Saturday, July 17, 2010

Dua Kalam Hikmah, Sangat Bermakna !

" BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAHI WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIM.

WA BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH MIN ADILLU AW ADOLLU WA MIN AZILLU AW AZALLU WA MIN AZHLAMA AW AZHLAMU WA MIN AJHALA AW YUJHALU ALAIYA.. AMEEN !

Maksudnya,' Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah dan tidak ada kekuatan dan daya melainkan dengan kekuatan serta inayah Allah yang maha tinggi (mulia) lagi maha agung. 
" Dan dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah dari aku disesatkan atau aku menyesatkan dan daripada aku menghina atau aku dihina dan daripada aku menzalimi atau aku dizalimi dan daripada aku membodohkan atau aku dibodohkan... ameen ya Allah !"

Bismillah walhamdulillah.... aku start enjin motor menggunakan starter... juga aku mmenbaca doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika mana menaiki kenderaan : " Subhanallazi sakharalana haza wa ma kunna lahu muqrinin wa inna ila Robbina lamunqolibun ...


Nasyid mendidik dan menghiburkan telinga sepanjang jalan

Aku meneruskan perjalananku dengan niat yang satu yakni ikhlas menuju rumah tuhanku yaitu mahu ke masjid yang tersohor gitu... Cuaca juga agak baik, Alhamdulillah... disepanjang perjalananku aku dihiburkan dengan lagu-lagu kegemaranku yaitu lagu-lagu nasyid yang dapat mendidik jiwa agar ingat Tuhan yang satu dan ingat kepada Rasulullah s.a.w junjunganku serta lagu-lagu yang bisa menggalakkan aku untuk mengenal erti kasih sayang sesama insan dan makhluk ciptaan tuhanku. Subhanallah, sudah menjadi kebiasaan buat diriku untuk melakukan semuanya itu, senang hati... Alhamdulillah.


Ku Tumpangi Lelaki berbaju Putih

Ketika mana dalam perjalanan, aku melihat seorang insan berbaju putih hitam lagaknya seperti orang kerajaan, dia melambai-lambai dan mengangkat-angkat tangannya, setiap kali kenderaan yang lalu dihadapannya, dia angkat tangan seolah-olah macam mahu menumpang untuk menuju ke tempat yang diinginkan... aku pun berhenti dipersimpangannya, Aku beri salam, assalamualaikum ya habibi, waalaikumsalam dia tersenyum sambil menjawab salam (agaknya dia gembira sebab ada insan yang memberikan respon perbuatannya) kenapa ? mahu tumpangka ? dia jawab, ya , mahu tumpang ke depan sedikit ( udam syuwaiyyah ) silalah naik, pelawaku... dia pun naik... dan mengucapkan syukran padaku. aku teruskan perjalanan dsehinggalah sampai ke tempat yang insan ini mahukan..

ya habibi aiwah, ana nazil hena !

Aiwah... aku pun membawa motorku ke bahu kanan jalan, dia pun turun sambil mengucap syukran , barakallahu fik..., afwan barakallahu fik bardu... rupanya dia adalah seorang pengawal keselamatan mesir. dia terus jalan dan mengucap salam Assalamualaikum padaku, aku jawab waalaikumsalam warahmatullah, aku melihat dia tersenyum kegembiraan, mungkin sebab sampai dengan cepat dan ada org tumpangkan agaknya, wallahualam.


Rasa Terpanggil Kepada Tuhan

Aku meneruskan perjalanan, tak sedar azan maghrib pun mula bergema... Allahu Akbar, Allahu Akbar... !!! subhanallah, Rasa terpanggil kepada Tuhan, sungguh berkumandangnya azan itu membuatkan aku rindu mahu menuju masjid untuk beribadah dan menyembah Tuhanku... tapi perjalananku masih jauh lagi, mengambil masa dalm 30-40 minit untuk sampai ke destinasi... suara azan masih bergema aku teruskan perjalanan dan dalam hati dan fikiran mahu bersolat di mana saja masjid yang berdekatan.. aku melihat menara masjid yang tidak jauh dari bahu jalan, masjid tersebut memiliki kubah yang berwarna hijau kelembutan, masjid tersebut aku baru saja melihatnya dalam internet Youtube ketika aku mencari nama Syeikh Mahmud At-Tablawi, kerana salah satu video bacaan Quran Syeikh ada dalam masjid tersebut, aku pun singgah di masjid itu, aku letakkan motorku di tempat bahagian letak kereta. Masjid itu ialah masjid Nuri Khitab.


Dua Pemuda Berkulit Hitam, Persis Bilal Bin Rabah

Aku menuju ke pintu masjid, ada seorang pemuda yang berkulit hitam dihadapan pintu masjid, aku memberi salam, Assalamualaikum, waalaikumsalam, pemuda itu bertanya, anta khuruj thalata alyaum ? jawabku, la.. anta tablig, la'... ana tolibililmi fi jamiah Al-Azhar Alhamdulillah.. ahlan ya habibi... pemuda itu terus pergi menuju ke tempat ambil air whudu', aku masuk masjid dengan kaki kanan, berdoa dan : "

Allahummaftahli abwaba rahmatik".

Aku terus ke hadapan kerana solat maghrib belum lagi didirikan, aku simpan selipar dan beg galasku di depan, kebetulan dibawah mimbar. Aku terus Qiam dan takbiratul ihram utk solat tahiyyatul masjid. Iqamat, dan solat jamaah maghrib pun dimulakan dengan takbiratul ihram seorang imam memakai jubah putih dan serban putih, adapun aku memakai serban puti jubah hitam, Alhamdulillah, tikak kisahlah apapun janji ianya pakaian sunnah junjungan. Habis sahaja solat aku terus bangkit untuk melakukan sholat sunnat.

Aku keluar, kebetulan 2 pemuda yang berkulit hitam keluar sama denganku, aku hulurkan tangan bersalam dengan kedua-duanya... mereka bertanya namaku, aku jawab ismi kamarudin, antum ? ana, ismi Mahdi ( subhanallah ismun jamil, ana fakkir Imam mahdi ja'a fi akhir zaman) pemuda itu tersenyum, nta ismu ae ? ana Bilal, ( subhanallah, zakartu bilal bin rabah sohibunnabi s.a.w) mereka tertawa sopan...huhu... yelah, semua maklum bahawa bilal bin rabah adalah seorang yang berkulit hitam, dan pemuda 2 orang ni pun berkulit hitam, saya teringat pada Bilal Bin Rabah sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang tetap dengan kalimah Allahu Ahad walau disiksa dengan batu yang besar diterik kepanasan.. 

kami masih bersembang diantara satu persatu, mereka kata kami dari Negara Somalia, subhnallah... tak sangka aku dapat kenal orang antarabangsa seperti ini, dalam hatiku berbisik Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan ummat nabiku Muhammad s.a.w atas nama Islam dan dalam pertemuan ukhuwah penyuburan dalam masjid, inilah hikmah bagi Muslim yang berjamaah di dalam masjid pasti Allah pertemukan dengan insan-inasi yang hatinya juga terpaut dengan masjid, subhanallah. 


Doakan Masuk Syurga, InsyaAllah sama-sama

Perbualan kami semakin panjang mungkin dalam perbualan itu selama beberapa minit, dan perbualan kami bukannya perbualan yang kosong walhal perbualan yang bisa menghidupkan hati yang usang dari mengingati Tuhan pemilik sekalian alam. Aku memberitahu yang aku dari Malaysia, mereka tanya, anta tabligh ? tabligh ae, tanyaku ? tabligh yakni jamaah tabligh allazi khuruj fi sabilillah stalasa yaum auw arbain yaum wa hakaza... owh, saya tersenyum, dan terus menjawab soalan yang mereka berikan. Aku jawab, na'am ana tabligh, wa kullu ummatinnabi s.a.w tabligh, wa kulluhum min ahli ilmil Islam tabligh, sawa an kana ana auw anta auw goirihima... limaza ? liannannabi s.a.w yaqul balligu anni walau ayah... wannabi s.a.w sifatuhu arba'ah minha, at-Tabligh. ( mereka tanya adakah saya jemaah tabligh keluar 3 hari ?, jadi saya jawab saya tabligh, dan semua ummat Muhammad s.a.w adalah tabligh, dan semua yang ada ilmu tentang Islam adalah tabligh samada saya, kamu atau siapa sahaja, kerna Nabi s.a.w sebut sampaikan apa yang kamu tahu daripadaku walau sepatah perkataan, dan sifat Nabi Muhammad s.a.w ada yang wajib ada 4 diantaranya ialah Tabligh. mereka pun membenarkannya, ahsanta.! mereka pun menyuruhku berdoa, insyaAllah syurga mereka kata doakan masuk syurga, aku jawab insyaAllah.. kita doa ramai-ramai agar semuanya masuk syurga, kalau boleh ummat Islam semuanya masuk syurga, kerna Nabi s.a.w sayang pada ummat, jangan fikir seorang ja yang masuk ke syurga kena fikir orang lain sama, sebab : " tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sepertimana menyayangi dirinya sendiri ". Dan nabi s.a.w di akhirat nanti akan selalu sebut ya Sallim Sallim.. ummati-ummati takda fikir nafsi-nafsi.. Allah.. mereka pun tersenyum mesra seronok mendengar percakapanku, Alhamdulillah aku juga seronok dengan mereka, sebab aku dapat mengenal lagi banyak ummat nabi Muhammad s.a.w di pelosok dunia, mudah-mudahan aku bermanfaat pada mereka dan mereka juga dapat memanfaatkan diri mereka padaku, ameen ya Robbi ! setelah itu kami pun berpisah diakhiri dengan salam Assalamualaikum warahmatullah, waalaikumsalam warahmatullah.


Hikmah Pernikahan, Kegembiraan kerna syaithan tewas

Saya pun terus bergegas menaiki kenderaan dan terus pergi menuju ke destinasi yang ku tuju. Dalam perjalanan tersebut terserempak dengan pengantin Arab menaiki kereta dlam kedaan horn tak henti-henti berbunyi, calon lelaki penganti saya tengok keluar tingkap dan duduk di pintu kereta tersebut sambil mengalunkan tangannya melambai-lambai keseronokan ( dalam hati husnuz zhon, mungkin mereka seronok gembira sebab dapat menangiskan syaithan ) kerna mana-mana anak adam a.s yang berkahwin maka syaithan akan menangis serta menyesal sebab selama syaithan menggodanya tidak berhasil, dan tewas.
Ya Allah lindungi kami dari godaan syaithan yang direjam, ameen ya Rabbi !!! 

Sampai di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif

Aku melihat pagar belakang Masjid Azhar terbuka, maka saya masukkan motor ke dalam pagar belakang Masjid tersebut. Aku terus masuk pintu ikut belakang Masjid Azhar, Subhanallah aku melihat ramai hamba-hamba Allah yang bersendirian bermunajat kepada Tuhannya, ada yang aku tengok tengan bersholat, ada yang tengah menghafal Quran n mengulanginya serta adanya pekerja-pekerja Khas masjid tersebut yang membersihkan serta ditugaskan menjaga kebersihan Masjid tersebut.


Dua Butir Kalam Hikmah Enak Rasanya

Aku teruskan langkahku, aku tak dengar suara kuliah, dalam fikiran kenapa, takda kuliah maghribka? aku terus menuju di tempat yang aku selalu berada untuk sholat berjamaah bersama-sama pakcik-pakcik yang sentiasa bertasbih memuji Allah s.w.t sebab dalam genggaman mereka sentiasa bersama tasbih, subhanallah.
dari jauh aku melihat seorang pakcik tua yang sebelum ini pernah menyuruhku untuk datang bersholat jumaat di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif minggu ini. Subhanallah... wajahnya senyum gembira tatkala melihat susuk tubuh badanku keluar dari pintu masjid hadapan pintu, mungkin dalam fikirannya mengucap syukur Alhamdulillah sebab aku patuh segala apa yang dinasihatinya, kerna pakcik tua inilah yang menyuruhku datang pada hari jumaat malam untuk bersama-sama mendengra kuliah maghrib dan pakcik inilah yang menyuruhku untuk datang bersholat jumaat, dan pakcik inilah yang selalu menasihatiku sewaktu aku mula-mula duduk mendengar kuliah ilmu..moga segala nasihat yang pakcik berikan bermanfaat buat diriku, ameen !.

Aku datang kepadanya, beliau berdiri menghulurkan salam, tapi aku dulu yang memberi salam, assalamualaikum ya syeikh ? waalaikumsalam jawabnya, kami bersalam sambil pipi kanan dan kiriku bersentuh dengan pipinya yang mana bulu jambang pakcik tersebut sangat lebat dan kemas berwarna putih.. kaifa hal ? Alhamdulillah khoir, syeikh kaifa hal, Alhamdulillah...  ila akhir..ila akhir... insyaAllah jawabku.

( sewaktu beliau berkata seperti itu, aku terfikir ila akhir maksdunya apa, owh, sampai habis, sampai habis itu ada 2, samada sampai solat isya' selesai kemudian pulang ataupun sampai habis dan sepanjang keberadaan aku di Bumi Para Nabi Alaihimussolatu wassalam ini aku terus istiqamah mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh para Masyaikh jemputan) wallahualam yang mana satu benar, tapi firasat aku lebih kuat dia mengatakan sampai habis belajar di sini, lazimi datang kuliah sampailah satu ketika aku kena pulang ke kampung, insyaAllah ) wallahualam.
" Aku serah padamu ya Allah, engkau yang berkuasa atas segala sesuatu dimana sahaja bumi yang engkau langkahkan aku, maka disitulah ada hikmah dan ilmiah yang engkau mahu berikan padaku, maha suci engkau ya ilahi, aku bertambah cinta padamu, mana mungkin orang yang mencintai membantah segala apa yang dimahukan oleh yang dicintainya, aku redha dan tawakkal walau bumi mana pun kau letakkan langkahan kakiku, kerna aku merasa tenang jika setiap sesuatu aku rasakan aku ingat sentiasa padamu. jangan biarkan aku ya ilahi, agar aku tidak sesekali berpaling dari maghfrahmu, ameen ! "

Ista'zin ya Syeikh, ana ayiz an usolli tahiyyatul Masjid, tafaddhol !...( maaflah sahabat sebab penggunaan bahasa arab ammiyah yg saya guna tidak semuanya betul sebab saya belum sampai setahun di Bumi suci para Nabi ini, layaklah dengan belum setahun saya di sini, moga2 selepas ini aku dapat berbahasa arab dengan mudah dan baik, agar senang aku nak berdakwah terutamanya dakwah diri ana sampailah ke peringkat khatimah dakwah, insyaAllah.. ameen ya Ilahi !!! Allahumma yassir wa la tuassir, amen !

Sebelum aku menunaikan slat sunat tahiyyatul masjid pakcik tua itu memberikan sebiji coklet (gula-gula lolypop ) padaku, khuz !!! ana pun mengambilnya dengan tangan yang kuhulur lembut, syukran ya syeikh, jazakallahu wa barakallahu fik, dia tersenyum dan terus duduk di kerusi khas bagi mereka yang uzur. 

( sebelum ini pakcik tua itu pernah memberikan sebiji coklat yang begitu enak rasanya, aku makan ketika mahu menunggangi motorsikalku menuju pulang ke rumah hayyu asyir tubu ramli, aku tak habiskan kesemua coklat itu, ketika aku rasakan yang coklat itu tersangat sedap, maka aku simpan setengahnya, dengan niat di hati aku nak kongsi coklet ini kepada zaujah dan serikandiku zuyyin, Alhamdulillah ketika sampai di rumah, ternyata aku dapat kongsikan makanan sedap itu, zaujah makan sebahagiannya dan zuyyin makan sekelumit bekas dari lidahku, seolah-olah aku mentahnikkannya semula... Syeikh Yusri Al-hasani kata kalau buat seperti itu adalah untuk tabarruk yakni mengambil berkat... Alhamdulillah, moga-moga anakku mendapatkan keberkatannya, ameen ya Robbi ! )

Ya Allah ku mohon keredhaanmu, pimpin dan bimbinglah hatiku dan ahli keluargaku zaujah dan serikandiku kejalan yang engkau redhai serta engkau berkati ya ilahi, ameen ya Rabbal Alamin !

Kemudian aku pun meneruskan solat sunnatku.... Alhamdulillah selesai.... 


Syeikh Ali Al-Jumah, Mufti Mesir Bakal Berkuliah hari selasa dan Rabu

Disebelah kiriku aku melihat ada seorang lagi pakcik yang memang istiqamah solat jamaah dan mendengar kuliah di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif, aku cuba memandangnya dengan haraan bila dia menoleh kearahku aku akan beri salam... betul, firasatku mengena... dia menoleh kearahku, aku beri salam Assalamualaikum ya syeikh, Waalaikumsalam jawabnya, le? mafi kulliyah ? na'am, liannas syeikh lam ya'ti hatta dil wakti, ehna intaziruh walakin lam ya'ti hatta al'an... Syukran ya syeikh...(",) aku bertanya lagi, adakah kuliyyah setiap malam? jawabnya, na'am, na'am... kullu al-yaum... wa insyaAllah yaumus salasah wa arba'ah Syeikh Ali Al-Jumah ya'ti hena ba'da asr, insyaAllah... arr Syeikh Ali Al-Jumah, huwa mufti al-misr. subhanallah... begitulah betapa indahnya... semakin aku mendekatkan diriku pada majlis ilmu Raudhatul jannah ini, semakin ramai para Masayikh bakal menyampaikan kuliyyah di Masjid barakah ini, subhanallah, dalam hati kecilku bekata, kalau diizinkan Allah, aku nak menghadirinya setiap hari, insyaAllah. 

" Alhamdulillah, ya Allah mudahkanlah segala gerak langkahku untuk menghadiri Raudatul jannah duniamu agar aku bisa manfaatkan diriku kepada umat Muhammad saw seperti mana Nabi Muhammad saw bermanfaat kepada seluruh alam kerna firmanmu dalam Quran yang bermaksud "tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad saw melainkan membawa rahmat ke seluruh alam" ameem ya izzati akramal wal akramin wal hamdulillahi rabbil alamim. ameen !."




Kamarudin Toyo
Penuntut ilmu Universiti al-Azhar as-Syarif
Bumi Barakah Para Nabi Alaihimussolatuwassalam

2 comments:

Anonymous said...

:: salam ustz..izinkan sy copy paste mana2 doa ustz ea..sungguh sy benar2 suka dengan doa2 yg ustz pohon kepada Maha Pencipta.. dan mudah2an perkongsian ustz akn memberi makna pada sesiapa sahaja..Amiin Ya Allah..

Ustaz Kamarudin Toyo said...

salam alaik ya akhwatil Iman...
Silakan ya saudara... kesukaanmu pada doa-doa yang dipanjatkan hamba kepada Tuhannya,membuatkan engkan sudah memperolehi pahala... dan sekiranya engkau menulisnya di lembaran kertas putihmu atau di memory simpananmu, maka ianya menjadi bukti yang adanya hamba ilahi ingat kepada Tuhan yang hakiki...

Moga-moga segala apa yang saya n antum lakukan membuahkan seribu kemanisan dalam bermunajat kepada Tuhan... sebab insan yang suka kepada kebaikan itu menunjukkan hatinya suka kepada Tuhan... syukran ya ikhwatil kiram, moga Allah merahmati hidupmu dan hidupku serta ummat muhammad Muslim wal mukmin fiddunya wal ahirah.. ameen ya Rabbi !!!

"sekiranya kamu seronok kepada kebaikan dan sedih dengan kejahatan ketahuilah kamulah insan beriman.." (",)

Related Posts with Thumbnails