Wednesday, July 28, 2010

Kemuliaan Seseorang, Qiamullail (",)

Bismillahi Azza Wa Jalla Wa Tabarakallah WasSolatu Ala Rasulillah Wa Man Wa Lah 


25/7/2010. AHAD.

Alhamdulillah terpilih lagi untuk datang ke Masjid Al-Azhar Asy-Syarif untuk memenuhi tujuan asal kedatanganku di bumi para Nabi AlahimusSolatu WasSalam ini yakni menuntut ilmu di selautan ilmu yang ada di bumi Mesir bersejarah ini. Seperti kebiasaannya menaiki motorsikal yang juga tujuanku membelinya adalah agar mudah bertalaqqi dan melaksanakan tuntutan nafqahku kepada zaujah serta aku boleh berziarah ke rumah-rumah sahabat-sahabat penuntut ilmu yang lain. Paling jelas aku membeli motor ini adalah kerna Allah, aku bawa ke mana saja aku bawa kerana Allah, aku menuntut ilmu kerna Allah, aku ziarah kawan-kawan kerna Allah, aku melaksanakan nafqah kerana Allah..sebab apa? sebabnya setiap amalan yang hendak dilakukan mestilah kerana Allah semata-mata, bukan selainnya.

Alhamdulillah dapat menghadiri kuliah Syeikh Jamal Faruq.

Allahu Akbar, Allahu Akbar !!! Azan Maghrib.

Aku keluarkan botol air dalam beg galasku, berdoa kepada Allah : " Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ala rizkika aftartu birahmatika ya arhamarrahimin " ameen ! 

Bismillah... aku meminum air tersebut... Alhamdulillah... aku lega, syukur ya Allah.. kernaMu aku berpuasa, kerna mengikuti sunnah kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. 

Hari ini bersamaan 13 sya'ban 1431. aku berazam untuk berpuasa 3 hari dipertengahan bulan sya'ban, kerna ingin mengambil keberkatan sunnah berpuasa 3 hari dipertengahan setiap bulan-bulan Islam. Selepas berbuka puasa dengan air ( kurma tiada ) di dalam kelas talaqqi, aku pun terus pergi menuju ke saff hadapan solat utama, seperti kebiasaannya aku suka berada di saff hadapan, selain kelebihannya yang banyak di sisi Allah, saff depan dan sebelah kanan juga merupakan saff yang diselawatkan oleh para malaikat, Alhamdulillah.

Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Syeikh Mohd Said Sulthan... Alhamdulillah, aku juga menghadirinya, walaupun kuliah ini berpindah di dalam ruangan dalam masjid (kebiasaannya di luar masjid) kerana mereka membuat rakaman video. Begitulah sehingga habis dan masuknya solat fardhu Isya'.

26/7/2010. ISNIN.

Hari ini aku bangun awal, zaujah kejutkan untuk Qiamullail, Alhamdulillah ini juga merupakan hidayah daripada Allah buat hamba-hambaNya yang berniat untuk bangun di sepertiga malam... selepas dari itu zaujah menolong mempersiakan makanan sahur semata-mata mahu mengambil keberkatan yang ada dalam sahur,

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :" Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan "

Allahu Akbar, Allahu Akbar ila akhiril azan shubuh...

Selepas solat shubuh berjemaah selesai, aku pun bersiap untuk pergi bertalaqqi di Masjid Asyraf Muqattam menadah kitab dengan Syeikh Dr Yusri Alhasani. Setelah itu aku pergi menuntut ilmu di rumah negeri Terengganu pula, kerna di situ ada pengajian kitab Risalah Al-Mustarsyidin yang disampaikan oleh Ust..... Alhamdulillah aku dapat istiqamahkan diriku menghadiri pengajian kitab di situ, walaupun hanya beberapa orang sahaja yang hadir... Alhamdulillah banyak faedah yg ku dapati sejak menghadiri kuliah di situ, syukur Alhamdulillah. 

Selepas solat asar berjamaah, aku terus bersiap pergi Masjid Al-Azhar Asy-Syarif... Sesampainya di sana aku terus masuk kelas talaqqi Syeikh Said Syaltut Al-Azhari...macam biasa aku duduk di belakang lagi.. walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerna dapat menghadirinya, memang aku rindu dan mencintai majlis-majlis ilmu seperti ini, aku juga tenang bila berada di dalamnya, mungkin sebab ianya Raudhatul Jannah dan para malaikat menghamparkan sayapnya yang membuatkan aku rasa tenang dan tenteram berada di dalamnya, Alhamdulillah,

" Ya Allah terus dan teruskanlah hatiku seperti ini, yakni tenang dan tenteram berada di dalam majlis-majlis ilmu yang digelar sebagai raudhatul Jannah taman syurga ini, kerna aku rasa seronok dan terhibur berada di kalangan mereka, perasaan ini sudah lama melekat di dalam jiwa sanubari dan jawarihku, aku sangat bersyukur padaMu ya Allah, sungguh sekiranya engkau mahu mematikan aku dalam keadaan aku berada di dalam majlis raudhatul Jannah ini, maka aku juga menyukainya ya Allah, dan engkau lebih tahu daripadaku, sedang aku tidak boleh berbuat sesuatu perkara melainkan apa yang telah engkau takdirkan buat diriku, asykuruka ya Ilahi.. ameen ya Robbi !!! "

Allahu Akbar, Allahu Akbar !!! 

Alhamdulillah azan bergema lagi, memang aku sudah menunggu laungan azan ini, kerna aku tidak sabar untuk berbuka puasa, aku sangat dahaga dan haus, kebetulan musim panas di Mesir ini, secara tidak langsung semuannya yang berada di negara ini kehausan dan setiap beberapa minit memerlukan air untuk diminum, Alhamdulillah, walaupun musim panas seperti ini, Allah beri kekuatan kepadaku untuk teruskan berpuasa, musim panas yang mencecah hampir 40 darjah celcius, panas yang aku tidak pernah alaminya sewaktu berada di negaraku Malaysia... namun bila aku rasa bahangnya panas ini, aku teringat akan kepanasan yang bakal berlaku di akhirat yang mana panas diakhirat lagi panas berbanding kepanasan di dunia ini sebanyak 70 kali ganda, subhanallah, itulah kekuasaan Allah, sebahagian kepanasan yang kita rasai di dunia ini adalah bersamaan 70 kali ganda panasnya di akhirat, cuba bayangkan bagaimana kepanasannya itu, jika di dunia lagi kita tidak boleh tahan dengan panasnya pancaran terik matahari, bagaimana kita mahu hadapi panasnya matahari di atas kepala bila berada di akhirat nanti ? Allah...

" Ya Allah selamatkan kami dari kepanasan akhirat dan panasnya api nerakamu, lindungi kami ya Allah, kami hambamu yang lemah, tiada daya dan kekuatan, sedang engkau berkuasa dan maha gagah perkasa, kami ciptaanmu ya Allah, tidak tahan terkena panas dan tidak tahan terkena api... ya Allah selamatkan kami ya Allah... tolong ya Allah, rahmatilah kami bila kami berada di perhimpunan itu ya Allah, dengan engkau kurniakan RahmatMu, engkau masukkan kami dalam kalangan hambamu ya kau naungi ArasyMu ya Allah, ameen ya Allah  sallimna ya Allah !!! "

Selepas berbuka puasa dengan beberapa tegukkan air, Alhamdulillah dapat juga menghilangkan kehausan yang ku alami, terima kasih ya Alla, kerna bagi aku minum dan merasai rezkiMu...Nikmatnya ya Allah.. (",)
Solat maghrib, Alhamdulillah aku di saff hadapan lagi... syukur ya Allah.. aku nak lagi berada di saff ini ya Allah... mudahkan aku ya Allah... (",)

Selesai solat, Syeikh Dr Mohd Ali mengambil tempat duduk diatas kerusi yang disediakan untuk melaksanakan amanah sebagai seorang penyampai ilmu untuk di kongsi dan sama-sama menyempurnakan dan mengsisi ruang masa diantara magrib dan isya' dengan tazkirah.. seperti biasa beliau menyampaikan kuliah menggunakan kalam-kalam Syeikh Ibnu Athoillah Assakandari... dan sebelum beliau menyampaikannya, beliau ada menerangkan tentang kelebihan pada malam nisfu sya'ban... Alhamdulillah, aku dengar cukup khusyu' di samping menyalin apa yang disampaikannya di dalam kertas kajangku... bila aku dengar beliau menyampaikan kelebihan itu, maka jiwaku bertambah semangat dan berazam untuk mengamalkan sgala amalan pada malam nisfu sya'ban ini, insyaAllah.

Setelah selesai solat isya', aku mendatangi Syeikh semata-mata mahu bersalam dengannya, aku terlihat di belakangnya ada Syeikh Zakaria, maka aku salam kedua-duanya sekali... ketika aku salam dengan Syeikh Dr Mohd Ali, beliau menanyakan khabarku, kaifa haluka ? saya jawab Alhamdulillah bikhoir sambil tersenyum...

Kemudian aku pun terus berjalan hendak keluar dari masjid, tiba-tiba ada seorang Arab memanggilku, aku beri salam kepadanya, Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabnya... aku duduk bersamanya, dia mulakan soalan, Malizi wala Indonesi ? malizi, jawabku.. owh Alhamdulillah... kuliah di mana, aku jawab Jamiah Al-Azhar dalam kuliah Usuluddin, tahun berapa? baru tahun 1. dia teruskan soalannya, sudah pergi Makah? jawabku belum, insyaAllah, memang mahu ke sana ( dalam hati macam tahu-tahu jak yang saya mahu pergi Makah ) dia mengambil wallet dan dikeluarkannya kertas putih.. dia memberikan kepadaku kad peribadi nya, ambil ni, jika antum mahu pergi Makah dan berada di Makah, hubungi saya... insyaAllah saya ada di sana. Aku jawab dengan perasaan yang menggembirakan, Alhamdulillah, syukran ya syeikh...

Dia tanya namaku, ismak ea ? ismi kamarudin... owh, ismi ana mohammad wa zamili mahmud. Alhamdulillah jawabku, seronok sebab nama mereka seperti nama nabiKu Muhammad s.a.w. aku beritahu mereka bertuahnya kamu sebab nama kamu ada kelebihan yang tersendiri,

Allah sebut dalam hadis qudsi, bahawa sesiapa yang menamai namanya dengan nama yang seumpama namamu (Muhammad s.a.w) maka aku tidak azab dengan api neraka, mereka jawab Alhamdulillah, barakallah... dan aku tidak masukkan ke dalam api neraka mereka yang menamai namanya dengan nama Muhammad atau Ahmad.. 

Mereka tersenyum, dan berkata na'am, na'am.. Alhamdulillah. aku mengakhirinya dengan salam dan jumpa lagi, mereka jawab waalaikumsalam dan selamat malam dalam bahasa melayu, aku tersenyum ( dalam hati Alhamdulillah ada juga org arab yang pandai kecek melayu ), InsyaAllah kalau saya mahu pergi Makah saya akan hubungi syeikh insyaAllah.



27/7/2010. SELASA.

Alhamdulillah, aku terpilih untuk beribadah di malam yang digelar sebagai malam Nisfu Sya'ban... Alhamdulillah, malam ni kami bangun awal, jam 1.30 pagi... semata-mata mahu bermunajat kepada Tuhan dan menyambut seruan yang menyeru dengan berkata, siapakah yang meminta ampun maka aku ampunkan dia, siapakah yang memohon maka akan ku makbulkan permintaannya dan siapakah yang berhajat maka akan ku penuhi hajatnya... dan banyak lagi ganjaran yang Allah akan berikan kepada hambanya.



" Kemuliaan manusia itu ialah apabila berdirinya pada malam hari ( Qiamulail )"
" Saya teringat satu hadis Nabi s.a.w yang mana Rasulullah s.a.w memuji Abdullah bin Umar dengan pujian Baginda s.a.w, " Ni'mar Rajul Huwa Lau Kana Yusolli Billlail, maksudnya, sebaik-baik lelaki itu ialah yang bangun sembahyang qiamullail " 


dan lagi, " Wahai fulan, jangan kamu banyakkan tidur di malam hari, kerna tidur banyak di malam hari membuatkan seseorang itu faqir/miskin di yaumul Qiamah. "
 " Dirikanlah qiamulail, kerna qiamulail itu amalan kebiasaan orang-orang yang sholeh sebelum kamu, dengan qiamulail Allah akan dekatkan diri kamu kepada Allah, Allah akan hapuskan dosa kamu, mengampunkan kesalahan kamu, dan menghilangkan penyakit yang ada dalam badan kamu.."

Sewaktu tidur, saya termimpi seperti mimpi berlakunya kiamat... ( wallahu alam, apakah petanda mimpi itu, dan aku tidak mahu menyatakan apa-apa terhadap mimpiku kepada kamu wahai sahabatku, melainkan sebahagiannya sahaja, sebab aku risau ianya menjadi fitnah bagi mereka yang pencari fitnah, dan gemar menfitnah hamba-hamba Allah, dan aku tidak minta untuk kamu mempercayai mimpiku, sebab kekadang mimpi itu adalah permainan tidur atau ia dari permainan syaithan atau memang sudah terbiasa kita memikirkan perkara itu diwaktu jaga sehingga terbawa kedalam tidur, wallahu alam, Allah sahaja yang tahu ) .

Alhamdulillah... aku terus bangkit dari tidurku, aku ucap istighfar dan mengucap 2 kalimah syahadah.. aku terus mengambil air sembahyang ( whudu' ), kemudian terus solat sunat taubat sebelum solat tahajud 2 rakaat... Alhamdulillah... mimpi itu membuatkan aku terus menyebut nama Allah... sebenarnya aku sudah banyak kali mimpi perkara yang sama, tapi keadaan tempat yang berbeza... ingat sewaktu aku duduk di pondok dulu, aku kerap bermimpi perkara-perkara yang membuatkan aku ingat pada Tuhanku, yang membuatkan aku semakin bersedia dengan apa yang bakal berlaku dengan memperbanyakkan mengingati Tuhanku, agar setaiap saat aku tak lupa dengannya, sungguh aku cinta pada zikrullah, aku cinta ketenangan hati yang mendamaikan hidupku walaupun dunia di sekelilingku bergelora... cukuplah Allah pelindungku  

HASBIYALLAHU WA NI'MAL WAKIL
WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIM...

" Ya Allah, sungguh segala mimpi-mimpi yang kau mimpikan itu, adalah sebagai tanda tazkirahMu buatku... aku rindu dan suka tazkirah-tazkirah seperti itu, sebab kekadang aku lebih yakin dengan mimpiku berbanding dengan apa yang dikatakan oleh saudara-saudaraku.... Maha suci engkau ya Allah yang memegang ruh hamba-hambaMu dikala tidur yang dikatakan sebagai mati kecil oleh kekasihMu Nabiku Muhammad s.a.w... Moga-moga mimpi-mimpi yang seperti itu adalah mimpi-mimpi yang menunjukkan kekuasaanMu pada makhluk ciptaanMu yang kerdil sepertiku... Subhanallah, maha suci engkau ya Allah.. ameen ya ilahi " 
Kemudian aku bersahur... setelah bersahur barulah aku mendirikan solat sunat witir hanya dengan 1 rakaat sahaja kerna pada ketika itu waktu sudahpun mahu memasuki waktu solat shubuh.

Seperti kebiasaannya juga aku pergi talaqqi di Masjid Asyraf Masjid Muqattam Di rumah Syeikh Dr Yusri Al-Hasani...

Alhamdulillah hari ni juga aku dapat pergi Masjid Al-Azhar Asy-Syarif untuk bertalaqqi dan menuntut ilmu di Masjid yang bersejarah dan banyak melahirkan Ulama'-Ulama' sedunia yang menuntut ilmu secara bertalaqqi di situ... Alhamdulillah, aku juga berbuka puasa di Masjid tersebut.. dapat mendengar tazkirah dari Syeikh Aid Al-Azhari Seorang khatib dan Imam di Masjid tersebut... sehinggalah selesai sholat fardhu Isya' secara berjamaah... 

Dalam pada itu, seorang pakcik yang biasa duduk bersama denganku di majlis ilmu itu bertanya, kamu hanya berbuka puasa dengan air, biskut sekeping dan anggur sahaja? jawabku, na'am, sambil tersenyum melihat wajahnya... aku bertanya padanya, lea? dia jawab ma yanfasy... maksudnya tidak boleh atau tidak baik... dan dia suruh aku makan eisy atau tokmiya... ( sejenis roti arab ). . aku dah beritahu padanya aku makan begini hanya sekadar berbuka puasa maghrib ja, dan balik rumah nnati aku sambung makan kerna zaujah lazim menyediakan makanan ketika aku sampai di rumah... dia kata lewat sangat tu... aku hanya mampu tersenyum dan aku jawab, insyaAllah selepas ini aku akan buka seperti itu, insyaAllah... (",) wallahu alam.

Bersambung... (",)
 

Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Bumi Anbiya' Ardhul Kinanah
Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails