Sayangku, sesungguhnya...
Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita kepada masa lampau kita.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah azza wa jalla di yaumul Qiamah.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami,isteri,anak-anak dan keluarga.
Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah yaitu Yaumul Zalzalah.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catitan amalan daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Oleh Itu Wahai Isteriku, Dengar nasihat Suamimu ini... (",)
Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya iman, ilmu serta amalan takwamu kepada Allah, maka ketahuilah hidupmu tiada makna.
Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya iman, ilmu serta amalan takwamu kepada Allah, maka ketahuilah hidupmu tiada makna.
Demikian itu wahai isteriku,
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
- Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerna dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
- Perbanyakkanlah membaca Al-Quran n maknanya, Kerna Dengan membaca Al--Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
- Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w, kerna Dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
- Perbanyakkan Patuh dan Taat pada suamimu, kerna kau adalah amanah Allah buatnya, kerna dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.
- Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerna dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.
- Perbanyakkanlah Menutup keaiban suamimu kerna dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
- Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerna dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
- Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerna dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta di jaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
- Perbanyakkanlah mengingati Mati kerna dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah !
- Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerna dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
- Perbanyakkan Ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah Di Yaumul Qiamah.
- Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah Az-Zahrah Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x Allahu Akbar 33x kerna ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah saw untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
" Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
Di dunia dan di yaumul qiamah,
agar kami dapat memasuki JannahMu ya Allah."
ameen !
" Semoga Engkau Di Panjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki, Bertambahnya Iman Dan Amalan Untuk Mendekatkan Diri Kepada Yang Di Kasihi Iaitulah Robbul Izzati Dan Rasulillah Yang Dirindui "
Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku !!!
Ikhlas Dari Suamimu (",)
Artikel Ini Diterbitkan Di 'I Luv Islam':
No comments:
Post a Comment