Bersujud Syukur
Selepas selesai menjawab soalan
peperiksaan Usul Fiqh pagi tadi ( Khamis ) saya terus pergi ke masjid al-azhar untuk menunaikan
sholat fardhu zhohor, kemudian saya bersujud syukur.
Sujud syukur bukan kerana saya
mudah menjawab periksa bukan juga kerana ada apa-apa ketakjuban yang dirasai tapi kerana satu sebab saja, iaitu sebab saya
boleh masuk ke dalam dewan periksa untuk duduk dan menjawab periksa.
Nak tahu kenapa?
Begini… pagi tadi saya bangun
lewat. Periksa start jam 10 pagi. Manakala saya pula bangun tepat jam 10 pagi. Perjalanan
untuk pergi ke al-azhar dari tempat saya kira-kira 30 minit. Cuba bayangkan,
bagaimana keadaan saya ketika itu? Kalut, kelam kabut, risau, takut, berserabut
rasa macam nak pecut, nak jadi superman nak pinjam helicopter, jet etc…
macam-macam yang bermain difikiran.
Tapi.. begitulah.. kehendak Allah,
ketentuannya… kita ni hambaNya Dia pula Tuhan kita, jadi saya bisik hati saya untuk
berserah dan bertawakkal kepadaNya, Dia berkuasa atas segalanya.
sambil bawa motor dengan laju saya
tuntun lidah untuk berzikir dan bertasbih kepadaNya…
'Hasbiyallah' dan ' La Haula Wa La Quwwata
Illa Billah'.
Sampai di dewan, saya lihat doctor
memandang saya dan menggelengkan kepalanya. Kemudian dia pelawa saya untuk
duduk diatas kerusi dan ambil kertas soalan.
Dalam hati rasa lega… puji syukur
pada yang Maha Esa. Alhamdulillah.
( Saya Cuma berfikir kalau2 doktor
tidak membenarkan saya ambil periksa pagi tadi kalau dia marah dan tidak
membenarkan saya mengambil periksa, entah bagaimana. Semalam saya pulun study,
sampai jam 6 pagi baru tidur… rasa rugi kalau tidak dapat masuk periksa tadi.
Tapi Alhamdulillah. Syukur pada Allah.)
Itu sebablah saya sujud syukur!
Wanita Berlin Masihiyyah
Masa di masjid azhar, saya bersembang
dengan seorang 'siahah' pemandu travel. Yang bersamanya wanita 'masihiyyah'
dari 'Berlin'. Saya pergi dekat padanya. Kerana saya perhatikan dari awal
pergerakan mereka yang mengangguk dan seolah2 menceritakan sesuatu tentang ibadah
sholat dan keajaiban masjid azhar.
Saya pergi duduk disebelah
kerusinya. Saya mulakan salam dan berkenalan.
Anta masriyyin?
Na'am, 'ana masri'.
Alhamdulillah.
Saya mulakan soalan. Dan bertanya
macam-macam tentang keberkatan azhar yang kekal ramai anak muridnya dari
seluruh dunia yang tiap tahun datang dan belajar di azhar. Dan saya juga
bertanya tentang wanita berlin tersebut. Senang cerita dia jawab begini.
Wanita tu dari berlin. Dia beragama
masihiyyah. Saya ni pemandu travelnya.
Tadi wanita itu beritahu kepada
saya, bahwa dia sangat suka dengan pengajian ilmu, dan teringin duduk di
samping masyaikh sertaa doctor yang mengajar, dan dia meminta kepada saya untuk
mengambil gambarnya bersama syeikh yang sedang mengajar tu.
Dan dia jawab, kenapa azhar tetap
utuh dari dulu hingga sekarang dan mendapat sambutan yang menggalakkan seluruh
dunia, kerana azhar adalah university yang mengajar tentang Islam sebagai
rahmat lil alamin, dan dulu katanya semua penunut ilmu datang dari seluruh
dunia dan duduk belajar di masjid ini. Kemudian berpindah kepada bangunan
'jami'ah'. Dan diantara sebab musabbabnya juga adalah kerana system pengajian
di azhar yang mudah dan disenangi oleh orang2 Islam seluruh dunia, yuran
pengajian juga adalah percuma. Bahkan katanya pelajar2 azhar yang pulang ke
negerinya bukan saja membawa ilmu dari azhar bahkan membawa sikap yang matang
dalam menilai setiap aspek keagamaan. Dan mereka mengajar dan membuka sekolah2
agama di negeri mereka. Itu sebablah azhar kekal sejak seribu tahun dan
berkembang sehingga ke hari ini.
Kenapa orang2 masihiyyah suka
menziarahi masjid azhar?
Kerana masjid azhar ini adalah
masjid yang lama, dan 'jami'ah di azhar adalah jami'ah yang sudah beribu tahun
lamanya'. Punyai sejarah dan kesenian yang tersendiri.
Dan boleh jadi juga kerana
masihiyyin merasa tercabar dan respek dengan pengajian agama yang berada di
azhar. Kerana rintangan yang paling
besar para 'muballig' kristian dalam menyampaikan dakyah mereka ialah pelajar2
yang berlajar di ' jamiah azhar' kerana
mereka berpegang dengan Islam yang kukuh berdasarkan system yang dibawa oleh
al-azhar kemudian menjadi pendakwah bila pulang ke negeri mereka.
Tiba-tiba Wanita masihiyyah tu
datang…. Pemandu travel tu memperkenalkan saya kepada wanita berlin itu. Dia tersenyum
dan mengucapkan ' welcome'. are you student at al-Azhar University. what faculty?
Saya pun jawab lah. "yes .. I am student of al-Azhar. faculty Ushuluddin syukbah Hadith."
Kemudian dia bercerita dengan
katanya. " Dahulu ada kawan2 saya dari jerman menaiki sebuah kapal
terbang, semasa kapal itu mahu 'landing' kami melihat orang2 Islam mengangkat
tangan dan berdoa… ya, masa itu kami takut, kapal itu seolah2 macam mahu
terhempas… oleh sebab orang Islam itu berdoa… maka kami pun selamat. Dia cerita
sambil memberikan senyuman. Lantas dia Tanya, kenapa mereka berdoa?
Saya jawab, " Islam mengajar
penganutnya untuk berdoa disetiap keadaan, masa dan tempat. Agar mereka
selamat. Kerana mereka memliki perasaan bertuhan yang mana Tuhan itu berkuasa
atas segalanya dan Tuhan mendengar doa mereka dan memakbulkan permintaan
mereka. Itu sebablah orang Islam yang menaiki kapal terbang bersama saudari
mengangkan tangan berdoa."
Dia tersenyum… seperti bersetuju
dan faham dengan jawapan yang saya berikan.
Kemudian dia pergi kea rah depan
berdekatan Mihrab kerana di sana ada pengajian talaqqi bersama ' Asy-syeikh Dr Fathi
al-Hijazi hafizahullah'.
Saya Tanya kepada ketua travel,
saya melihat dia ( wanita berlin) itu suka dengan Islam.
Ketua travel itu jawab, "ya! Memang
dia berminat. Saya ada bawa dia pergi ke satu masjid, disana dia melihat orang2
Islam sedang sholat dan membaca quran… masa itu dia melihat… dan dia cerita
dekat saya katanya," sejuk hati saya tengok amalan2 mereka, teringin mahu
mencuba…"
Saya Tanya lagi, " apakah dia
ada perasaan mahu memasuki agama Islam?
Dia jawab, " ya, mungkin ada,
kita doa pada ' Robb ' moga Allah beri hidayah kepada'Nya.
Tiba-tiba kami terdengar suara
dari belakang kerusi… dia pun tiba-tiba menyampuk dan mula berbiaca..
" ya, katanya…. Islam
menyuruh kita berlaku baik dan memuliakan tetamu2 walaupun mereka bukan Islam,
kerana akhlak Islam itu indah dan sempurna Cuma penganutnya yang kurang
mengamalkannya."
Subhanallah… aku seolah2 terasa…
bila pakcik ini menyentuh soal akhlak dan mengatakan Islam sempurna dan
penganutnya yang kurang mengamalkan dan menghayatinya… ya Allah.. memang cukup
terasa…
Saya Cuma angguk kepala menandakan
setujunya saya dengan kata2 pakcik arab itu. Tak sangka yang pakcik itu
mendengar perbualan kami berdua dan bertiga dari tadi.
Dia teruskan percakapannya dan
didengari dengan tekun oleh travel tersebut, mereka berdua rancak bersembang,
manakala saya pula memerhatikan wanita-wanita mashiyiyyah yang datang ramai dan
menerokai masjid azhar.
Sekali lagi wanita berlin itu
datang, setelah puas menerokai dan pergi mengambil gambar syeikh yang sedang
mengajar, dia pun meminta travelnya untuk bertolak. Dan sebelum bertolak dia
memandang saya, sambil senyum dia mengucapkan, ' Bye Bye and see you again '.
Hamba Ilahi Ustaz Kamarudin Toyo As-Shobahi.
No comments:
Post a Comment