kecil yang berumur 5
tahun dan 3 tahun.
" Assalamualaikum!.... abg… abg… abg… boleh tak tolong saya bagi
saya duit RM50 nanti saya ganti." Dalam keadaan menjerit… jarak diantara saya
dengan dia lebih kurang 20 meter.
Saya menjawab salamnya…. Dan pergi menuju kearahnya….
Abg… abg… boleh tak tolong saya, kalau abg tak percaya abg boleh ikut
saya ke rumah… begini bang saya perlukan duit RM50 untuk membayar rumah
tumpangan saya kat kg baru. Saya dah minta kat orang masjid tapi mereka tidak
dapat membantu saya… mungkin mereka menganggap saya menipu mereka… itu sebab
mereka tak bantu saya. Abg… boleh tak abg tolong saya 50 ringgit saja nanti
saya ganti bang… "
Saya senyum dengan dia… begitu juga saya senyum melihat kanak-kanak yang
berada dipangkuan dan tepinya. Saya Tanya ni siapa? Anak-anak abg ka? Dia jawab
ya… saya Tanya anak-anak kecil tu ini siapa? Ayah adik kah? Mereka angguk
kepala dan kata ya.
Seorang perempuan yang chomel memakai jubah. Dan seorang lagi lelaki.
Saya betul-betul teringatkan anak saya di kampong yang saya tinggalkan
sementara kerana keluar atas tugasan kerja dan berkdakwah di jalan Allah.
Seminggu sekali saya pulang kampong penang untuk bertemu dengan mereka, Memeluk
mereka dan mendoakan mereka serta menghiburkan mereka.
Bila saya melihat anak kecil disamping abg yang meminta pertolongan tadi
saya memang teringatkan anak saya, saya memegang dan mengusap kepala mereka
sepertimana saya buat begitu kepada anak saya…
Saya kata kat abg tu," minta maaf bang.. saya pun takda duit, Cuma
yang ada dalam dompet saya hanya 10 Rial Saudi Arabiah." Inipun orang
hadiah kat saya untuk perbelanjaan di tanah suci makkah al-mukarramah bila saya
sampai sana nanti." Minta maaf sangat-sangat bang ya." Tapi tak
mengapa tunggut kejap bang.
Saya panggil hafiz yang berada dalam kereta,minta hafiz datang kepada
kami.
"Hafiz abg ni perlukan duit RM50 bagi membayar penginapannya. Mu ada duit tak? (hafiz ni orang ganu)
"Hafiz keluarkan beg duitnya… dan keluarkan kertas dari sakunya…
maaf bang saya cuma boleh beri RM25 saja."
Hafiz pun beri ke dia RM25. (semoga Allah membalas kebaikan ustaz hafiz
dengan setimpalnya diatas kepemurahannya amin! ) saya sapa hafiz,"
insya'Allah anda kaya dan Berjaya di dunia dan akhirat!. Hafiz aminkan.
Saya Tanya abg tu." Cukup tak duit tu?
Dia jawab." Kalau ikutkan tak cukup lagi…tapi Alhamdulillah terima
kasihlah sebab beri pada saya. Saya akan minta dengan orang lain lagi untuk
tambahan."
Kemudian hafiz ke belakang saya. Dia berbisik kepada saya agar saya
mendoakan abg tersebut.
Tiba-tiba dua kenderaan berhenti di tepi kami. kalau tak silap saya
kenderaan hadapan kereta mewah jenama camry dan yang satu lagi Myvi yang
dinaiki oleh seorang wanita muslimah yang tersenyum indah memandang kereta
dihadapannya. Manakala camry itu dinaiki oleh seorang pemuda kacak memakai
jubah tanpa kopiah…
Hafiz melihat kearah camry itu yang mana pintunya terbuka… hafiz
memandang tajam kearah pintu yang terbuka itu seolah-olah hafiz kenal sangat
pemuda itu… pemuda itu keluar dari kenderaannya dan menuju ke pintu belakang
camry'nya seolah-olah ada barang yang mahu diambilnya… hafiz mengeluarkan
suara," Ustaz Don…. Din… ustaz don daniyel…..
masya'Allah…. Saya dengan
yakin terus menuju kearah ustaz don… dan beri salam padanya… serta saya
hulurkan tangan padanya… dia menjawab salam saya dan menyambut tangan saya
dengan penuh ramah dan penuh kasih sayang… kami bersalam dan smbil berpelukan
menurut adab dalam bersalaman. Saya menghidu bau wangian minyak atar yang
dipakainya.. subhanallah! Dalam hati hati saya mengatakan harum dan wanginya
ustaz don… masya'Allah Tabarakallah!...
Dia bagi salam dekat telinga saya dengan suara yang lembut dan tenang
sambil bertanya… siapa nama? Dari mana?
Dalam keadaan kami masih bersalaman.
Saya pun menyampaikan hasrat saya kepada ustaz Don. " Ustaz…. maaf
ustaz kalau saya menganggu ustaz… begini ustaz, abg tu dia memerlukan
pertolongan dan dia sangat berhajat agar ada yang boleh menolongnya. Dia
memerlukan wang 50 ringgit untuk membayar penginapannya, kalau saya ada duit
ustaz saya dah beri dekat dia tapi duit yang saya ada hanya rial 10 saudi
arabiah… dari tadi dia di situ bersama anak-anaknya… anak-anaknya belum makan lagi
dari tadi.
Jom ustaz… mai kita p jumpa abg tu…
Saya dan ustaz don pergi bertemu abg tadi… saya perkenalkan abg tadi dan
anak-anaknya kepada ustaz don. Abg tu ceritakan apa hajatnya… tanpa menunggu
lama ustaz don pergi kearah keretanya dan mengambil wang yang terlipat
berjumlah RM50. Saya tidak pasti jumlah sebenar kerana duit itu terlipat yang
saya perasan duit itu angkanya 50. Kemungkinan duit itu 2 keping RM100.
Masya'Allah!
Ustaz Don hulurkan ke tangan saya…. Saya kata," ustaz… bukan saya
yang nak duit ni ustaz… abg ni”
Ustaz Don kata takpa ambil!
Sekali lagi saya kata, "bukan saya yang nak ustaz…tapi abg ni…
berilah terus ke tangannya ustaz!
Ustaz don senyum dan hulurkan duit itu ke tangan saya juga…
"takpa..takpa… ambil!
Saya pun ambil dan serah kepada abg tersebut.
Saya beritahu ustaz don yang anak kecil ni kenal ustaz dan biasa tengok
ustaz dalam program 30minit ustaz Don.
Ustaz Don pun pegang anak kecil tersebut dan diusap-usapnya kepalanya
sambil menghulurkan senyuman dan kemungkinan juga ustaz Don mendoakan kebaikan
buat anak kecil ini. Kerana apa yang saya tahu orang yang baik siapa pun yang
dijumpainya dan ramah dengan orang yang dibawa bicara dengannya selalunya dia
mendoakan dalam hatinya akan kebaikan tanpa memberitahunya.
Subhanallah itulah akhlak orang yang sholeh di sisi Allah.
Kemudian ustaz Don kata nak pergi… saya mengambilpeluang untuk bersalam
sekali lagi dengannya dengan erat kami bersalaman sambil berpelukan kiri dan
kanan pipi kami sentuhkan dalam keadaan dakapan erat seolah-olah dua orang
sahabat yang baru bertemu setelah sekian lama berpisah kerana Allah. Allahumma
shalli ala saidina Muhammad. Saat ini macam nak nangis rasanya….
Sangat terharu dan teruja rasanya..lebih lagi ini pertama kali saya bertemu dengan beliau...Alhamdulillah pertemuan pertama ini sangat bermakna buat diri saya. semoga ada pertemuan kali kedua dan seterusnya insya'Allah biiznillah.
Saya mengucapkan jazakallah kepada ustaz atas bantuan ustaz kepada abg ini ,semoga ALLAH membalas kebaikan yang ustaz lakukan padanya.
Saya mengucapkan jazakallah kepada ustaz atas bantuan ustaz kepada abg ini ,semoga ALLAH membalas kebaikan yang ustaz lakukan padanya.
Dalam keadaan seolah-olah mahu nangisnya saya, tapi dia berkata:"
takpa-takpa Allah bantu hampa… Allah bersama dengan hampa…kemudian dia bergegas
pergi menuju kenderaannya sambil melambaikan tangannya dan mengucapkan:"
jazakumullah khoiron jaza' wa barakallahu fikum".
![]() |
Ustaz Don |
Allahu Akbar… itulah akhlak pemuda dan kemeruhannya kepada orang yang susah
yang memerlukan pertolongan… semoga Allah membalas kebaikan yang ust Don
lakukan pada abg tersebut dan meluaskan lagi rezekinya serta memberkati
hidupnya dan memanfaatkan ilmunya amalnya serta akhlaknya kepada ummah
sekaliannya… amin!
Dan semoga saya khasnya dan anak muda umumnya dapat mencontohi
kepemurahan pemuda yang menconthi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan
para sahabat ini… semoga Allah meramaikan lagi anak-anak muda yang alim, baik
hati, pemurah, berakhlak dengan anak-anak kecil sepertinya…kerana apa yang
dilakukan oleh ustaz don semuanya telah dilakukan oleh Nabi kita Nabi Muhammad
shallallahu alaihi wa sallam… siapa yang menconthi akhlak perilaku nabinya
pasti insan itu dimuliakan Allah dan diberkati Allah hidupnya. Allahu a'lam.
~ Hikmahnya esoknya saya sampai di penang, zaujah call kata ada surat sampai dan wang masuk dalam akaun bank saya ~ Alhamdulillah rezeki daripada Allah ! yakinlah bila kita pemurah dan membantu hamba Allah Allah pasti membantu dan menggandakan kemurahan rezeki kita di sisi-Nya, Dialah Allah sebaik-baik pemberi rezeki. ~
~ Hikmahnya esoknya saya sampai di penang, zaujah call kata ada surat sampai dan wang masuk dalam akaun bank saya ~ Alhamdulillah rezeki daripada Allah ! yakinlah bila kita pemurah dan membantu hamba Allah Allah pasti membantu dan menggandakan kemurahan rezeki kita di sisi-Nya, Dialah Allah sebaik-baik pemberi rezeki. ~
'Orang yang PEMURAH hidupnya pasti indah,
bahkan di SAYANG Allah serta dikasihi Rasulullah',
Allah menyangi orang BIASA yang bersedekah,
Tapi Allah paling sayang jika SELEBRITI yang infaqkan harta di jalan Allah'
Nabi kata Sifat
Pemurah itu dekat dengan Allah,
Dekat dengan
Jannah Syurga Allah,
Dekat dengan
manusia serta makhluk Allah,
Dan dijauhkan dari
Neraka Allah.
Orang yang pemurah
hidupnya pasti indah.
Allahummaj'alna
Minhum ya Allah Ya Rahman Ya Ghoniy Ya Hamid !!!
Wassholatu wassalamu ala Rasulillah shallallahu alaihi wa sallam wal
hamdulillahi robbil alamin!
Hamba Allah Tasek.Glugor Pulau Mutiara
No comments:
Post a Comment