Tuesday, August 3, 2010

Moga Allah menjadikanmu Cahaya Bulan Bagi Agama !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam Dan Keatas Keluarga Baginda Dan Sahabat Baginda Amnya Dan Para Pengikut Baginda sallallahu alihi wa sallam Yang Ikhlas Sehinggalah Ke Hari Akhirat.


31/7/2010. SABTU.

" Amalan yang baik ialah amalan yang sedikit tapi berterusan "

Alhamdulillah atas dasar ini maka aku cuba sedaya upaya diriku menurut apa yang ditentukan oleh Tuhanku padaku, agar segala pekerjaanku aku lakukan kerana mengharap keredhaan Tuhanku...

Mahu istiqamah itu satu perkara yang semua insan beriman dan berilmu pengetahuan yang ingin mengamalkan ilmunya mahukan.. kerana dalam istiqamah itu adanya kemanisan taqarrub dengan Tuhan.

Alhamdulillah, setakat ini aku masih istiqamah dengan bantuan Allah untuk terus berada dalam kalangan mereka yang menuntut ilmu dan berada di dalam Raudhatul Jannah Taman-taman syurga... aku juga sudah istiqamah berulang alik pergi ke Masjid Al-Azhar dengan tujuan menuntut ilmu Allah yang Allah amanahkan anugerahkan ilmuNya itu kepada Masyaikh Al-Azhar... Semoga aku dan sahabat-sahabatku yang tetap terus berada dalam majlis ilmu itu mendapatkan manafaat dan keberkatan atas ilmu yang dicurahkan kepada kami...ameen !

Seperti kebiasaannya Syeikh Said Syaltut Al-Azhari mengajarkan kitab Fathul Qorib kepada anak-anak muridnya, Alhamdulillah aku dapat duduk berasama dalam majlis tersebut. Seperti yang saya tulis sebelum ini, 

" aku tenang berada di dalam majlis seperti ini "


Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Azan Maghrib, aku terus pergi menuju ruangan solat utama, aku dapat saff depan, Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah menempatkan aku di tempat seperti ini, aku memang suka berada di tempat seperti ini, sebab saff bahagian hadapan memiliki kelebihan yang tersendiri di sisi Tuhan Robbul Izzati. Selalunya selesai sahaja salam, aku selalu salam dengan tok Imam dan para jamaah yang hadir, semuanya ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama Imam dan para Jamaah yang lain...

Aku teringat Pak Tam Junjong Kedah yang banyak juga berjasa denganku sewaktu aku berlajar di Institut Pengajian Ar-Razi suatu ketika dulu, beliau sangat baik denganku sehinggakan dia menganggap aku sebagai anaknya, beliau pernah meminjamkan motornya selama beberapa bulan untuk aku pakai pergi menuntut ilmu di Masjid-masjid dan surau, dia selalu membawa aku pergi makan di warung2 bersebelahan masjid Junjong, aku mengenali beliau ketika aku selalu datang ke Masjid Junjong untuk bersolat jamaah, selepas itu ahli qaryah masjid mengambilku sebagai imam tarawih pada tahun itu, beliau cukup baik denganku, sangat banyak hadiah-hadiah yang telah beliau berikan denganku, apapun, semoga Allah merahmati beliau...apa yang saya mahu cerita ialah dia pernah kongsi pengalamannya, dia kata :

" Din, sewaktu Pak Tam sembahyang di Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah, Imam AbdurRahman As-Sudais menjadi imam sholat tersebut, ramai orang mahu bersalam dengannya tetapi tidak dapat kerana terlalu banyak bodyguard yang mengawalnya, akan tetapi Pak Tam, nak kata kuasanya Allah ni din, walaupun Pak Tam tidak berebut dan berada di saff yg belakang, namun Pak Tam terkejut apabila Syeikh Imam AbdurRahman As-Sudais ada bersama dengan Pak Tam dan Pak Tam sempat bersalam dengannya, Alhamdulillah.. bila Pak Tam fikir, ini mungkin berkat Pak Tam selalu sembahyang di belakang Imam dan bersalam dengan Imam sewaktu selesai sahaja bersembahyang di masjid kampung " subhanallah...

Begitulah sahabat, jika kita selalu sholat di belakang Imam dan bersalam pula setelah selesai sembahyang, maka ganjaran dan kemudahan yang Allah berikan selepas daripada itu kita tidak sangka dan duga.. Hanya Allah sahaja yang tahu apakah kelebihan yang bakal di hadiahkan Allah buat hambanya yang menghidupkan jamaah di Masjid kemudia bersalam dengan Imam dan para jamaah.
Tazkirah Maghrib

Alhamdulillah... tazkirah maghrib harini disampaikan oleh Syeikh Zakaria Al-Azhar.. Alhamdulillah aku dapat mengikutinya... beliau menyampaikan kuliah selama 30 minit lebih... 

Waktu Isya' akan masuk dalam masa beberapa minit lagi... aku bersembang dengan pakcik yang biasa bersama denganku di majlis itu ( pakcik ini di tangannya selalu ada tasbih, dan setiap kali aku datang untuk mengambil saff dia selalu tersenyum apabila melihatku dia selalu salam dan tanya khabarku... Alhamdulillah semoga pakcik ini dirahmati Allah selalu... ameen ya salam ! ). sewaktu sedang asyik bersembang, aku rasa mengantuk... mahu berehat... aku tanya pakcik itu, bolehkah tidur di dalam masjid ? jawabnya, boleh, silakan.. aku pun terus masuk ke dalam masjid, aku tidur di balik tiang masjid Azhar... datang seorang pakcik yang istiqamah berjamaah bersama-sama imam, aku beri salam, Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabnya... dia tak perasan... dia amat-amati wajahku, ooh... nta... dia angkat tangan menadah tangan dan berkat " dai li " ( doakan aku ). aku jawab, insyaAllah, semoga Allah memanjangkan umur pakcik di dalam kebaikan, ameen !


1/8/2010. AHAD.

Alhamdulilllah hari ini pun seperti biasa, dapat menghadiri talaqqi dengan Syeikh Yusri... Dan dapat menghadiri kuliah di Madrasah Imam Asy-Syafie di rumah Terengganu yang di ajar oleh Ust Shahrizan ( Presiden PMRAM ), Alhamdulillah syukur pada Allah yang mempermudahkan segalanya.

Sebelah petang pula seperti biasa aku pergi ke Masjid Al-Azhar Asy-Syarif... aku sempat menghadiri kuliah Syeikh Jamal Faruq Azhari... Sehinggalah sampainya waktu solat fardhu Maghrib.

Setelah selesai solat fardhu maghrib secara berjamaah, di susuli dengan santapan rohani oleh Syeik Athiah Imam dan Khatib Masjid Sholeh Al-Ja'fari dalam membicarakan perihal sholat dan yang berkaitan dengannya melalui kitab Muwattho Imam Malik Rahimahullahu Taala... sehinggalah sampai hampir masuknya sholat fardhu isya' yang berbaki hanya 10 minit sahaja...

" Kemudian aku di datangi seorang pakcik Arab yang di tangannya bersama kitab Riadhus Solihin... 

Boleh tuliskan doa di belakang kitab ini ? Sambil menyerahkan kitab tersebut pada saya.
Boleh, InsyaAllah... tapi doa apa ? 

Tulislah doa semasa keluar dari rumah untuk pergi ke Masjid ! "

InsyaAllah, ok. aku pun terus mengambil pen dan menulisnya... doanya :

" BismillahirrahmanirRahim 

Allahurzuqna fahamman Nabiyyin wa hifzul Mursalin Wal Ilhamil Malaikatil Muqarrabin Fi afiatin Ya Ar-Hamarrahimin. Robbana Zidna Ilma.. 

Bismillahi Tawakkaltu Alallahi la Haula Wa La Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azhim. 

Bismillah Tawakkaltu Alallahi Min Adillu Aw Adhollu Wa Min Azillu Aw Azallu, Wa  Min Azlama aw Azhlamu Wa Min Ajhala Aw Yujhalu Alaiya. 

Subhanallazi Sakharalana Haza Wama Kunna Lahu Muqrinin Wa Inna Ila Robbina Lamunqolibun. 

Allahummaj'al fi qolbi nur, wa fi sam'ie Nur, Wa Fi Basari Nur, Wa An Yamani Nur Wa An Yasari Nur Wa Fauqi Nur Wa Tahta Nur Wa Amami Nur Wa Khalfi Nur Wa Azhimli Nur, Allahumma A'thini Nur, 

ameen ya Allah birahmatika ya ArhamarRahimin, Istajib dua'ana innaka sami'ud dua, Wal Hamdulillahi Robbil Alamin.. "

Pakcik Arab itu pun mengucapkan syukran sambil tersenyum...

Afwan.. Jawabku juga sambil tersenyum.. (",)


2/8/2010. ISNIN.

Harini apa yang saya mahu kongsi ialah ketika mana selesai sahaja solat fardhu Isya' secara berjamaah yang di imamkan oleh Syeikh Dr Mohd Ali Azhari, ( sebelum itu beliau menyampaikan kuliah kitab Hikam Syeikh Ibnu Athoillah as-Sakandari ) saya pergi berjumpa dengan beliau untuk bersalam, kerna saya mahu pulang..

Ketika saya salam, beliau bertanya, Assalamualaikum " Ahlan Wa Sahlan " (",) Masmuk ya Syeikh ?

" Waalaikumsalam, jawabku, Ahlan bik, syukran ya Syeikh. Ismi Kamarudin.."

" Ja'alallahu laka Qomar Liddin " ( Maksudnya, semoga Allah menjadikanmu Cahaya Bulan Untuk Agama ) "

Ameen Ya Robbi !!! Alhamdulillah, Syukran Ya Syeikh, Barakallahu Fik... sambil rasa seronok dengan doa yang beliau doakan... subhanallah... (",) ( tak sangka beliau mendoakan seperti itu ) Perkenankan Ya Allah.


Ya Allah aku mohon padamu ya Allah, jadikanlah aku bersifat dengan sifat namaku ibarat cahaya bulan purnama yang bisa menerangi alam kegelapan malam di kala tiada lampu bersuluh kecuali suluhan bulan purnama di malammu... Sepertimana Rasulullah s.a.w yang engkau jadikannya sebagai penyuluh hidayah kepada mereka yang jahiliah dengan ilmu serta akhlaknya yang agung. sesungguhnya ilmumu itu ialah nur cahaya yang menrangi hati untuk sentiasa berada di atas hidayahmu... maka aku mohon padamu kurniakanlah aku cahaya ilmu yang mana dengan ilmu itu aku bisa mengeluarkan ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, serta umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam ke jalan yang penuh dengan cahaya hidayahmu, Ameen Ya Nuril Mubin Wa Barakatin Nabiyyinal Mukhtar Wal Hamdulilllahi Robbil Alamin, ameen ! "




Bersambung....insyaAllah....!!!


Hamba Allah : Kamarduin Toyo,
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
Ardhul Anbiya' Kaherah Mesir.


No comments:

Related Posts with Thumbnails