Indah sejarah dari cerita.... Ibarat orang yang buta rupa...
Begitulah perumpamaan yang saya berikan buat anak-anak Arab Mesir terutamanya di kediaman perkampungan dukya yang saya berkampung ini.
Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah ketika saya sedang membawa zaujah di sebuah taman yang dikenali sebagai taman 'Hadiqah Al-Firdaus', pada hari isnin, jam 5 petang, 12 april 2010, untuk menemani zaujah beriadhah sambil makan angin dan menghirup udara segar ciptaan Allah s.w.t, lebih-lebih lagi sekarang ni masuk musim bunga.
Subhanallah.....
Itulah ungkapan yang terucap dibibir sebelum melafazkan kecantikan ciptaannya..sejuk mata memandang kawasan persekitaran yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang baru tumbuh subur dan mekar.
Ramai juga yang beriadhah di taman tersebut. Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung sekitar 5-8 bulan, dan di temani suami-suami tercinta dan sanak saudara yang lain.( kerana menggikut kajian, ibu yang mengandung lebih mudah melahirkan anak sekiranya banyak berjalan). huhu, sebenarnya itulah juga tujuan saya dan zaujah datang ke taman tersebut. Islam menggalakkan kita untuk berusaha dan berikhtiar disamping kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Subhanallah.....
Itulah ungkapan yang terucap dibibir sebelum melafazkan kecantikan ciptaannya..sejuk mata memandang kawasan persekitaran yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang baru tumbuh subur dan mekar.
Ramai juga yang beriadhah di taman tersebut. Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung sekitar 5-8 bulan, dan di temani suami-suami tercinta dan sanak saudara yang lain.( kerana menggikut kajian, ibu yang mengandung lebih mudah melahirkan anak sekiranya banyak berjalan). huhu, sebenarnya itulah juga tujuan saya dan zaujah datang ke taman tersebut. Islam menggalakkan kita untuk berusaha dan berikhtiar disamping kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Ketika kami sedang berjalan sekitar taman, kami terserempak dengan 5 orang pelajar-pelajar sekolah arab yang baru pulang dari sekolah, yang juga mungkin ingin beriadhah dan me'realese tension' selepas penat menghadiri kelas. 3diantaranya adalah lelaki dan 2 perempuan yang kebetulan melalui jalan yang bertentangan dengan kami..sewaktu saya sedang asyik beriadhah sambil bercerita dengan zaujah. Tiba-tiba mereka muncul dihadapan sambil ketawa melihat kami... salah seorang pelajar perempuan mengeluarkan suara dengan nada berkata,'
" Ni hau maa ? hik hik hik" tersengih....
Dia ketawa sambil bertanya khabar berbahasa china seperti itu... kami tidak menjawab soalannya, sebab kami tahu mereka memang nak mengusik2 ataupun sekadar bermain2..dah biasa macam tu.. husnuz zhon... Moga Allah beri hidayah pada kita semua untuk sentiasa bersangka baik.
Saya memandang zaujah sambil tersenyum," inilah arab mesir, entah madah sejarah apa yang mereka pelajari sampai ke tahap tidak boleh bezakan mana satu rupa melayu dan yang mana satu rupa china."
Saya mula terfikir..kenapa ya..orang-orang arab mesir ini selalu memanggil saya (orang malaysia umumnya) dengan gelaran sin yang bermaksud china.Atau mereka hanya kenal orang Asia ni hanya china sahaja. Tak faham...tak faham...
Saya tidak faham sejarah apa ? dan bentuk rupa bagaimanakah ? rupa orang china yang mereka pelajari di sekolah, hingga.. apabila melihat warga malaysia saja di cop warga sin(china). mahu dikatakan buta huruf tak sesaui pula, buta negara dan asia pun susah jugak,sebab nanti nak cari dalam kamus dewan takda jumpa pulak maknanya... pelik-pelik...
Saya ibaratkan mereka ni sebagai orang yang buta rupalah ...huhu... ye la, subjek apa yg mereka berlajar disekolah sampai orang malaysia sendiri pun mereka tidak kenal !. unik-unik jugak tapi pelik.
"Din..orang arab mesir ni memang begitu, kadang-kadang mereka bilang kita ni orang jaban(jepun).. pelikkan..? jawapan kawan saya sewaktu saya bertanya padanya sewaktu ketika dahulu."
Sewaktu mula2 digelar orang sin china tu, adalah jugak sedikit perasaan bangga dan teruja.. sebab dibilang china..haha.. pergi mana pun orang arab akan cakap awak dari chinakah? kadang2 dijerit semacam orang kampung kebarusan jumpa artis... membuatkan kita jadi fobia dan takut.. dek kerana selalu sangat dipanggil china saya rasa bosan jadinya dan saya abaikan setiap kali jeritan dan seruan orang arab yang memanggil tu..
"Awak orang chinakah?, "Awak orang chinakah?".
Persoalan ini selalu diajukan kepada saya, bukan saya jak bahkan boleh dikatakan majoriti orang malaysia di mesir ini. Dulu saya ingatkan sebab motor yang saya tunggangi, kerana motor saya made in china... kemana2 jak saya bawa motor tu, orang2 arab akan seru dengan teriakan "sin..sin." rupa-rupanya memang mereka buta rupa.. dah tabiat agaknya..
Adakalanya mereka berbisik 'sin, sin..dengan kawan apabila melihat kami.. itu kalau perempuan arab, kalau lelaki arab pula... walaupun kau dekat diteriaknya juga, ibarat orang yang berada jauh 500 meter.. bayangkan..?.
Sampailah sekarang perkataan itu masih berkumandang di suara diorang tatkala melihat saya. kekadang saya berhenti dan bersalam jugak dengan orang yang berteriak memanggil tu,
"Saya katakan yang saya bukan dari china !, tapi dari malaysia", oh..oh.. dia ternganga."
Itulah lain kali jangan main hentam seru jak... ta'aruf dulu baru seru..!. huhu, Gurauanku...
Arab mesir..! oh... arab mesir...! kenapalah kamu macam ni... pergilah melancong2 ke negara luar, tak pun layari internet dan nonton filem-filem asia... tolonglah bezakan mana satu rupa malaysia dan mana satu rupa warga china !!!. Aku merayu padamu...... huhu.
Sebab apa lah mereka jadi seperti ini ya? siapa tahu tolong kongsikan.....!!!
Nak kata ketinggalan, bangunan mencakar langit dah.
Nak kata siaran televisyen tiada, parabola sebesar bebola satelit dah... kalah astro malaysia.. hurm.
Mungkin ini merupakan salah satu perbezaan kita dengan Arab mesir yang pernah saya temui. Setiap yang berlaku mesti terselit hikmah bila sampai masanya ia akan terasa juga. Setiap Negara ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan bangsa/manusia/haiwan semuanya memiliki kelebihannya sendiri, itulah lumrah sunnatullah, semua ciptaannya bila kita fikirkan dan renungkan saling kait mengait, kuat menguatkan serta saling melengkapi diantara satu dengan yang lain..
" Wahai manusia sesungguhnya aku menciptakan kamu dari jenis lelaki dan perempuan, berbagai bangsa dan bersuku puak agar kamu saling mengenali dan meramah mesra diantara satu sama lain. Sesungguhnya kemuliaan kamu disisi Allah adalah takwa kamu " (Surah al-hujurat ayat 13)
"Sesungguhnya Allah tidak memandang dari segi paras rupa, kekayaan dan pangkat kamu, akan tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu."
" Tiada kelebihan bangsa Arab dengan Ajam (bukan Arab) melainkan takwa kepada Allah s.w.t."
p/s : Kalau salah tolong perbetulkan.. maaf diatas kesilapan dan keterlanjuran.. cerita ini sekadar perkongsiaan penulis buat pembaca-pembaca budiman yang berasal dari tanah air.. Yang baik datangnya dari Allah dan boleh kita amalkan dan kita ikutkan. Yang tak baik pula buanglah ketepi dan jadikannya sempadan...syukran kerana membaca.
No comments:
Post a Comment