Tiada Yang Kekal Melainkan Allah s.w.t.
Kecantikkan paras wajahmu
Akan hilang bila sampai waktu
Dari itu jangan rasa bangga
Itu semua tak tahan lama
Melainkan Allah
Hari ini hidupmu senang
Kawan saudara keliling pinggang
Bila kau susah diri terlantar
Tiada siapa untuk kau mengadu
Melainkan Allah
Ingatlah semua insan insani
Kita makhluk ciptaan Illahi
Harus selalu menginsaf diri
Sebelum tiba saat ajali
Apa juga yang kau miliki
Wang yang banyak harta melimpah
Tak mungkin dapat kau bawa mati
Tiada yang kekal didunia ini
Melainkan Allah
Bila terdengar lagu ni terdetik dihati sedapnya lagu ni.. kena lagi suara gemersik menyanyikannya... merdunya...pasal kontroversi Ustaz Akill Hai tu saya tak mahu komen sebab itu hal peribadinya, yang empunya badan kena menjawabnya..siapalah saya.. keaiban sendiri pun ada, risau jugak kalau menjadi buah mulut murai...huhu.. siapa yang tutup keaiban saudaranya, Allah juga berkenan menutup keaibannya, bukan di dunia saja malah Akhirat jua... kalau tak dapat rahmatnya nanti jangan salahkan ibu mengandung, salahkan diri sendiri la....
Bukannya apa, baru-baru ini saya melayarai segmen artis-artislah katakan.. ramai pula yang jadi terrer sehingga menghukum dan mengkritik Ustaz Akill Hai secara membabi buta tak tentu pasal.... lebih-lebih lagi pasal khabarnya beliau akan mengHOSkan rancangan reality tv terbaru 'IMAM MUDA' anjuran Astro yang bakal berlangsung dan beraksi tidak lama lagi... sibuk jak diorang mengkritik... yang pastinya saya tidak termasuk dalam golongan tersebut..huhu.. 'save my personal' lagi baguih... itu lagi selamat bah kan..haha.
Apapun ana doakan moga Ustaz Akil Hai berbahagia dunia dan akhirat... Saya terus terang memang meminati beliau, teringat saat-saat makan dan bergambar bersamannya serta menghadiri ceramahnya sewaktu berceramah di sungai kecil kedah 2 tahun lepas, tak kering gusi mendengar celoteh gubahan lagu diciptanya sambil berdakwah, seingat saya ramai anak-anak muda meminatinya tak kira siapapun sama ada dia 'cat hijau' atau 'cat biru'...huhu...
Kita kena ingat dulunya dia banyak membantu dengan harakahnya berdakwah sebegitu, disitu juga ramai anak muda mengenali dakwah kita.. sekaligus menjadi penyokong dan mendokong perjuangan yang kita bawa. berilah dia peluang untuk bersama-sama buat kali yang kedua, kalau lagu boleh digubah dengan irama nafas yang baru ,kenapa pulak manusia? yang kita sedia maklum ada salah dan silapnya...
Soal benar atau salah dalam hal tindakannya kita serah pada yang maha esa untuk menilainya melalui sifat-sifat kesempurnaannya.. Allah maha baik, Allah tidak terima melainkan yang baik-baik belaka.. bila kita tanya ustaz@ustazah, Allah itu baik kan? dan terima taubat hambanya kan, kalau dia berbuat dosa dan menyesali perbuatannya ? anda rasa ustaz@ustazah tu jawab apa? tentu sekali mereka jawab, ya...betul tak?
So, bagaimana pula dengan hambanya? takkan lah manusia tak mahu mengampunkan kesalahan manusia, dan tak mahu menerima kebaikan dari seseorang... kalau sayalah orang semacam ini saya anggap sebagai orang yang sombong... kalau saya beranilah... saya suruh dia belajar tauhid dan tasawuf lebih mendalam lagi...huhu...biar dia tahu asal usulnya yang berasal dari kampung..huhu.. yang penting kita kena ingat dalam diri, kehidupan dan perjuangan mesti diteruskan..
"Setiap sesuatu itu pasti akan musnah, melainkan dzat Allah yang memiliki kebesaran dan kemuliaan"
Walaubagaimanapun, saya, anda, Ustaz Akil Haii, siapapun, hanya bersinggah di dunia sementara, kecantikan wajah, kekayaan melimpah ruah, kesihatan tubuh badan, jawatan yang disandang dan pangkat yang dipegang, semuanya tak usah dibanggakan, gunalah ia sebaiknya ( li Mardhatillah ) kerana ianya pinjaman dan diminta pertanggungjawaban yang bakal dipersoalkan di mahkamah mahsyar ROBBUL JALIL nanti... ianya juga bukan kekal selama-lamanya, ianya akan hancur dan musnah lagi fana.
Ingatlah insan-insani tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.. Takbir !!!
Kamarudin Toyo
Kuliah Usuluddin
Universiti Al-Azhar
Kuliah Usuluddin
Universiti Al-Azhar
No comments:
Post a Comment