BismillahirRahmanirRahim WasSholatu WasSalamu Ala Rasulillah Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain Wal Hamdulillahi Robbil Alamin
24/7/2010. KHAMIS.
Hari ni aku pergi ke masjid Al-Azhar lagi, dengan tujuan yang sama dan merentasi perjalanan yang serupa... walaupun jauh perkara itu tidak menjadi penyudah kepada saya yang sentiasa mengharapkan ilmu dari para Masyaikh di bumi mesir bersejarah. Aku tetap berpegang dengan ayat Quran yang menyatakan bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan... maknanya setiap perjalanan yang jauh itu pasti ada kemudahan yang menjadikannya mudah dan dekat... misalnya yang jauh kita boleh sampai dengan menggunakan kemudahan seperti kenderaan ... sekiranya sudah terbiasa seharian melakukan aktiviti sedemikian tentu ianya akan jadi seperti pepatah " Alah bisa tegal biasa " Kalau sudah biasa yang jauh sudah tidak terasa dan tidak menjadi masalah bahkan yg susah boleh diselesaikan dengan cara yang mudah... begitulah juga penulisan saya ini, walaupun mula-mula nampak banyak yang tak kena namun jika di asah sikit demi sedikit, insyaAllah ianya akan kemas dan nampak canti serta nak baca dan faham pun senang. walaupun ianya bukan tujuan utama, kerna tujuan utama dapat berkongsi ilmu dan amalkan agar ingat Tuhan serta Rasul Junjungan selebihnya serah pada Allah.
"kemanisan dalam kerjaya itu ialah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan sehingga keluarnya titik peluh membasahi badan (hasil titik peluh sendiri) ibarat mendaki gunung kinabalu walaupun pada mulanya nampak jauh, letih dan memenatkan, namun bila sudah sampai ke puncaknya, keletihan itu sudah hilang digantikan dengan ucapan syukur pada Tuhan" BERMUJAHADAHLAH !!!
jauh pun tidak terasa sebab sudah berada di destinasi puncak gunung, dan apapa sahaja yang dirasai ketika mula-mula mahu mendaki semuanya sudah berganti dengan kegembiraan dan keceriaan, ianya nampak ketara apabila seseorang mengucap syukur Alhamdulillah pada Tuhan kerna dapat melihat saujana mata memandang keindahan Tuhan.. subhanallah indahnya... ucapan itulah yang mengindahkannya...ucapan inilah yang melupakan keletihannya.. apa yang bermain dibibirnya, subhanallah cantiknya !!!
Ya Robbi mudahkan dan selamatkan ya Robbi, engkaulah penyelamat di dunia dan di akhirat, selamatkanlah perjalanku dalam keadaan aku sentiasa mengingatimu, ameen ya Roja'ie !!!
Sampai Masjid Azhar aku terus masuk ke kelas talaqqi Syeikh Said Syaltut, beliau mengajar kitab Fathul Qorib ( matan Abi Suja' ) Alhamdulillah kitab ini aku dah khatamkan ketika sedang berlajar di Institut Pengajian Ar-Razi Junjong Pulau Pinang yang diajar oleh Ust Wan Mohd Wan Zakaria Al-Hafiz. Alhamdulillah ianya menjadikan aku lebih mudah untuk faham.. kerana kebanyakan takrif setiap bab dalam kitab tersebut aku sudah catitkan di setiap penjuru kertas tajuk. Alhamdulillah syukran Ust Wan, moga sentiasa dirahmati Allah, ameen !
Sebelum daripada itu aku terserempak dengan Syeikh Hisyam yang menghadiahkan aku buku kecil tapi manfaatnya besar... beliau diiringi dua orang anak muda yang sedang menolongnya mengangkat beberapa buah kitab. kami terjumpa di depan pintu gerbang Masjid Al-Azhar Asy-Syarif... Beliau memandangku, aku pada mulanya tidak perasan sebab beliau pada ketika itu tidak memakai serban... bila aku memandang kearahnya, ternyata beliau masih melihat saya, aku beri salam Assalamualaikum ya Syeikh ? Waalaikumsalam... beliau tanya, semalam apa yang akmu tulis di bukumu? aku jawab aku tulis apa yang syeik kata semalam... semuanya kau tulis? tidak semua, aku cuma menulis ayat-ayat Quran dan hadis nabi s.a.w serta Qaul Ulama dan Hukama menurut apa yang kudengari dan fahami, tak lebih dari itu... owh, Syeikh pesan, Rabu minggu depan saya mahu melihat kertas tulisan kamu...!!! Subhanallah, Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu... risau semacam... kerna sebelum ni aku tidak pernah terfikir seperti apa yang Syeikh mahukan ini... ya Allah bagaimana ni.... aku cuba tenangkan fikiranku dengan zikrullah... cuba beristighfar sebanyak-banyaknya... astaghfirullah al-azhim... aku jawab insyaAllah ya Syeikh, saya akan bawa minggu depan dan bagi syeikh tengok. wallahu alam apa tujuan Syeikh, namun yang pastinya tujuannya mesti mahukan kebaikan buatku... Alhamdulillah, rasanya persoalan dan kemahuannya itu membuatkan aku mesti dan mesti terus bersedia dari segala-galanya... boleh jadi lepas ini beliau akan tanya banyak padaku... ya Allah sungguh aku menuntut ilmumu dari insan-insan yang kau amanahkan adalah semata-mata mahu menambahkan ilmuku utk mendekatkan diriku padamu, semakin aku belajat aku semakin takut padamu, semakin aku belajar maka semakain bertambah juga hidayahmu padaku agar dapat redhamu di mana sahaja aku berada, kerna itulah yang ku harapkan..
Allahummaj'alni khoiro mimma yazhunnun waghfirlana ma la yaklamun wa la tuakhizna bima yaqulun, ya Allah berilah kebaikan padaku diatas apa yang mereka sangkakan dan ampunkan dosaku diatas apa yg mereka tidak tahu dan janganlah kau salahkan aku diatas apa yang mereka perkatakan.. ameen ya Allah !!!
Setelah selesai talaqqi dengan Syeikh said Syaltut, maka semua penuntut ilmu bergegas untuk menghadap Tuhan kerna laungan azan sudah pun dukumandangkan... Alhamdulillah aku dapat saff hadapan lagi.. Syukur ya Robbi...(",)
Selesai sahaja solat Maghrib berjamaah, kami di isikan dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Syeik Zakaria.. beliau cuma memberikan tazkirah yang hanya beberapa minit sahaja. Alhamdulillah yang penting ada pengisian, sebab kalau sekiranya hati kita tidak diisi dengan nasihat-nasihat baik maka dikhuatiri hati kita bisa menjadi keras kerana makanan kerohaniannya tiada... ibarat jasmani badan, cuba bayangkan kalau kita tidak makan makanan yang seimbang dengan jasmani, maka lemahlah jawabnya... begitulah juga hati rohani seseorang perlu diberikan makanan yang seimbang, makanannya bukanlah nasi beriyani satu talam atau nasi kandar ayam masak rendang tapi makanannya ialah nasihat-nasihat yang bisa menggetarkan Qalbu da Fuad agar cintakan Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w agar kita tidak leka dengan tipuan nafsu dan Syaithan.
Waktu Isya' masih lama lagi.. aku pun mengambil Quran dan buka surah Al-Kahfi dan terus membacanya, harapanku moga aku terhindar dari fitnah dajjal dan sekutu dengannya... serta kuhadiahkan sekiranya ada pahalanya kepada ibu dan ayahku serta mereka yang berjasa padaku seperti Almarhum Ustaz Haji Nahar... dan kepada semua muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke rahmat Tuhan.. Taqabbalallahu A'malana ya Rahman !!!
Setelah selesai membacanya, aku didatangi seorang arab yang berjubah putih, dia berpesan padaku hafallah Quran itu kesemuanya... dengan gembira dia berkata " aku hafal Quran semuanya sejak umorku 20 tahun, subhanallah... moga Quran itu dapat memberi syafaat kepada tuan... ameen ya Allah... Nabi s.a.w sebut, Al-Quran akan memberi syafaat kepada siapa yang membacanya di hari qiamat ". moga kita beroleh syafaat daripadanya, ameen ya rahman !
22/7/2010. JUMAAT.
Aku dan Ustaz Hairul seperti biasa bersama-sama pergi menghadir kuliah Shubuh Syeikh Dr Yusri Al-Hasani di Muqattam setelah selesai solat shubuh berjamaah di masjid walidain tempat tinggal kami.
Kemudian selepas solat jumaat, aku terus pergi ke majlis ilmu Syeikh Dr Yusri Al-hasani ditempat yang sama, dalam kelas ini Syeikh mengajar 3 buah kitab, iaitulah Kitab Muwattho (dibaca oleh Org Mesir) Kitab Khosoisil Kubra (yang asalnya dibaca oleh Ust Nazrul Nasir, Malaysia) memandangkan ustaz balik ke Malaysia maka digantikan sementara oleh penuntut ilmu dari Yaman, dan Kitab Hikam Syeikh Ibnu Athoillah Assakandari ( yg dibaca dari pelajar Indonesia) Alhamdulillah begitulah kedailan Syeikh dalam membahagikan anak-anak muridnya... moga bermanfaat ilmu Syeikh pada kami, ameen !!!
Aku bersolat di masjid Nuri Khitab sekali lagi, seoalah-olah imam dan bila sudah mula mengenaliku, kerna mudah saja untuk mengenaliku aitulah dengan serban dan jubah yang menjadi trend pakaianku di bumi anbiya bersejarah gitu... kataku dalam hati kalau bukan dibumi ini tempatnya untuk mengamalkan sunnah nabiku Muhammad s.a.w dengan mudah dan tiada yang menghalang bahkan semuanya faham, maka aku seronok dan ringankan segala gerak tubuhku dan dress up ku untuk memakai pakaian sunnah nabiku Muhammad s.a.w...Alhamdulillah semoga Allah memberkati apa yang ku lakukan atas nama cinta kepada Rasul Junjungan pembawa rahmat kesekelian alam, Allahumma solli ala Muhammad s.a.w.
Ya Allah mudahkanlah untuk aku selalu pergi ke rumahmu (masjid) di dunia ini, sekiranya kau izinkan, tentu sekali aku ingin memasuki dan beribadah di semua masjid yang ada di muka bumimu ini, lebih-lebih lagi Masjid Makkah Almukarramah, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqso yang suci.. engkau yang berkuasa wahai ilahi... namun aku tetap redha dengan ketentuanmu ya ilahi, walau dimana saja kau takdirkan aku untuk sujud bersimpuh di masjidmu, maka aku tetap akan sujud di situ... kurniakan taufiq ya Roja'ie ameen ya ilahi !!!
Sahabat, Ingatkah lagi sahabat akan peristiwa tazkirah peringatan dari Tuhan yang berkuasa.. Tuhan yang bisa menumbangkan segala kekejaman makhluknya yang sombong dgn keangkuhan kekayaan... Tuhan yang pernah menumbangkan raja yang zhalim firaun... Tuhan yang pernah meneggelamkannya di dasar lautan yang dalam... masih ingatkah lagi bagaimana Tuhan menghancurkan Qarun yang kaya dengan harta kekayaan hinggakan lupa pada Tuhan yang memberikan kekayaan lalu Allah tenggelamkannya bersama-sama harta kekayaan sebagai ibrah dan pengajaran. Sahabat masih ingatkah bagaimana Tuhan menghancurkan tentera bergajah yang ingin meruntuhkan ka'abah kiblat ummat Islam? masih ingatkan...Kalau macam tu sahabat, walaubagaimanapun keadaan kita ingatlah bahawa Tuhanlah yang berkuasa, Tuhan jadikan bumi ini (kecuali tempat bernajis) untuk masjid sebagai rahmat dan kelebihan ummat nabi Muhammad s.a.w... di mana-mana pun kita boleh bersolat sendirian mahupun berjamaah berkumpulan.. oleh itu wahai sahabatku, saya berpesan kepada diriku yang selalu leka dgn kealpaan tipuan, diaman sahaja kita menghadap, hadaplah wajah kita kepada Tuhan.. maksud saya walaubagaimana sibuk sekalipun janganlah lupa pada Tuhan.. jangan lupa dengan masjid yang disediakan... bukankah masjid-masjid itu pernah menyelamatkan ummat Islam Acheh ? marilah kita ambil pengajaran wahai teman, agar kita tidak jauh di kesesatan jalan sehingga kita tidak nampak jalan pulang menuju Tuhan sekelian alam... insaflah, taubatlah, istighfarlah...!!! Astaghfirullah al-azhim... ampunkan dosa kami ya ghoffar wa ya tawwab !!!
Sampai di Masjid Azhar, aku parking motor di belakang pagar Masjid Azhar... aku masuk ikut belakang, Bismillah, Allahummagfirli zhunubi waftahli abwaba rahmatik.. Allahumma solli ala saidina Muhammad s.a.w... Aku jumpa seorang pakcik yang istiqamah berjamaah di masjid Azhar yang tidak lepas dengan tasbih di tangannya.... subhanallah... Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabnya. mafi kuliah? pakcik itu menjawab, na'am mafis... ta'al ijlis hena... insyaAllah ba'din.. ana ayyiz usolli tahhiyatul masjid awaalan... aiwah tafaddhal !!!..
Selepas solat tahiyyatul masjid barulah aku datangi pakcik itu dan aku bersalam-salaman dengan semua yang ada berdekatan dengan mereka... dan kesemua mereka ini adalah dari kalangan orang-orang yang tua... pakcik itu bertanya, kam umruk? aku jawab, sittah wa isyrin, 26.. pakcik tu suruh aku teka umurnya berapa.. aku tekalah, 62... pakcik tu kata la'..'la'' zid syuwaiyyah... 70 tahun.. pakcik tu kata tak.. tak... kemudia dia memberitahu yang umurnya 76 tahun... subhanallah... moga Allah terus beri kekuatan kepada pakcik untuk melakukan ibadah dan ketaatan kepada Tuhan ameen ya Allah... ! macam-macam yang kami sembang, tapi sembang kebaikan untuk mengharap kebaikan dari satu dengan yang lain... sehinggalah masuknya waktu sholat Isya'... Wallahu A'lam..
Maaflah sahabat, kali ini, saya cuma tulis secara ringkas sahaja... moga-moga difahami walaupun ringkas.... maalish (",)
" Ya Allah janganlah kau bolak-balikkan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami, dan masukkanlah kami dalam kalangan hambamu yang kau rahmati... ameen ya ilahi !!! "
Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Bumi Anbiya' Kaherah Mesir,
University Al-Azhar Asy-Syarif.
No comments:
Post a Comment