Showing posts with label munajat. Show all posts
Showing posts with label munajat. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Lirik Nasyid: Ya Allah Ya Tuhanku !!!

 
( Doa Munajat : Ya Allah Ya Tuhanku !!! )


Ya Allah Ya Tuhanku...
PadaMu Ku Berserah,
Tentang Diriku,
PadaMu Ku Merintih,
Mengadu Tanpa Malu,
Kerna Engkau Tuhanku….
Ku Ceritakan Semua…
Segala-Galanya.

Di Dalam…
Sembah Sujudku PadaMu,
Menitis Air Mata Ini,
Memohon RahmatMu Ilahi,
Berharap Hidup Diredhai…
Ampunkan… Dosa-Dosaku,
Maafkan Atas Keterlanjuranku,
Terimalah Taubatku,
Ya Allah Ya Tuhanku….

( Doa Munajat : Ya Allah Ya Tuhanku !!! )


1,11,2011 5 Zhulhijjah 1432 H




Mari layan nasyid sebentar !!!




Dosa yang membuatkan kita merasa hina dan rendah diri, lebih baik dari ibadah yang membuatkan kita sombong dan takabbur. –Syeikh Arif Billah Ibnu Athoillah As-Sakandari-



Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi  
Al-Faqir Ila Magfirati Robbihi

Saturday, August 27, 2011

Malam 27 Ramadhan, Hembusan Ketenangan.

 Malam 27 Ramadhan.


Ada Hikmahnya.

"Din, malam ni ada khatam Quran di Masjid al-Azhar, nak pergi tak?" sahabatku syafie' kemboja 'call' dan memberitahu yang di Masjid azhar malam ini ada khatam Quran. Aku jawab insya'Allah jika dikehendaki Allah aku akan pergi.

Aku teringat yang malam ni juga di Masjid As-Salam imam akan mengkhatamkan Quran. Dan sudah tentu malam ni doa khatam Quran akan dibacakan imam dengan panjang.

Aku tanya zaujah, "Sayang, nak ikut malam ni pergi Masjid azhar?"

"erm, boleh juga". Jawab zaujah yang memang teringin sangat nak ikut.

"Kalau macam tu kita bersiap awal ya!"

"Ok. Zuyyin nak kasi pakai baju warna apa?" tanya zaujah.

"Warna putih dan tudung putih sebab kita nak pergi Masjid."

Aku, zaujah dan Zuyyin bersiap, tak perasan yang jam dah dekat nak azan Isya'... aku ambil motor, zaujah dan zuyin pun ikut bersamaku, baru beberapa minit, kalimah agung di besarkan kedengaran di corong masjid-masjid.

 Allahu Akbar! Allahu Akbar!... azan berkumandang.

"Sayang, azan isya' dah. Tak sempat kita pergi, macam mana?"

Zaujah tersenyum ja...

"Ya Allah, setiap apa yang engkau takdirkan pasti ada hikmahnya kan... aku redha ya Allah, perlihatkanlah aku akan hikmah disebalik malam 27 ramadhan ini!"



Solat Di Masjid As-Salam.


"Sayang, kita solat di Masjid berdekatan sini ja la ya!" zaujah kata "mana-mana ja."

Aku terus bawa motorku... aku bawa Zaujah dan Zuyyin ke Masjid As-Salam.

"Sayang pergi tempat solat muslimat ya..!tu.. di sebelah sana.." ok. Kalau zuyyin menangis, sayang tak payahlah solat, jaga dia jak, solat di rumah ja nanti, dan kalau ada apapa call ja abang!"

Sebelum tu juga aku sempat mencium pipi serikandiku zuyyin dan berbicara dengannya...

"zuyyin ikut ummi ya, solat bersama dengan ummi!." dia tersenyum seolah-olah tahu.

 


Masjid As-Salam. ( Dikenali dengan Masjid Aqsa, Sebab Bentuknya Seakan Masjid Aqsa' )
  
Masjid As-Salam


Imam Persis Bacaan Imam Makah ( Syeikh Abdur Rahman As-sudais )

 
Aku masuk masjid. Aku lihat ramai hamba-hamba Allah yang sudah mengambil tempat saff'nya...

Subhanallah, Masjid ini dipenuhi dengan mereka yang beriktikaf di sepuluh akhir ramadhan..

Aku solat sunat tahiyyatul masid 2 rakaat..

"Safff...!!!"

Imam menyuruh untuk memperbetulkan saff. Aku pun mencari-cari mana saf yang kosong agar aku bisa memenuhinya dan menyempurnakan saff yang sedia ada. supaya pahala berjamaah bisa diperolehi bersama-sama jemaah lain.

Imam memulakan bacaannya... Subhanallah.. aku terpegun dengan bacaannya, sedapnya.. suaranya persis Imam Abd Rahman as-Sudais ( Imam Majid Makkah Al-Mukarramah ).

Aku hayati setiap bait bacaannya, aku tadabbur sungguh-sungguh, agar aku bisa khusyuk.


Hati kecilku berbisik: "Ya Allah.. aku cemburu dengan hamba-Mu yang Engkau berikan kelebihan pandai membaca Quran, suaranya yang sedap dan lunak... mereka mulia Ya Allah... aku dapat rasakan insan ahli syurga adalah seperti mereka... sedang aku.... aku mohon pada-Mu ya Allah, kelebihan apakah yang Kau anugerahkah padaku yang dengan kelebihan itu aku dapat menyamai kelebihan mereka.


Semua hamba-Mu ada kelebihan yang tersendiri yang Engkau berikan khas untuknya supaya dengan kelebihan itu digunakan untuk mengingatiMu, mencintai-Mu, kasih dan mengagungkan-Mu, walaupun dia seorang yang tidak sempurna luarannya, bagaimanakah aku bisa mencapai kelebihan itu ya Allah.


Namun ya Allah... memandangkan aku adalah hamba-Mu yang hina, hamba-Mu yang tidak sempurna, aku tidak layak meminta semuanya itu, kerana aku.....
Sungguh Engkau lebih mengetahui ya Allah.

Selesai solat isya' dan 2 rakaat tarawih, kami berehat selama 5 minit, kemudian Imam sambung lagi 2 rakaat. Di celah-celah rehat itu ada yang ambil kesempatan untuk berjalan, tidur, membaca Quran, sembang, pergi ambil whudu' dan solat sunat lainnya.



Munajat yang sangat Nikmat.


Setelah selesai solat 4 rakaat bersama Imam suara lunak ini, seorang imam lagi mengambil tempatnya ( Imam Ke-2 ), kelebihan imam ini pada firasatku ialah dia baca lambat dan membaca satu-satu... dan sekejap nada yang rendah dan sekejap nada yang tinggi, dia sangat meneliiti dan menghayati setiap bacaannya.. bacaan imam ini juga berjaya menyentuh perasaanku. Subhanallah!!!

Di akhir tarawih rakaat yang ke lapan, Imam ini membaca doa qunut  yang begitu panjang, lama.. sehinggakan aku dan jamaah lain menangis cair dengan bacaan doanya.. subhanallah... dalam hatiku terdetilk dan berbisik, nikmatnya bermunajat andainya hati yang bersih diterjemahkan melalui air mata yang kasih pada Robbul Izzati.

Aku kagum dengan doa munajatnya.. mula-mula dia puji Allah sebanyak-banyaknya sebelum meminta, mengharap, kemudian barulah dia memohon sepuas-puasnya kepada Allah... subhanallah... pujiannya kepada Allah yang begitu banyak membuatkan aku menitis air mata, tak dapat ku tahan ianya dari keluar mengalir membasahi pipiku yang ku rasa kebas dan sejuk... Indah sungguh ku rasakan... subhanallah... aku suka ya Allah.. walau panjang manapun pujian Imam ini bacakan dalam doanya, aku tetap mengangkat tanganku dan menutup mataku biar aku tawajjuh sungguh-sungguh dihadapan-Mu.


Aku Sujud Syukur.


Lebih setengah jam Imam berdoa, kakiku rasa sakit, tapi aku gagahkan dan aku buat-buat lupa akan kesakitan itu. Mungkin Kerana terlalu asyik bermunajat dan merintih sepuas-puasnya kepada Tuhanku, masa itu aku menangis sesungguh-sungguhnya.... subhanallah, Sambil mengaminkan doa yang dibacakan Imam, aku dengar Imam dan suara-suara jamaah yang lain juga menangis sepertiku. Subhanallah!!!

Aku rasa begitu nikmat yang amat sangat, aku teruskan bermunajat dan mengangkat tangan meminta dan terus meminta sehinggalah Imam mengakhiri bacaan doanya dengan selawat keatas Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.

Imam takbir intiqal untuk sujud... Allah.. bila ku letakkan kedua-dua lutut ku di tempat sejadah, terasa kakiku sakit dan hentakannya begitu kuat rebah dikala bersujud. Namun, dengan kenikmatan bermunajat kepada Allah, kesakitan itu hilang sikit demi sikit. Dalam sujud... ku sambung tangisku, rintihanku, aduanku, hajatku serta doaku pada Tuhanku... tidak dapat ku tahan betapa sayunya munajatku pada ketika itu, dan tidak dapat kubayangkan, betapa indahnya pada saat-saat itu, Subhanallah.

Usai salam... aku terus niat sujud syukur.. "sahaja aku berniat sujud syukur kerana Allah taa'la."

Allahu Akbar!

"Telah sujudlah wajah ini kepada Tuhan yang telah menciptakannya, yang telah menyempurnakannya, yang membentuk rupa dan pendengarannya, dengan kekauatannya dan dayanya, maka Maha berkatlah Allah sebaik-baik pencipta!"


 Aku call 'zaujah'


"Sayang, jom kita pulang!"

"Ok!"

Aku lihat ramai orang berpusu-pusu keluar masjid, dan kulihat disekitarnya ada yang teresak-esak, ada yang menyapu matanya dengan kain dan sebagainya.. Subhanallah, inilah kesan 27 ramadhan yang padanya ada kebaikan seribu bulan ( Lailatul Qadr ).

Dalam perjalanan pulang, zuyyin terlena atas dakapan umminya, mungkin khusyu' terkena hembusan angin bayu rahmat Allah di malam 27 Ramadhan ni.

Sampai rumah aku tanya zaujah, "Sayang solat tadi?"

"Alhamdulillah, zuyyin pun ikut solat sekali, sayang dukung dia."

"Sayang dukung? lamanya tu? doa qunut tadi sayang ikut solat? iyya...

Subhanallah... dalam hati ku berdoa ( Moga Allah merahmati zaujah dan serikandiku zuyyin al-kausar ).

Kemudian zaujah cerita yang zuyyin diam ja di Masjid tadi, nangis ada juga lepas tu dia lihat ja kanak-kanak yang ada di masjid tu, mereka bermain-main di belakang. Zaujah kata zuyyin nak pergi main ngan diorang tapi berjalan beberapa langkah terus nangis... pastu ada ibu-ibu arab sembang dengan zaujah tanya siapa nama zuyyin, dia suka kat zuyyin.. zaujah kata namanya Qurratul Ain' Subhanallah.. jamilah... dia usik zuyin.pastu ada anak-anak arab datang nak pegang zuyyin tapi ibu arab tu tak bagi. ( Macam ni la kisah zuyin di masjid as-salam ).


Qiamullail, dan Perkenalanku Dengan Imam.


Jam 1 pagi, aku bersiap untuk pergi masjid as-salam kerana ada qiamullail... aku datang lewat, mereka dah mulakan qiamullail seawal jam 12 tengah malam.

Sampai masjid, aku solat  tahiyyatul masjid 2 rakaat, kemudian aku ikut solat berjemaah bersama imam yang pada ketika itu sudah masuk rakaat yang ke 5.. semuanya ada 8 rakaat. setiap 4 rakaat sejuzuk. lamakan??? tapi lama-lamanya aku tidak merasakan keletihan, sebaliknya rasa seronok dan mententeramkan... ini disebabkan imamnya suara sedap, jamaah yang begitu ramai seperti solat jumaat, dan mungkin sebab aku gembira dengan ramainya hamba Allah yang qiam seperti itu di malam-malam akhir ramadhan.

Imam tutup solat malam itu dengan solat witir sebanyak 3 rakaat. Di akhir witir itu imam baca doa qunut selama 10 minit.

Sebelum pulang, aku pergi mendapatkan Imam persis Imam Abd Rahman As-Sudais itu dengan harapan agar aku bisa melihatnya secara dekat dan mendapat sedikit keberkatan dari orang-orang sholeh ahli Quran sepertinya.. aku cuba salam dan ingin mencium tangannya, tapi dia menolak, mungkin dia tidak biasa dilakukan seperti itu. Dan dia juga sempat bertanya tentang tempat tinggalku di mana. Aku jawab Malaysia.

Doa-doakan aku syeikh ya! InsyaAllah jawabnya sambil ku lihat wajahnya yang suka tersenyum.

Kemudian aku pulang dengan perasaan yang seronok dengan merasakan rahmat daripada Tuhanku yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Ramadhan akan pergi...

Bagaimana pula ramadhan tahun depan, ketemukah aku? adakah ramadhan ku masih di bumi barakah ini? atau di bumi tanah tumpah darahku? ataukah di Mekah al-Mukarramah ? Hanya Allah sahaja menentukan.

"Ya Allah! aku redha di bumi mana pun Kau letakkan aku, asalkan bumi itu bumi yang membantuku untuk mendekatkan diri kepada-Mu!"


Puisi: Bumi Ini Ada Barakah.

Negara Mesir tempat lahirnya para Anbiya',
Bumi ini ada barakahnya,
Banyak sejarahnya,
Namanya ada termaktub di dalam al-Quran,

Dalam Firman Tuhan,"masuklah kamu ke dalam Mesir
insya'Allah kamu beroleh ketenangan."

Bagi mereka yang bisa merasainya,
Membaca isi tersuratnya,
Mencerminkan melalui firasatnya,
Maka dia akan bertemu hikmahnya,
Dan terjumpa apa yang dikatakan Tuhannya.
Namun jika sebaliknya, 
terjadilah bahan fitnah
dan olokan buat umatnya.
Maka insafilah.
Segalanya ada tandanya,
Ambillah iktibar darinya,
Mengembaralah di bumi barakah,
Korek khazanah warisan Nabinya.

Siiru Ala Barakatillah

27 Ramadhan 1432 H,
Tubu Ramli Hayyu Asyir,
Madinatun Nasr. Cairo Mesir.

Saturday, August 20, 2011

Munajatku Pada-Mu !




Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillahirobbil Alamin..

Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam...


" Ya Allah, memang benar apa yang dikatakan oleh hamba-hamba-Mu yang sholeh yang benar-benar mencintai dan kasih kepada-Mu sepenuh jiwa dan raganya... bahawa siapa yang tidak merasai hakikat sesuatu, itu menunjukkan yang dia sebenarnya tidak tahu."


Ya Rahman, Irhamni Ya Rahman !!!
Ya Ghaffar, Igfirli Zhunubi Ya Ghaffar !!!
Ya Sattar, Ustur Uyubana Ya Sattar !!!
Ya Allah, Ihdinas Shiratika Ya Allah !!!


" Ya Allah, berikanlah kebaikan padaku dari apa yang mereka sangkakan, dan ampunkanlah dosaku diatas apa yang mereka tidak tahu, dan janganlah Engkau salahkan aku ya Allah atas apa yang telah mereka perkatakan, Maha Suci Engkau Ya Allah, Engkau yang berkuasa atas segala sesuatu dan mengetahu isi hati hamba-hambaMu, dan segala gerak geri hamba-hamba-Mu lahir dari perbuatan-Mu, aku mohon padaMu ya Allah, ampunkanlah dosaku dan tiliklah aku dengan tilikan Rahmat Kasih SayangMu!!!


Ya Allah, siapakah yang lebih tahu selain hanya engkau yang Maha mengetahui ?


Adakah hamba-Mu tahu akan rahsia-Mu sedangkan Dzat-Mu tidak menyerupai sesuatu ?


Maha Suci Engkau Ya Allah,
Hanya pada-Mu ku mengadu,
Hanya pada-Mu ku berserah,
Hanya pada-Mu ku merintih,
Cukuplah Engkau sahaja tempat aku berlindung, menyembah, Bermohon, bermunajat dan berdoa selalu!.


Ya Allah! Aku sedar aku hamba-Mu yang hina,
Aku tahu aku hamba-Mu yang lemah,
Aku faham aku hamba-Mu yang jahil,
Aku mengerti bahawa aku adalah hamba-Mu yang berdosa,
Aku tahu semua itu ya Allah... Bahkan aku tahu yang aku ini adalah ciptaan-Mu,
Sifatku yang faqir meminta dan yang selalu berhajat padaMu, setiap masaku, setiap detik dan waktu, setiap saat aku memerlukan-Mu...
Dengan ajaran-Mu Ya Allah, aku dapat memahami serta mengetahui semuanya itu..


Ya Allah, Dzat yang Maha Agung, ajarilah aku hakikat sebenar sifat disebalik ciptaan-Mu, agar aku tenang ya Allah, dan ajarilah aku ya Allah perihal makrifat-Mu agar setiap yang berlaku aku merasakan ianya dari sisi-Mu. Aku hamba-Mu yang lemah ya Allah, akal yang kau berikan sangat terhad ya Allah, walaupun begitu aku tetap mensyukurinya, aku tetap menggunakan dan memikirkan untuk perkara yang berfaedah, semata-mata dambakan keredhaan-Mu ya Allah!


Ya Allah! lindungi aku ya Allah, belas kasihanlah padaku ya Allah! limpahkanlah kurnia dan rahmat-Mu padaku ya Allah, sungguh Engkau mengetahui ya Allah, yang aku sebenarnya sudah lama memikirkan semuanya ini ya Allah, dan kekadang aku tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirnya air 'mata pemurah' yang Engkau kurniakan pada pandangan mataku ini. Dan aku tahu semuanya ini adalah ujian dari-Mu ya Allah, aku redha pada ketentuan-Mu ya Allah. Aku mohon pada-Mu Ya Allah, bantulah aku bermujahadah untuk menempuhi ujian ini dengan penuh kesabaran dan redha serta pasrah dengan ketentuan-Mu, kerna aku tahu ya Allah, disebalik itu Engkau simpan rahsia hikmah tersembunyi.. yang kelak Engkau zahirkan sebagai tanda redha-Mu dan Cinta-Mu padaku... !!!


Ya Allah, aku tenang bila dapat merasakan yang aku sentiasa bersama-Mu dengan mengingati-Mu. Aku mohon pada-Mu ya Allah, Jangan biarkan aku keseorangan menghadapi semua ini ya Allah, aku ingin mentaati-Mu dan ingin redha-Mu ya Allah, kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti, kasihanlah padaku ya Allah.


Ya Allah!!! bantulah aku melawan hawa nafsu dan syaithan yang sering menggodaku dari terus mencintai-Mu.. !!!

Perkenankanlah Permohonanku Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mujib !!!


 Ameen Ya Robbal Alamin !!!

                                               .......................................... 


Firman Allah Subhanahu Wa Taala: " Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa kamu."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: " Berdoalah kamu kepada Allah hal keadaan kamu yakin yang doa kamu diterimanya."



10 akhir Ramadhan 1432 Hijri,
Hamba Ilahi Kamarudin As-Sabahi,
Baiti Jannati, Tubu Ramli,
Walidain, Asyir, Madinatun Nasri.

Saturday, October 2, 2010

Sajak, Kerana Ilmu !!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma solli ala saidina Muhammad s.a.w...


~ Kerana Ilmu ~



" Ya Allah Kerana Ilmu Aku MengenalMu,
Kerana Ilmu Aku Dapat Mengenal SifatMu...
Kerana Ilmu Aku Mengenal NabiMu Memiliki Sempurna Ilmu,
Al -Quran Dan Sunnah Peninggalan RasulMu ,
Kerana Ilmu Aku Mencintai Para Ulama'Mu,
Kerana Ilmu Aku Merantau Mengaji IlmuMu.

Aku Khuatir Jika Sudahku Dapatkan Ilmu,
Aku Suka Menyalahkan Dan Menghukum Secara Melulu,
Aku Takut Kerana Ilmu Aku Suka Berdebat Pada Ahli Ilmu,
Aku Takut Jika Kerana Ilmu Juga Aku Bangga Dengan Diriku...
Dan Tidak Beradab Serta Berakhlak Sesama HambaMu ... 

Aku Berlindung PadaMu Ya Robb !!!
Jadikanlah Ilmu Tersebut Sebagai Panduan Diriku,
Untuk Membina Akal Yang Tinggi Memahami Hikmah TakdirMu,
Dan Kerana Ilmu Juga Aku Bersifat Minda Terbuka Mengkaji Ilmu,
Bukan Minda Yang Sempit Tertutup Terpaku,
Agar Aku Beroleh Kecemerlangan Duniawi Dan Ukhrawiku,


" Aku Tidak Menyangka Kerana Ilmu Yang Engkau Anugerahkan,
Aku Leka Seketika MengingatiMu,
Sedangkan Engkau Tidak Pernah Lupa Padaku,
Aku Tidak Menyangka Oleh Kerana Ilmu 
Aku Sibuk Memikirkan Sesuatu Masalah HambaMu,
Sehingga Aku Lalai Menilik KesempurnaaMu 
Serta Sifat Kehambaan HambaMu.



" Janganlah Engkau Biarkan Aku Memiliki Hati Yang Sibuk Dengan Masalah Ilmu 
Sehingga Aku Membenci HambaMu... 

Lindungi Aku, 
Bersihkan Hatiku... 

Sungguh Aku HambaMu Yang Lemah, Janganlah Hendaknya Kerana Ilmu,
Aku Menganggap Aku Sahaja Yang Pandai  Hrbat Dan Berilmu.. 
Sedangkan Yang Maha Pandai, Maha Hebat Dan Maha Berilmu Hanyalah MilikMu... 


" Kerana Ilmu, Aku Melihat Ramai Manusia Yang Tidak Tahu, 
Namun Aku Menyintai Mereka Kerana Mereka HambaMu 
Dan Aku Mendoakan Agar Mereka Juga Bisa Memiliki Ilmu
Seperti Apa Yang Engkau Fahamkan PadaKu... 
Kerna Kejahilan Tidak Tahu Itu Merupakan Sifatku 
Sewaktu Engkau Belum Memberi Hidayah Padaku..."


" Kerana Ilmu, 
Aku Melihat Ramai HambaMu Yang Engkau Anugerahkan Ilmu,
Dan Ilmu Itu Pula Mereka Manfaakan Untuk Dirinya Sendiri Dan Orang Lain Semata-Mata Mengharap RedhaMu... 
Aku Menyintai Mereka Dan Aku Ingin Jadi Seperti Mereka Wahai Tuhanku."


" Kerana Ilmu, Aku Juga Melihat Ramai Yang Sombong Dan Berbangga... 
Aku Berlindung PadaMu Ya Robb Dari Sifat Itu !!! "


" Kerana Ilmu Ada Juga Yang Semakin Tunduk Tawadhuk... 
Kurniakan Kepadaku Sifat Ini Ya Robb !!!
Kerana Ilmu Juga Ada Yang Semakin Taat KepadaMu... 
Anugerahkan Aku Ya Robb !!!
Kerana Ilmu Juga Ada Yang Semakin Cinta Dan Rindu KepadaMu... 
Hadiahkan Kepadaku Perasaan Ini Ya Robb !!!"


" Ya Allah, Aku Mohon KepadaMu, 
Jadikan Ilmu Yang Engkau Fahamkan Dapat MendekatiMu,
Bertakwa DenganMu, 
Mencontohi RasulMu, 
Semakin Dekat Dengan AkhiratMu
Dan Berharap Kepada Pertemuan DenganMu...
Jangan Kau Jadikan Ilmu Tersebut Sebagai Fitnah Istidraj Yang Menyebabkan Aku Semakin Jauh DenganMu, 
Semakin Sombong Dengan MakhlukMu...



Ya Allah...Ya Hannan.. Ya Mannan...

" Sungguh Pengakuan Cinta Rinduku PadaMu 
Sangat-Sangat Menguji Kesetiaanku...
Sungguh Sengit Aku Menghadapi Musuh Nafsu Dan Syaithan Menggodaku...
Kadang-Kadang Aku Rasa Tewas Sukar Membentengi Diriku...
Namun Aku Redha Dan Berserah PadaMu... 
Aku Mendapat Kebahgiaan dan ketenangan Di Situ.
Tolongi Aku Melawan Nafsu Dan Syaithan Itu Selalu Ya Robb !!!"



" Ya Allah Kerana Ilmu Jangan Sombongkan Aku...
Aku Takut PadaMu..
Kerana Ilmu Jangan Alpakan Asal Usul Taraf Kehambaanku... 
Aku Risau Semuanya Itu..
Kerana Ilmu Rendahkan Diriku...
Kerana Itu Selayaknya Buatku Sebagai Hamba KepadaMu...
Kerana Ilmu Aku Mohon Pengetahuan MakrifatMu... 
Agar Selalu MemujiMu...
Kerana Ilmu Juga Aku Mohon KeredhaanMu.... 
Kerna Itu Matlamatku...
Pimpinlah Aku Agar Kerana Ilmu Aku Selalu Pandai MembesarkanMu..."



" Wahai Allah... Engkau Melihat Dan Mendengar Rintihanku...
Aku Mohon PadaMu.. 
Ajarkanlah Aku Sesuatu Ilmu Yang Boleh Menyatukan 
Ummat Islam Di Akhir Zaman Wasilah Daripada Ilmu Pemberianmu ...
Ajarkanlah Aku Sesuatu Ilmu Yang Membahgiakan Diriku 
Dan Orang Yang Berada Disekitarku...
Ajarkanlah Aku Ilmu Islam Yang Dapat Memanfaatkan Diriku
Kepada Ummat Islam Akhir Zaman...
Ajarkanlah Aku Sesuatu Ilmu 
Yang Bisa Diterima Dan Mudah Diamalkan Untuk Menggapai Redhamu... "




Ya Alim... Ya Hakim...  Ya Rashid....

Engkau Maha Mengetahui... 
Kurniakanlah Kepadaku Sedikit Pengetahuan Yang Membawa Hatiku 
Selalu Mengharap Rahmatmu...
Engkau Maha Bijaksana... 
Kurniakanlah Kepadaku Sedikit Kebijaksanaan Yang Sesuai Dengan Kehidupanku 
Dan Orang-Orang Disekitarku...
Engkau Maha Memberi Hidayah Petunjuk..
Kurniakanlah Kepadaku Petunjuk Dan HidayahMu 
Agar Selalu Berada Diatas Landasan KebenaranMu...  



Perkenankanlah Wahai Tuhanku... Ameen Ya Salam, Istazjib Ya Allah !!!


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.




Sunday, September 26, 2010

Cinta Dan Rindu Anugerah DariMu !!! (",)

Cinta Dan Rindu Anugerah DariMu !!! (",)


Cinta Mencintai,  Rindu Merindui,
Adalah Lumrah Kehidupan Insani,
Yang Di Ulit Cinta Dan Rindu,
Dari Allah Tuhan Yang Satu,
Cinta & Rindu PemberianMu..


Cintaku AnugerahMu...
Rinduku KurniaanMu...
Hidup Matiku Hanya UntukMu...
Aku Redha Islam Agamaku..
Engkaulah Cinta Agungku.. 


Selalu Ku Lafazkan Rasa Cinta Dan Rindu,
Aku Cinta Rindu KepadaMu,
Aku Mengharap Rahmat DariMu,
Sering Bernaung Sepanjang Waktu..


" Wahai Tuhan Redhailah Cinta Dan Rindu Yang Engkau Anugerahkan "


Tapi Aku Khuatir,
Kalau Cinta Rinduku Hanya Angan-Angan,
Bukannya Lahir DariMu Tuhan,
Tapi Dari Nafsu Duniawi... Bukannya Nafsu Sakinahku.
Aku Berlindung DenganMu Tuhan.
Engkaulah Sahaja Tempatku Merintih Oh Tuhan...


" Wahai Tuhan Ku Harap,
Cinta Dan Rinduku Istiqamah,
Jujur Dan Kekal Selamanya ,
Hingga BertemuMu Di Syurga,
Tempat Yang Kau Janjikan,
Lagi Penuh Kenikmatan,
RedhaMu Ya Allah Yang Selalu Diharapkan. "



Pencipta Lagu & Lirik : 

Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.


Monday, September 6, 2010

Betapa Indahnya Ya Ilahi !!!

~ Doa Sajak, Betapa Indahnya !!! ~




Subhanallah.... (",)

Ya Alimul Hikmah , Indahnya dapat mengenaliMu,
Ya Quddusus Salam, Indahnya dapat mencintaiMu,
Ya Zal Jalali Wal Ikram, Indahnya dapat merinduiMu,
Ya Roja'i, Indahnya dapat mengasihiMu,

Ya Ilahi, Manisnya bermunajat padaMu,
Ya Alimun Bil ibad, Manisnya beribadah keranaMu,
Ya Allah, Manisnya merasai kehadiranMu,
Ya Rahmanir Rahim, Manisnya merasai Rahmat kasih sayangMu,


Subhanallah... (",)

Betapa indahnya ibadah jika kelazatan munajat dapat dirasai, 
Betapa indahnya Quran jika dapat menghayati setiap bait Kalam ilahi,
Betapa indahnya sholat jika roh sembahyang dapat dirasai,
Betapa indahnya zikrur Rahman jika setiap zikir menusuk Qolbi,

Betapa syahdunya malam kemuliaan lailatul qadri,
Seindah kesyahduan angan-angan menukil kalam berpuisi,
Betapa indahnya doa-doa dari seorang hamba ilahi,
Yang bersulamkan harapan dan cinta pada Redha Ilahi,

Betapa indahnya menitiskan air mata ketika tawajuh pada ilahi,
Betapa Indahnya dapat merasai nikmat Allah disiang hari,
Betapa indahnya dapat berjamaah sholat di shubuh hari,
Betapa indahnya dapat mengenali para pencinta ilahi,


Allahu Robbi.... (",)

Sungguh aku merindui saat indah bulan kemuliaan ini,
Tidak pernah kulalui kehidupan indah seindah lakaran Ramadhan ini,
Dapatku titiskan air mata tatkala dinaungi para pencinta Nabi,
Yang ku kagumi serta ku rindui agar ianya ku temui lagi selepas ini.

Subhanallah... (",)

Sungguh bertuah hamba-hambaMu Ya Tuhanku,
Yang dapat mengenali dirinya sebagai taraf hamba padaMu,
Meletakkan hati hanya cinta, kasih, rindu padaMu,
Seperti kasih dan rindunya para kekasihMu.

Dalam saat seperti ini, Rabiatul Adawiyyah yang selalu ku ingati,
Sejarah manisnya dapat mengungkapkan syair cinta padaMu Robbi,
Beruntung sekali Rabiatul Adawiyyah, keistimewaan dihadiahi,
Dari Tuhan yang menciptakan cinta di lubuk hati .. 


Subhanallah... (",)

Saat begini juga aku merindui Nabiku, Nabi Muhammad Rasulul Amin,
Insan mulia akhlak Quran Saidatina Aisyah Radhiallahu Anha gelarkan,
Al-Quran diibaratkan berjalan seiring peribadi junjungan,
Mukjizat Nur-cahaya kerahmatan dari Tuhan sekalian alam. 


Subhanallah... (",)

Betapa indahnya andai ianya kutemui lagi,
Hanya berserah pada ketentuan Ilahi,
Kerana Allah yang menciptakan pertemuan ini,
Pertemuan ibadah yang nyaman sangat tenang sekali.

Ya Allah, sungguh engkau mengetahui segala isi hati,
Baik segala yang nyata mahupun yang tersembunyi,
Pertemukanlah lagi aku dengan waktu-waktu sebegini,
Agar aku dapat ketenangan yang hakiki di alam ini.

Ameen ya Roja'i... Istajib doa'ie ya Robbi !!! (",)


~ Betapa Indahnya Ya Ilahi !!! ~


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.





Tuesday, August 31, 2010

Doa Cintaku Hanya UntukMu Tuhan ! (2)


Doa Cintaku Tuhan !

" Ya Allah Ya Tuhan…
Aku Mohon Cintamu...
Dan Cinta Dari Hambamu
Yang Sering Rindu Bertemu... "

" Mengharapkan keredhaanMu.. / Mengharapkan Redha Dari Mu..
Mengharapkan Rahmat Dari Mu... / Mengharapkan Kasih Sayang Mu...
Mengharapkan Maghfirah Mu.../ Mengharapkan Ampunan Mu...
Untuk Bertemu Dengan Mu…/ Rindu Bertemu Dengan Mu... 2x "

( Oh Tuhan.. Allah Tuhan... Allah Tuhanku... )

" Anugerahkan Daku DariMu...
Teman Yang Sholeh Pembantu / Teman Yang Baik Penolongku,
Menjadi Penyejuk Hatiku... / Menjadi Penawar Kalbuku....
Bertemu Berpisah KernaMu / Rindu Bertemu KekasihMu .. 2x "

( Oh Tuhan.. Allah Tuhan... Allah Tuhanku. )

" Oh Tuhan.. Tetapkanlah Hatiku Di dalam Mencintai RedhaMu,
Kerana Rinduku Kasihku Begitu Rindu PadaMu… "


" Oh Tuhan.. Hiasilah Hatiku Hanya Rindu Mencintai RahmatMu,
 Kerana Cintamu Cinta Yang Hakiki Kekal Abadi,"

Terimalah Doa Cintaku Hanya UntukMu Tuhanku ... (",)


Penulis Lirik & Lagu Ini :

Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Sunday, August 29, 2010

Doa Cintaku Hanya Untukmu Tuhan ... (",)

 Tuhan, Doa Cintaku (“,)


Tuhan… Aku Mohon CintaMu
Dan Cinta Dari HambaMu,
Yang Sering Rindu Bertemu,
 Mengharap Keredhaan DariMu ..



Tuhanku Masukkan Aku Ke Dalam Pintu Benarmu,
Keluarkan Juga Daku Dari Kebenaran Itu,
Anugerahkan Daku DariMu,
Teman Yang Sholeh Sebagai Penyejuk Hatiku...




Oh...Oh...Oh...



Cintamu Itu Tuhan Sering Ku Mohon PadaMu...
Kerana Cintamu Oh Tuhan Cinta Yang Sesungguhnya,
Akan Ku Semaikan Ia Dengan Semaian Kasih Dan SayangMu Tuhan...



Oh...oh.... Tuhan Ku Harap RedhaMu Selalu....



Oh Tuhan.. Tetapkanlah Hatiku Didalam Mencintai Redhamu,
Kerana Rinduku Kasihku Begitu Mencintai RedhaMu…


 Oh Tuhan Perkenankan Doa Cintaku...


Oh Tuhan.. Hiasilah Hatiku Hanya Rindu Kasih KepadaMu,
 Kerana Cintamu Cinta Yang Hakiki.. Kekal Abadi,


Terimalah Doa Cintaku Hanya Untukmu Tuhan ... (",)




Orang-Orang Yang Beriman Sangat Mendalam Cintanya Kepada Allah



 


Penulis Lirik & Lagu :  
Kamarudin Toyo @ Abi Zuyyin,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif.
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.










Thursday, August 26, 2010

Jika Lailatul Qadar Milikku !

( Jika Lailatul Qadar Milikku ! )



" Jika Lailatul Qadar Milikku !

Kusujud Syukur Dihadapan Tuhanku,

Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,

Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu,"




" Jika Ramadhan Terakhir Ini Buatku,

Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,

Padanya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,

Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku."




" Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,

Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,

Menyemai Perasaan Bertuhan Disejadah Solatku,

Memohon Munajat Sepuas Hatiku,"




" Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,

Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,

Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,

Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ianya Berlalu Sayu,"




" Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,

Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Shubuh Berlalu,

Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui MalaikatMu,

Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu..."
























Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi

Penuntut Ilmu Warisan Nabi,

Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,

Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.



Monday, July 12, 2010

Ucapan Takziah & Redha Atas Pemergian Almarhum Ust Hj Nahar Matamin

Rintihan Doa & Ingatan Jasa-jasa Baik Bersama Ust Haji Nahar Matamin ( Mantan Imam Besar Masjid Negeri Sabah )


Allah.......Ya Allah... Astaghfirullah al-azhim ya Allah... Astaghfirullah al-azhim ya Allah...ampunkan dosaku ya Allah..Allah... Allahumma solli ala saidina Muhammad s.a.w... Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... Inilah ucapan Yg terungkap sambil menangis n mengalirkan air mata teringatkan kebaikan2 Almarhum pada saya.. subhanallah... saya juga terkejut apabila mendapat tahu berita kematian yg kuanggap sebagai ayahku ini, moga Allah merahmatimu whai insan yg banyak berjasa padaku, moga Allah mrahmatimu dengan sifat2 kelembutan kasih sayangnyadi alam yg baru...

Jasa-Jasa Baik Yg Tidak Akan KuLupakan, sentaisa ku doakan bila teringatkan kebaikan serta kebajikan yang Almarhum lakukan pada saya : 



Ustaz Haji Nahar yg kusayangi... tanpanya aku tak kenal apa dia yg dikatakan Islam  syumul n sekolah agama ini... sungguh bnyak jasamu pdaku... moga Allah mencucuri Rahmatnya atasmu... n mengampunkan sgala dosa2mu... ya Allah Rahmatilah Arwah Ustaz Hj Nahar Matamin yg bnyak membantuku dalam mengenalmu... banyak membantu keluargaku dlm mengenal ibadah padamu... sungguh Arwah baik sekali ya Allah... bacaan Al-Qurannya anugerahmu buatnya yg bgtu merdu n mnangis bla mndengrnya... Arwah slalu brtanyakan khabarku ya Allah, selalu mmenumpangkan aku utk tdur d rumahnya ya Allah... selalu mengajarkanku Al-Quran n Bahasa Arab Ya Allah... Arwah selalu menghantarku ke stesen bas n airport utk pergi menuntut ilmu ya Allah... insan yg selalu mghantarku ke pondok kota belud ya Allah... insan yg banyak menderma n brsedekah pdaku ya Allah... n wangnya dia beri pdaku sdikit tuk aku teruskan cita2 menuntut ilmumu ya Allah... insan yg selalu mndoakanku agar aku mnjadi seorg insan berilmu di bumi sabah ssuatu hr nnt ya Allah... insan yg selalu mendorongku utk menghafal Al-Quranmu ya Allah...


 Ustaz Di Kota Suci Makah (Ibadah Umrah)

ya Allah, sungguh aku takkan bisa mengenal apa dia yg dikatakan Islam agama yg mulia melainkan stelah kau hantar insan ni sbg wasilah hidayahmu ya Allah... ya Allah... ampunkan dosanya ya Allah.. kurniakanlah rahmat n kasih sayangmu padamu ya Allah... Perintahkanlah para petugasmu utk meraikan n memuliakan jenazahnya ya Allah... hiasilah ia akan syurga jannah di alam barzakh ya Allah.... jauhkanlah insan ini dari api nerakamu ya Allah...... tempatkanlah insan ini dlm kalangan hamba2mu yg sholeh ya Allah... ampunkanlah dosa2nya ya Allah... astaghfirullah al-azhim...subhaNALLAH.... ya Allah, sngguh ust hj nahar baik padaku ya Allah.. balasilah kebaikan yg arwah lakukan dengan kbaikan yg tdk trhgga banyaknya atas sbb kbaikannya d dunia ya Allah... balasilah segala kebajikan yg dilakukannya padaku dgn balasan syurgamu ya Allah... belas kasihanlah padanya ya Allah... sungguh aku berkali2 menelefonnya ya Allah, tapi Alhamdulillah masa tu keluarga kata ustaz berada di makah yg baru beberapa hari pulang dri sana menunaikan umrah... maha suci engkau ya Allah.. sungguh engkau memanggilnya setelah sempat menghadapmu d Makah dlm menuanikan Ibadah Umrahnya yg entah ke berapa kalinya ya Allah... terimalah ibdah Umrahnya n Mabrurkanlah Ibadah Hajinya ya Allah.. ameen ya Allah, ameen ya Rahman , Amen yA Rahim Birahmatika Astagisyh...

Almarhum Berpesan Belajar Rajin2 Sambil Tersenyum  

dia selalu berpesan padaku rajin2 belajar balik nanti kalau mahu jadi imam d mana2 masjid bagitahu sama saya, sbb saya bahagian pegawai2 masjid, nanti kalau sudah habis blajar kasi tahu saja mahu jadi Imam d mana, terutamanya d Tawau, MASJID bESAR aL-kAUSTAR,,.. asal berbicara mesti senyum pda saya.. subhanallah moga senyuman itu mmbuatkan Arwah sntiasa tersenyum di sisi Rahmat Allah hingga ke Syurga... ameen ya Allah.. bila terkenang senyuman n belanja makannya padaku, aku redha dgn pemergiannya atas jemputanmu ya Allah.. moga engkau merahmatinya ya Allah.. ameen ya Allah...

aku sudah pasang azam utk bertemu dgnnya bla balik ke Kampung, tapi apakan daya engkau sudah memanggilnya dulu ke kampung asalnya.. maha suci engkau ya Allah, engkau yg berkuasa atas sgala sesuatu, setiap hambamu pasti akan terjadi seperti itu.... maka walaubagaimanapun kematian kami ya Allah, matikanlah kami dlm keadaan Iman n Islam ya Allah yg tetap dlm agamamu ya Allah...ameen!



 

Pertama Kali Saya melihat Almarhum Berkhutbah Jumaat Di Masjid Kg Likas KK

teringat saat2 mula-mula arwah menyampaikan Khutbah d Masjid kg Likas KK.. SANGAT SAYA SUKA GAYA BICARA N PERGERAKAN BADANNYA YG SESUAI DGN ILMUNYA... masih ingat Isi Khutbah tanpa teks yg dsampaikannya itu beliau mncritakan perihal KEMATIAN... kerna jiran rumah pada ketika itu kembali ke Rahmatullah.. maka beliau ada membaca sepotong ayat Quran yg berbunyi " Kullu Nafsii zaa'iqotul maut .. setiap yg bernyawa pasti akan smpai tiba saatnya akan kembali ke pada Allah... moga Engkau menerima amalan khutbahnya itu ya Allah sbg amalan sholehnya d atas muka bumimu ini ya Allah... engkau lebih tahu ya Allah...

 
 Pesan Saya Buat Akak Jannah ( Zaujah Almarhum )

Akak Jannah... Sabar ya.... Allah lebih sayang pda Ustaz... pasti Allah letakkan hamba2 yg disayanginya ditempat org2 yg sholeh n sholelah, insyaAllah.. ameen ya Allah... akak jannah kuatkan semangat ya.. redha dgn pemergian ustaz ya.. dan jgn ptus2 berdoa pda Allah.. moga2 Arwah bersama org2 yg ABRAR N AHLI SA'ADAH... Aku jga akan trut mndoakan ustaz dtmpatkan dtmpat yg sdemikian itu.. kerna slama aku mgenal ustaz, ustaz adalah insan yg sudah ku anggap sbgai ayahku.. kerna dia jg mengakui smua itu, kerna dia mengetahui yg aku takda ayah sejak kecil lagi, ketika berumjur 5 bulan ayah da kmbali ke rahmatullah... moga Allah mrahmati ayah d sana, ameen ya Allah, walupun tak pernah jumpa d dunia, tapi aku pasti akan berjumpa d hari2 yg dijanjikan Allah s.w.t... moga2 pertemuan itu nnt, pertemuan yg menggembirakan n membahagiakan buat kita semua... ameen ya Allah, ameen ya Allah, ameen ya mutajibaddua'.. !

 
 Pesanan Saya Buat Nasyraf ( Anak Almarhum)

Adik Asyraf: teruskan mghafal Quran ya... n baca Quran selalu n niat hadiahkan kpd abah ya... suaramu sedap ktk mbaca Quran, n selalu sangat menang tilawah Al-Quran... ingat, Al-Quran yg diajar oleh abah kepadamu bukan utk dibuat pertandingan.. tapi nak buat bekalan utk akhirat yg bakal datang... supaya boleh mnyelamatkan kita dri kehuru haraan d mahsyar nnt.. abah ajar jg adalah semata2 nak didik nasyraf mnjd anak yg sholeh mendoakan ibubapanya bla da kembali ke RAHMATULLAH.. ingat ya nasyraf.. nnt abg balik sabah, abg jumpa nasyraf k... rindu ngan nasyraf... ingat ya Quran tu utk akhirat bukan utk kepentingan dunia... abah didik nasyraf seperti itukan...senyum (",)

sbb ustaz selalu pesan pada saya, ingat pesann Rasulullah s.a.w:' apabila matinya anak adam a.s maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara:

1) sedekah jariah.
2) ilmu yg bermanfaat pdanya.
3) anak yg sholeh mndoakan ibubapanya.

abg tahu nasyraf mmg anak yg sholeh, sbb hari2 baca quran n menghafalnya.. subhanallah lebih hebat dri abg.. (",) moga nasyraf bermanfaat pda ummi n abah ya.. ! n jaga adek elok2... adek masih kecik lagi kan.. nnt adek akan jdi anak yg sholehah, insyaAllah...ameen ya Allah.. (",)



Doa Buat Almarhum Ustaz Haji Nahar Matamin
 
" Allahummaghfirlahu War Hamhu Wa'fihi wa'fu anhu, wa akrim nuzulahu wa wa si' mudholahu wag shilhu bilma' wassalji walbarad wannaqhi minal khotoya kama yunaqissaubul abyad minad danas wa abdillahu daron khoiro min darih wa ahlan khairan min ahli wa zaujan khairan min zaujih wa adhilhul jannah wa aazhu min azabil qubri wa min fitnatin azabinnar.. ameen ya Allah birahmatika ya Arrhamarrahimin, ameen !

Moga Allah mencucuri rahmat keatasa Ustaz Hj Nahar Bn Matamain, ameen.. al-Fatihah !!!
Related Posts with Thumbnails