Thursday, July 22, 2010

Kitab Kecil Tapi Manfaatnya Besar ! Subhanallah !

BismillahirRahmanirRahim.....WasSolatu WaSsalamu Ala Rasulillah S.A.W Walhamdulillahi Robbil Alamin.

Syeikh Ali Al-Jumah ( Mufti Mesir )
20/7/2010, SELASA. Seperti kebiasaan harianku, aku menaiki motor untuk menuju ke Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang mengambil masa perjalanannya lebih kurang 40/50 minit menaiki motorku. Aku bulatkan keyakinan dan tawakkalku pada Allah, agar aku selamat dalam perjalanan mahu menuntut ilmu.

Sampai sahaja di Masjid tersohor itu, aku letakkan motorku di tempat yang selalu, dan orang-orang Arab yang berniaga di situ pun seperti sudah tahu dan boleh menghidu bentuk badanku yang biasa Parking motor di situ, Alhamdulillah, semoga mereka memahami walaupun aku tidak beritahu.

Aku langkahkan kakiku menuju depan pintu, 3 orang lelaki yang duduk menjaga tempat simpanan kasut dan selipar serta menanti kedatangan para pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama yang biasanya dari Non Muslim made in Negara China, Jepun, Korea, Australia, Canada, New Zealand dan banyak lagi... aku lembutkan lidahku dengan mengucap perkataan mulia kepada mereka yang bisa menghubugkan kasih sayang kita kepada ummat Nabi Kita Muhammad S.A.W. 

" Assalamualaikum, mereka jawab salamku, Waalaikumsalam, aku terus bertanya, " Syeikh Ali-Aljumah Fi Ghowah ?, mereka menjawab, na'am... aku pun terus masuk ke pintu gerbang satu lagi, dengan langkahan kaki kanan amalan sunnah Nabiku Muhammad s.a.w, " Allahummagfirli Zhunubi Waftahli Abwaba Rahmatik " , Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad s.a.w..

Dari jauh aku sudah melihat para penuntut ilmu dari kalangan Muslimin dan Muslimat sudah pun mengambil tempatnya, begitu juga para kameraman dan penyunting video TV Mesir sudah siap memasang dan mendirikan Video rakamannya, Alhamdulillah dalam hatiku ucap syukur, seronok dan gembira, sebab bakal melihat Mufti Mesir menyampaikan kuliah di depan mata, Syukur ya Allah.

Tapi aku melihat mereka semua macam masih menanti sesuatu, mata mereka sekejap memandang ke kiri ke kanan dan ke arah masuk pintu, hatta aku datang pun mereka melihatku, ada seorang lelaki arab berdiri di depan pintu, Aku mendekatinya, " Assalamualaikum, waalaikumsalam, Le? Syeikh Ali Al-Jumah Lam Ya'ti ? dia jawab, InsyaAllah ghai... owh Alhamdulillah... syukran, Allahuyubarrik fik. Aku terus maju ke depan dan terus solat tahiyyatul Masjid sampai lah selesai solatku.

Syeikh masih tak datang lagi, aku pun keluarkan buku kajang dari beg galasku, kemudian aku tuliskan apa yang berlaku, setelah beberapa minit berlalu tiba-tiba para penuntut ilmu memandang ke belakang, aku pun cuba alihkan pandanganku ke belakang... Subhanallah, rupanya Mufti Mesir Syeikh Ali Al-Jumah sudah pun sampai, Alhamdulillah pujiku. Syeikh diiringi oleh beberapa pemuda yang ditugaskan berkhidmat kepada beliau, mungkin berkhidmat secara rasmi ataupun merelakan diri kerana ilahi...WallahuAlam.

Kedatangan Syeikh itu juga, seiring dengan jenazah yang diusung oleh para hadirin yang lain, Syeikh terus duduk di kerusi merah yang disediakan, manakala jenazah tersebut diusung ke sebelah hadapan. Apa yang bermain di fikiranku ketika itu ialah, bagaimana dengan jenazah itu, adakah semua para hadirin sembahyangkannya dulu atau semua hadirin mendengar ceramah dari seorang Mufti yang kita gelar sebagai Guru..tiba-tiba Syeikh dengan tenang menyebut sesuatu, beliau kata : " Sebahagian pergi sembahyangkan jenazah !!! ", subhanallah... tak sangka beliau menjawab soalan yg bermain dibenakku. 

Aku terfikir lagi, macam mana ni, yang mana satu yang mesti dimuliakan, adakah orang yang berilmu atau jenazah jasad manusia yang sudah dikafankan untuk disembahyangkan ? aku teringat ayat Quran yang memuliakan dua golongan ini : Dan Allah mengangkat (memuliakan) orang yang beriman dan orang yang berilmu beberapa darajat.."

Dan ayat satu lagi : " Dan Sesungguhnya kami telah muliakan bani Adam "

" Memuliakan manusia yang mati itu samalah memuliakannya semasa hidup "

Alhamdulillah, sudah ada yang bergerak ke depan, aku pun berdiri dengan lafaz bismillah perlahan-lahan... aku maju ke depan bersama mereka. hanya ada 3 saff yang sembahyangkan jenazah tersebut, dalam hati berdoa semoga Allah merahmati Arwah tersebut. Sebelum sembahyang yang bakal diimamkan oleh Syeikh Zakaria ( Salah seorang Imam Masjid Al-Azhar ), Syeikh memberikan kaifiat ataupun panduan bagaimana cara menyembahyangkan jenazah, setelah itu barulah kami teruskan solat dan hadiahkan pahala solat dan doa kepada Arwah sehinggalah selesai. Alhamdulillah... semoga Allah merahmatimu wahai hamba Allah, moga tenang menuju ke alam yang baru, kamu sudah kembali ke kampung asal daripada kami, dan kami insyaAllah akan menyusur kamu kemudian...Allahummagfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fuanhu" ameen!

Kemudian aku terus ke tempat dudukku... khusyu' mendengar Syeikh menyampaikan ilmu, Alhamdulillah semoga bermanfaat ilmu Syeikh pada saya dan semua yang hadir sama, ameen ya Allah !. 

Selesai sahaja Syeikh Ali-Aljumah ( Mufti Mesir ) menyampaikan kuliah tafsir beliau, maka beliau pun diiringi oleh beberapa pemuda yang berkhidmat dengannya, sungguh ramai penuntut ilmu yang ingin bersalam dengannya tidak berkesempatan, kerna beliau berjalan dengan pantas disamping di kelilingi serta diawasi oleh pemuda-pemuda itu tadi.


 scout saudia

Aku terlihat beberapa orang yang memakai pakaian sama seragam, seolah-olah satu badan persatuan kebajikan, aku cuba mendekati mereka dan bertanya, kamu ni persatuan apa ? mereka menjawab kami dari Scout Saudia, Persatuan Arab... Owh, Alhamdulillah... ( persatuan ini lebih kurang macam persatuan pengakap dan Unit Amal Di Malaysia, tugas mereka pun sama ).
Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Suara azan kedengaran, memanggil insan untuk menyembah Tuhan, Allah... aku mengambil saff bahagian hadapan, Alhamdulillah pujianku kepada Allah, sebab dapat saff bahagian hadapan,: Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Sekiranya manusia tahu kelebihan azan dan saf awwal kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan mengundi, maka mereka sangguo untu mengundi ". Subhanallah, betapa fadhilat saff telah disebutkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w... 

Oleh sebab kita tidak mengetahui kelebihan tersebut yang menyebabkan kita mengabaikan berada di saff awal ketika solat. Saya teringat cerita daripada kawan saya, dia menceritakan pada suatu ketika, bilamana Syeikh Dr Yusri Al-Hasani tengah menyampaikan kuliah tasawuf kepada anak-anak muridnya di Masjid Al-Azhar, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali mengeluarkan perkataan yang tidak enak didengari, lelaki itu berkata dengan menerjah " Inilah, mengajar anak-anak Yahudi...!!!  (Astaghfirullah Az-Azhim... ketika aku mendengar kawan kata seperti ini, aku beristighfar kepada Allah memohon ampun kepadanya...dan dalam hati berdoa semoga Allah beri hidayah kepada lelaki tersebut agar dia tahu apa yang dia buat itu adalah tak baik ) Bila Syeikh dengar, syeikh pun memanggilnya untuk duduk bersama-sama dalam majlis tersebut dan mempelawa duduk dekat dengan beliau, namun apakan daya lelaki itu terus jalan keluar meninggalkan majlis, perlahan syeikh berkata, Semoga Allah beri hidayah padanya, kalaulah lelaki itu tahu apa yang ada dalam ilmu tasawuf ini, tentu dia tidak akan cakap seperti itu, bahkan dia akan diam dari berkata-kata barang yang tidak diketahuinya... Subhanallah, begitulah akhlak dan adab seorang syeikh dengan mereka yang tidak beradab dengannya, bukan menghina sebaliknya mendoakan agar beroleh hidayah daripada Allah, subhanallah.

Bila aku dengar sahabat kata seperti ini, aku teringat bagaimana dakwah Nabi kita Muhammad s.a.w di Thaif, ketika mana baginda sedang asyik mengajak ummatnya menerima Islam, ada dikalangan ummat thaif yang menghinanya, mengkejinya serta melemparkan batu kepadanya sehingga berdarah... dan darah itu pula mengalir mencecah ke kaki baginda s.a.w.... Allahumma Solli Ala Muhammad s.a.w... bila mana malaikat Jibril a.s mempelawa Rasulillah s.a.w, Wahai Rasulullah s.a.w mahukah kamu aku hempapkan mereka ini dengan gunung ? Rasulullah s.a.w dengan lembut dan tenang menjawab, tidak perlu... bahkan nabi s.a.w mendoakan, Allahummahdi qaumin fainnahum la ya'lamun, ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu..." Subhanallah begitulah agungnya akhlak nabi kita Muhammad s.a.w.

Sahabat, sekiranya penduduk thaif itu mengetahui yang Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Rasul utusan Allah tentu mereka tidak akan melakukan seperti itu.

Kalaulah mereka tahu yang Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah, tentu mereka tidak mengeji dan mencaci baginda s.a.w seperti itu.

Kalaulah mereka tahu yang Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Nabi Akhir zaman dan menyayangi ummatnya, tentu mereka tidak akan menghinanya seperti itu... 

Dan kalaulah mereka tahu yang nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Nabi yang akan memberikan syafaat kepada ummatnya Di Akhirat nanti tentulah mereka tidak akan membalingnya dengan batu. 

Oleh sebablah mereka tidak tahu semuanya itu sahabat, mereka lakukan perbuatan itu kepada Baginda s.a.w... alangkah malangnya mereka yang tidak mengenalimu ya Rasulullah s.a.w... dan betapa indahnya dan cantiknya akhlakmu ya Rasulullah s.a.w kepada ummatmu walaupun menitisnya darah di kakimu, tapi kau sanggup memaafkan mereka dengan hati yang penuh sayu, sungguh mereka tidak mengenalimu ya Rasulullah, kalaulah mereka mengenalmu tentu mereka tidak akan sama sekali melakukan semuanya itu, bahkan akan membantumu didalam  menyebarkan dakwahmu menyembah Tuhan yang satu...Allah... Allahumma Solli ala saidina Muhammad .s.a.w...

Begitulah sahabat, kalaulah lelaki tadi yang menerjah Syeikh Dr Yusri Al-Hasani tahu yang ilmu tasawuf itu adalah ilmu yang sangat berkesan membina akhlak Muslim dan Mukmin untuk hampiri Allah, tentu lelaki itu takkan kata seperti itu kepada beliau...Kalaulah lelaki itu tahu dengan belajar ilmu tasawuf akan dapat mencintai Rasulillah s.a.w dengan sepenuh kasih tentulah lelaki tersebut tidak sama sekali menerjah seperti itu...Astaghfirullah al-Azhim...!

" Ya Allah golongkanlah kami dalam kalangan hambamu yang sentiasa beradab dengan para Masyaikh dan orang yang berilmu, kami berlindung kepadamu dari termasuk dalam kalangan orang-orang yang tidah tahu dan jahil tentang sesuatu ilmu kemudian menerjah ikut suka dan melulu, kami berlindung padamu ya Rabb !!! ameen ya Muzillus Sami'ul Alim, ameen !"

Selesai sahaja solat maghrib, Syeikh Dr Mohammad Ali menyampaikan kuliah maghribnya dengan menterjemahkan serta menghuraikan kalam-kalam indah daripada kekasih Allah Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari (Kitab Hikam)... Aku duduk dan dengar sehinggalah habis beliau menyampaikan kuliah tersebut, sungguh aku berterus terang, aku memang suka kitab hikam karangan Syeikh Ibu Athoillah As-Sakandari ini, aku mula jatuh cinta dengan kitab ini bila mula-mula aku mengajinya di Pondok Pasir Putih Kelantan dulu, tak sangka kitab hikam ini banyak diajar oleh Masayikh di Al-Azhar Mesir ini, Alhamdulillah, semoga segala ilmu yang dicurahkan oleh meraka bermanfaat padaku terutamanya dan kita semuanya, ameen ya Allah... setiap kali aku menadah kitab hikam ini, maka di situ jugalah aku mengingati Tok Guru Pok Su Hamid yang mula-mula sekali mengenalkan aku dengan kitab ini, Allah... semoga Allah merahmati beliau dan semoga beliau sentiasa dalam zikullah azza wa jalla, ameen ya Robbal Alamin, ameen !


21/72010, RABU. 

Harini Syeikh Ali Al-Jumah menyampaikan kuliah tafsirnya lagi, tapi aku datang lewat harini... ( insyaAllah boleh diperbaiki ).  Ketika saya sampai dan duduk di majlis ilmu tersebut beliau masih lagi sedang menghurai tafsirannya, aku keluarkan kitab dan mencatit ayat Quran akhir yang dibacanya sebelum mengakhiri kuliah beliau, yaitulah ayat Quran yang berbunyi : Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun ... Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadanyalah kita akan kembali.... Alhamdulillah aku sempat mencatitnya di dalam kertasku... Walaupun ayat itu pendek namun sangat besar maksudnya...

Setelah itu Syeikh Ali Al-Jumah diiringi oleh mereka yang berkhidmat dengannya...

Manakal sebhagian penuntut ilmu pula terus bergegas ke bilik kuliah untuk bertalaqqi kitab Tauhid dari Syeikh Jamal Faruq. Aku pun menghadiri kuliah tersebut, Alhamdulillah. beginilah sahabat, Masjid Azhar ni Masjid yang kaya dengan para Masyaikh Alim Ulama', beruntunglah siapa yang mendampingi mereka.. dan mudah-mudahan dengan izin Allah aku dapat hadir kuliah mereka sedaya yang termampu menurut kehendak dan ketentuannya sekiranya tiada aral melintang dan uzur yang syar'ie, InsyaAllah. Mudahkan ya Robbi !.


Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Solat maghrib.... sampalah selesai solat maghrib berjemaah... kemudia diisi masa maghrib tersebut dengan makanan kerohanian oleh Syeikh Hisyam juga merupakan seorang Imam dan Khatib. Alhamdulillah, beliaulah yang menghadiahkan padaku sebuah kitab kecil tetapi manfaatnya besar, iaitulah kitab Bidayah As-Sul Fi Tafdhil Ar-Rasul ( permulaan soalan tentang kelebihan Rasulullah s.a.w ), Moga Allah membalas kebaikan yang Syeikh lakukan kepadaku dengan setimpalnya, ameen ya Allah.

Aku keluarkan kitab kecilku itu, sungguh aku sangat gembira bila melihat kitab tersebut, seronok yang tidak terhingga, apa tidaknya cuma aku seorang dan Syeikh sahaja yang ada kitab tersebut, dan kitab tersebut ada lambang Masjid Azhar dan logonya... subhanallah... seolah-olah kitab tersebut sebagai hadiah penerimaan ijazah kehormat buatku...aku tersenyum ( huh, angan-anganku sahaja ) tapi kalau ianya realiti, kan bertuahnya hidup ini... syukur ilahi.. Alhamdulillah. Moga aku mudah mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan panduan berkat kitab kecil tersebut, ameen bibarakatinnabi Muhammad s.a.w ameen !

Sedang Syeikh menyampaikan kuliah, beliau menyebut nama-nama yang pesan kitab Syamail Muhammadiah minggu lepas dengan satu persatu ( sebab syeikh ada bawa kita pesanan mereka dalam beberapa buah kitab, lebih sepuluh tak silap kerna ianya dalam kotak ), dengan perlahan Syeikh memandangku lantas bertanya, " Ya Maulana, Endakal Kitab ? Jawabku dengan sopan, Endi,  Alhamdulillah jawab Syeikh. Kitab Syamail Muhammadiah tersebut adalah kitab yang lengkap menceritakan perilaku Rasulullah s.a.w, adapun kitab Bidayah As-Sul Fi Tafdhilir Rasul adalah ringkasan sebagai permualaan muqaddimah.

Setelah selesai... Syeikh berdiri menuju ke tempat kitab-kitab pesanan para hadirin, saya pun berdiri dengan tenang semata-mata mahu bersalam dengan Syeikh, ketika saya salam, saya ingin mencium tangannya, namun beliau menolak dengan sopan dab berkat " Kholli..Kholli Ya Kholili... ( Kholli ni bahasa arab ammiyah yang bermaksud tak perlu... kholili tu pula sahabat atau kekasih ) Syeikh tersenyum melihat perbuatanku. Syukran ya Syeikh.. ( Dalam hati saya berdoa semoga Allah merahmati Syeikh dan membalas segala kebaikan yang Syeikh Lakukan padaku, ameen ya Allah )

" Ya Allah aku mohon padamu pimpin dan bimbinglah hatiku ke jalan yang engkau redhai, kejalan yang penuh kebenaran lagi  penuh keberkatan, ameen ! Semoga kitab kecil ini bermanfaat padaku untuk mencontohi Kekasihmu Muhammad s.a.w dalam nak meraih redhamu di dunia dan di akhirat, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda dan sahabat baginda amnya dan para pengikut baginda s.a.w yang ikhlas sehinggalah ke hari akhirat, ameen ya Allah. "

" Allahummar zuqna mutabaatan nabi Muhammadin Nabiyyil Mustofa awwalan wa akhiran wa zhahiran wa bathinan wa qaulan wa fe'lan wa ibadatan wa amalan sholiha birahmatika Ya ArhamarRahimin wa barakatiN Nabiyyi KhatamanNabiyyin wal Hamdulillahi Robbil Alamin, ameen !!! (",) "



Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Kaherah, Mesir.







No comments:

Related Posts with Thumbnails