Sunday, July 25, 2010

Amalkan Sunnah Nabimu Sedaya Termampu !

BismillahirRahmanirRahim
WasSholatu WasSalamu Ala Saidina Muhammadin Nabiyyil Musthofa Wa KhotamanNabiyyin Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain Wal Hamdulillah Robbil Alamin...

23/72010. SABTU.

Alhamdulillah, aku pergi masjid Al-Azhar Asy-Syarif lagi... seperti biasa menaiki motorsikal jenama Dayun Made In China yang mana motor ini adalah sebuah hadiah dari insan dermawan yang berada di Malaysia... syukur ya Allah, moga engkau membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh hambamu yang dermawan ini dengan engkau memanjangkan umurnya didalam kebaikan, memberikan kesihatan yang baik padanya, memurahkan rezekinya, dan membahagiakan ahli keluarganya supaya ia dapat mensyukuri segala nikmat yang kau berikan.. ameen ya Rahman ! 

Bismillah, aku parking motor di tepi pagar masjid Al-Azhar juga bersebelahan dengan perniagaan buah-buahan anggur, strawberry dan kitab-kitab serta daging dan sebagainya.
Aku terus masuk ikut pintu gerbang masjid Al-Azhar dengan langkahan kaki kanan kerna ianya sunnah Nabiku Muhammad s.a.w lantas berdoa dalam hati : 

" Allahummaghfirli zhunubi waftahli abwaba rahmatik, Allahumma Sholli Ala Muhammad s.a.w..."

" Ya Allah Ya Tuhanku Ampunkanlah Dosa-dosaku Dan Bukakanlah Pintu-Pintu Rahmatmu..ameen ! "

Ya Allah moga kau perkenankan.... sahabat, segala apa sahaja yang kita lakukan start dari bangun tidur sehinggalah ke tidur semula, semuanya Islam telah ajar melalui utusan Allah Rasulullah Muhammad s.a.w samada melalui amalan cara berpakaian sunnah, amalan cara makan sunnah, amalan doa ketika keluar dari rumah, masuk rumah, amalan doa naik kenderaan, amalan doa melihat cermin dan apa-apa sahaja yang berkaitan tentang amalan Akhlak Rasulullah s.a.w samada melalui perbuatannya, percakapannya, dan pengakuan semuanya sudah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w, begitulah juga amalan sunnah ketika masuk masjid maka nabi s.a.w berdoa seperti doa di atas... sebenarnya hari-hari kita boleh amalkan sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w, cuma kekadang kita terlepas pandang sebab kita terhijab dengan tipuan nafsu dan syaithan yang tak pernah lepas dari menghasut anak Adam a.s.

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : " ma amartukum bihi fa'tuu minhu mastata'tum.. maksudnya apa yang aku perintahkan kepada kamu maka ambillah (amalkanlah) sedaya yang termampu.."

Sahabat, siapa lagi yang mahu amalkan sunnah nabi kita Muhammad s.a.w, kalau bukan kita ummatnya !.
Siapa lagi yang mesti mempelajari dan mengambil faedah atas segala peninggalan warisan nabi Muhammad s.a.w kalau bukan kita ummatnya !.
Siapa lagi yang mesti mempertahankan Islam dari dihina atau diperkecilkan kalau bukan kita ummat Islam !.
Siapa lagi yang mesti memperjuangkan Islam yang maha mulia dari segala agama bathil yang ada kalau bukan kita ummat Islam !.
Siapa lagi yang mesti mencintai nabi Muhammad s.a.w kalau bukan kita ummat Nabi Muhammad s.a.w !

" Sahabat, ingatlah dulu Rasulullah s.a.w pernah memberitahu Saidina Abu Bakar As-Shiddiq bahawa aku merindui ummat akhir zaman, walaupun mereka tidak pernah melihat aku tapi mereka sangat rindu padaku... "
" Subhanallah... ya Rasulullah, ketahuilah ummat akhir zaman yang kau rindui itu juga merinduimu, rindu serindu-rindunya ya Rasulullah... dan kebanyakan ummat akhir zaman yang aku temui juga sangat mencintaimu akan cinta yang secinta-cintanya ya Rasulullah, juga ummat akhir zaman yang ku temui kebanyakan mereka memperjuangkan agama yang pernah kau perjuangkan sewaktu 1400 tahun dulu, mereka tidak henti-henti menyambung rantai perjuangan itu walaupun terpaksa gugur di medan tempur ya Raulullah... Ya Rasulullah, berolehkanlah kami terhadap barakah Nur Rahmatmu di dunia yang hampir layu, agar di akhirat kami yang merinduimu beroleh syafaatmu ya Rasulullah.." ameen ya Allah !!!
Allahumma sholli ala saidina Muhammad s.a.w...

Aku terlihat 3 orang pelajar yang sedang asyik membaca kitab dan ber'muthala'ah kitab bersama sahabat-sahabatnya, aku lembutkan lidah beri salam, Assalamualaikum, mereka jawab waalaikumsalam...(",)


Ketika aku melangkahkan kakiku sejarak beberapa meter, aku dengar suara memanggilku, ya walad ! ta'al !.. aku mendatanginya dengan muka yang senyum, bila aku dekat dengannya aku ucap salam Assalamualaikum ya Syeikh, waalaikumsalam jawabnya... beliau menyuruhku melalui jalan sebelah belakang, aku jawab, insyaAllah baik... rupanya ada sesi rakaman video ceramah di tengah-tengah masjid tersebut, rakaman tv ini seperti rakaman ceramah-ceramah tv di Malaysia seperti motivasi pagi dll.

Aku teruskan perjalanan meneruskan niat tujuan mahu menuntut ilmu Tuhanku yang maha Rahman...

Dari jauh aku melihat kelas talaqqi itu seolah-olah sudah dipenuhi oleh penuntut ilmu, bila aku dekat ternyata benar... ramai penuntut ilmu sudah khusyu' mendengar syarahan kitab Fathul Qorib dari Syeikh Said Syaltut ( seorang Ulama alim ilmu Feqah ), aku pun masuk kelas tersebut dan duduk... aku duduk di bahagian belakang berdekatan dengan pintu kerna penuntut-penuntut ilmu sudahpun memenuhi ruangan tak kira lelaki mahupun perempuan dari Malaysia, Indonesia, Turki, India dan Mesir sendiri. dalam hati syukur Alhamdulillah dapat juga tempat walaupun paling belakang. Aku melihat ada seorang yang datang sesudahku, dia sudah melangkahkan kaki memasuki pintu, namun bila dia melihat ramai orang maka dia pun terus keluar begitu juga 2 orang Arab ahli rakaman video, mereka telahpun masuk dalam majlis ilmu tersebut tapi mereka keluar, mungkin mereka ada kerja yang lebih penting agaknya...

Sahabat, kalau kita malu dengan ilmu maka ilmu itu juga malu dengan kita, jika kita mahu mendekati ilmu, maka ilmu itu akan datang bersama kita...

" jika niat kita memang benar mahu menuntut ilmu, walaupun ada penghalang di depan kita pasti akan tempuhi dengan hati yang tenang dan terbuka, sebab penuntut ilmu yang ikhlas itu mereka tidak pernah malu dengan ilmu, bahkan mereka malu jika tidak berilmu... gerakkan hatimu wahai penuntut ilmu, kau adalah penuntut ilmu, bukan pengkaji ilmu, kau adalah penuntut ilmu bukan penghukum hamba Allah dengan hukuman yang tidak menentu, kau adalah penuntut ilmu, bukan pelancong yang melancong ke serata sejarah penjuru... kau adalah penuntut ilmu !!! bebaskan dirimu dari sifat malu mahu kepada ilmu... sebab diantara sifat tidak malu yang terpuji ialah sifat tidak malu untuk mendapatkan ilmu... teruskan menuntut ilmu wahai perindu ilmu !!! "


Aku teringat kisah 3 orang yang mahu menuntut ilmu tetapi lewat datang... 

Orang pertama datang terus duduk ditempat yang kosong dan disediakan, maka orang ini akan dapat ilmu dan apa yang dimahunya.

Orang kedua dia malu-malu dengan ilmu, maka walaupun ada tempat kosong di depan namun dia hanya mahu duduk dibelakang, maka ilmu yang dia inginkan malu juga dengannya.

Manakala orang yang ke 3 ialah yang sudah sampai ke majlis ilmu kemudian dia melihat mungkin ramai orang sehingga takda ruang atau dia melihat Syeikh yang menyampaikan dia tak suka, maka dia pun berpaling dari majlis tersebut, maka orang ini tidak dapat ilmu dan dikhuatiri termasuk dalam golongan yang celaka, nauzhubillah min zalik..!

" Ya Allah ikhlaskanlah kami didalam menuntut ilmumu, lindungilah kami daripada bersifat riak, ujub takabbur, takjub dan yang seumpama dengannya... jadikanlah kami orang yang cinta kepada ilmumu, cinta dengan majlis ilmumu, cinta para penuntut ilmumu, dan cinta kepada orang-orang yang berilmu...lindungi kami dari termasuk di dalam golongan orang yang membenci mereka semuanya itu...  ameen ya mujib ad-da'awat !!! "


Aku juga teringat hadis Rasulullah s.a.w dan pujian Saidatina Aisyah Radhiallahu anha terhadap mereka yang tidak malu dengan ilmu...

" Saidhatina Aisyah Radhiallahu anha memuji wanita-wanita Ansar dengan pujiannya, sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar yang tidak menghalangi mereka terhadap sifat malu dari bertanya perkara agama..."


" Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam lalu ia berkata: sesungguhnya Allah s.w.t tidak malu pada kebenaran ( Innallah La yastahyi Minal Haq ). Adakah wajib mandi atas orang perempuan jika ia bermimpi ? Jawab Rasulullah, Iyya, wajib mandi jika ia telah (mimpi) melihat air mani. "


Sewaktu 2 orang pekerja video rakaman itu duduk di sebelahku, aku meminjamkannya sebuah buku mukhtasar Imam Abi Syuja' Rahimahullah taa'la... kemudian dia terus keluar tanpa memberikan semula kitab itu padaku... erm, tak mengapalah...(",) sekiranya dia tidak dapat menemuiku atas sebab-sebab yang menghalanginya, maka aku niat sedekah atas kitab tersebut...insyaAllah... (aku ada 3 kitab kesemuanya, samada matan Imam Abi Syuja, Mukhtasar dan Syarahnya...dan aku lazim memberi pinjam kepada siapa sahaja yang tiada membawa kitab dalam majlis tersebut, selalunya yang tiada kitab adalah orang arab sendiri.. tak mengapalah, mungkin mereka sekadar datang mahu memperhatikan bagaiman Syeikh mengolah pengajiannya atau mungkin juga mereka seperti Imam Asy-Syafie yang hanya mendengar terus dari telinga masuk ke dalam hati kerna kuatnya ingatannya pada sesuatu ilmu.. ya Allah kurniakanlah aku kekuatan ingatan seperti ini juga, ameen ya ilahi !!! )

Dalam pada itu Syeikh menghadiahkan kepada anak-nak muridnya setiap seorang satu kitab, yaitulah kitab Al-Azkar Karangan Imam Nawawi Rahimahullah Taala. Aku juga sama mendapatkannya, Alhamdulillah (",) moga kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi Rahimahullahu ta'ala ini bermanfaat padaku dan semua penuntut ilmu di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif ini... ameen ya samiul alim !!! ( kitab al-Azkar ini sudah lama saya cari dan ingin beli, sewaktu duduk pondok lagi, Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga kitab ini dengan cara yang mudah, tak perlu beli dan ditempat majlis ilmu yang diberkati ilahi... ) Alhamdulillah ya ilahi, ana uhibbu hazal Kitab, wa nafa'na bi ulumihi fid Daraini, ameen !


Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Azan maghrib bergema....  setelah selesai talaqqi, aku terus menuju ke ruangan solat utama... Alhamdulillah aku di saff hadapan lagi... dan aku tidak kisah berada di saff bahagian mana asalkan aku dapat sujud dihadapan Tuhanku yang menciptakanku... kerna sedekat-dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika mana hamba itu bersujud. ya Robbi, dekatkan lagi aku padamu ya ilahi, sungguh aku senang dengan begitu, jiwaku tenteram dengan amalan seperti itu... dekatkan ya Lathief !!!

Setelah selesai sholat maghrib berjamaah, seperti biasa kuliah maghrib dari para masyaikh Azhar Asy-Syarif.. malam ini giliran Syeikh Zakaria salah seorang khatib dan imam masjid Azhar. Alhamdulillah aku dapat menulis sebahgian kalam-kalam ucapan beliau walaupun tidak semua, namun aku sempat mencatitnya sedaya mana yang aku tahu dan faham. moga bermanfaat ilmu syeikh dengan kami, ameen ya ilahi ! wallahualam...

" Ya Allah aku mohon keredhaanMu dan SyurgaMu Dan Aku berlindung padaMu daripada KemurkaanMu dan Azab Api NerakaMu.. ameen ! dan Ya Allah Ya Tuhanku SesungguhNya engkau Suka Memaafkan, Maka Maafkanlah Aku... ameen ya salam !!! "




Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Alaihimus Solatu wa Salam
University Al-Azhar Keharah, Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails