Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah... Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam..
Malam 28 Ramadhan 1432 H.
Hari ni seperti biasa... seperti hal-hal yang sebelumnya. Aku bersiap untuk pergi ke Masjid untuk iktikaf dan qiamullail. Aku bergerak jam 12.30 tengah malam. Sampai Masjid aku solat tahiyatul Masjid 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat, kemudian aku ikut solat berjemaah bersama Imam Dr Syam yang sedang asyik mengimamkan solat berjemaah tahajud. Aku hanya ikut solat 2 rakaat sahaja, pastu aku cari tempat solat di ruangan masjid yang lain untuk sambung solatku dan berdua-duan kepada Tuhanku. Selepas itu aku keluarkan buku kajang untuk menulis apa yang ku ingini. Sehinggalah jam 2.45 aku pulang ke rumah untuk sahur bersama zaujah. Waktu shuboh jam 3.50 pagi, sebelum masuknya waktu aku buat apa yang sepatutnya pada masa itu untuk bersiap dan bersedia dengannya.
Kalam ini yang ku tulis pada malam itu:
"Kenapa manusia malu untuk mengatakan cinta kepada Allah dan Rasulnya, tapi tidak malu mengatakan cinta 'i love you' dan 'i miss u' kepada bukan kekasih halalnya, Sedangkan Dia yang layak dan wajib untuk dicintai. Pelikkan...?"
"Bila ada hamba Allah yang mengatakan pada Tuhannya, "Ya Allah, tanpa-Mu aku tidak tenang, jiwaku resah dan gelisah, terdengarlah di sana ada suara yang mentafsir sembarangan, menunjuk alim, riak dan sebagainya lagi tafsiran. namun bila dengan kekasih bukan halalnya, boleh pula dia katakan, "wahai sayangku, tanpu-Mu aku tidak tidur lena, mandiku tak basah, makanku tak kenyang dan segala... pelikkan...?"
"Bila ada hamba Allah yang dapat khatam Quran sekali, dua kali atau bebrapa kali kemudian diberitahunya kawannya, di sana pasti ada suara mengatakan "tak payah menunjuk-nunjuk", riak, dan macam-macam lagi tuduhan... Tapi bila ada orang baca novel dan diberitahunya kawannya, boleh pula dia dengan bangganya mengatakan, "alaa... novel tu aku dah sepuluh kali khatam dah.." hmmm.. pelikkan??? kumbang, kumbang bilalah kau nak terbang?."
Malam 29 Ramadhan 1432 H.
Alhamdulillah malam ni aku bersiap awal untuk pergi Masjid solat tarawih. Aku memang sudah berjanji kepada zaujah dan zuyyin yang mana aku akan bawa mereka solat tarawih di masjid Azhar.
"Din, nanti bawalah zuyyin solat tarawih di Masjid Azhar, banyak kanak-kanak di sini, tempat kanak-kanak bermain pun ada dekat belakang solat wanita." Pelawaan sahabatku Syafie waktu aku khatam quran di Masjid Azhar 6 ramadhan pertama.
Jawabku,"InsyaAllah, memang ada azam nak bawa, mungkin akhir ramadhan."
Aku, zaujah dan zuyyin dah pun bersiap.
"Sayang, jangan lupa baca doa keluar rumah!" pesanku pada zaujah semasa keluar dari rumah.
"Insya'Allah bang."
Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Cantik.
Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Tersergam |
Aku ambil motor zaujah dan zuyyin juga bersamaku. Kemudian aku meneruskan perjalanan sambil membaca doa naik kenderaan, sepanjang perjalanan aku hanya berzikir memuji Tuhanku agar setiap perjalananku dirahmati dan dilindungi-Nya. Dengan begitu aku rasa yakin dan memiliki kekuatan yang memuaskan.
Jalan 'za'mah' ( sesak ) dihadapan, kereta memenuhi jalan raya, trafik dan sebahagian anak-anak muda memakai pakaian berwarna merah dan memegang tangkai lampu mengawal sesakan lalu lintas. Aku beritahu zaujah, jalan sini memang tiap malam seperti ini, sebab di hadapan sana ada sebuah Masjid yang mana masjid itu setiap malam dipenuhi jemaah Arab mahupun 'wafidin'. Dalam masjid itu penuh jemaah, dalam Masjid itu pun sesak dengan hamba-hamba Allah tak kira yang muslimin mahupun muslimat. Di dalam Masjid itu juga ada 'aircond', LCD, manakala solat tarawih di situ ada siaran langsung dari sebuah syarikat televisyen.
Alhamdulillah aku baru 2 kali memasuki masjid ini, tak puas dan nak masuk lagi suatu hati nanti, insyaAllah. Masjid yang besar dan tersergam indah dan mewah, aku lihat kebanyakan yang datang ke Masjid itu adalah mereka-mereka yang kaya dan golongan berada.
"Sayang, cantikkan masjid ni."
"Subhanallah, cantiknya..." zaujah terpegun dengan kecantikan masjid tu.
Aku sudah memberhentikan motorku, bila zaujah kata begitu, aku pun senang hati dan aku teruskan perjalananku, dalam hati aku berbisik, Tentu ada hikmahnya, kami sudah berazam dan janjiku pada zaujah bahawa tujuan kami adalah untuk ke Masjid Azhar, bukan Masjid ini. Dalam hati aku memuji zaujah, sebab zaujah tidak terpanah dengan kecantikan sesuatu demi melaksanakan azam yang sudah lama terbuku. Subhanallah!!!
Kerana Sedekah.
Sampai masjid Azhar aku parking motorku di belakang pintu masuk masjid Azhar. Kemudian aku bawa zaujah masuk ke dalamnya melalui jalan hadapan, sebab pintu belakang itu hanya laluan masuk untuk lelaki sahaja.
"Sayang masuk ikut sini!, tu ada ramai ibu-ibu bersama anak-anak mereka..."
Serikandiku Zuyyin Di Masjid Azhar |
Aku lihat Zuyyin sedang lena... tertidur sepanjang perjalanan. Aku pesan kepada zaujah agar baringkan zuyyin di tempat yang elok biar dia lena dalam keadaan yang membahagiankannya. Kemudian aku beri salam pada zaujah.
Aku mulakan langkahku memasuki gerbang pintu Masjid Azhar... Bismillah!... aku buka selipar, aku pegang dan aku letakkan di tempat yang disediakan khas untuk selipar tapi dengan berbayar, tak kisah berapa pun nak bayar... selalunya aku beri satu l.e ( 50 sen Malaysia ). Aku sengaja meletakkannya di tempat itu kerana aku ingin bersedekah dengan cara itu, walaupun sebenarnya boleh membawa masuk selipar ke dalam masjid, kerna dalam masjid juga ada disediakan tempat khas yang 'free' tanpa perlu berbayar.
Ada apa ni...? lampu terang ada segala... aku teruskan saja perjalananku untuk memasukinya... Aku pilih tempat solat bahagian dalam. Imam dan jemaah lain sudah memulakan solat mereka, aku cepat-cepat mendapatkan jamaah bersama mereka, aku letak beg dihadapanku kerna ruangan hadapanku begitu luas.
Selesai solat... Bacaan Imam terlalu cepat dan surah-surah yang dibacakan adalah surah-surah lazim juzuk amma tidak seperti sebelum ini yang mana Imam membaca ikut urutan Quran sejuzuk setiap malam. Dalam fikiranku, oh.. mungkin 2 hari lepas dah khatam Quran, jadi mereka hanya baca yang pendek-pendek sahaja..
Bilal Syeikh Asyraf ( Guru Talaqqi al-Quran )
Allahumma shalli ala Muhammad.... Qiam.. asabakumullah!!!
Bilal berselawat memuji Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan mengajak jamaah bersolat tarawih. Suara bilal macam ini aku kenali, tentu suara Syeikh Asyraf ( Guru Talaqqi al-Quran ).
Dalam keasyikan melaksanakan solat.. kedengaran suara berteriakan, memecahkan suasanan aman dek kerana suaranya yang kuat lagi mengeraskan.. ada apa ini dalam benakku?
Aku memandang ke arah kanan, ku lihat di sana ada seorang tua arab sedang marah... entah dia marah siapa, dan kenapa dia marah. Seperti orang yang bergaduh halnya.
Dalam fikiranku,"Kalau dalam masjid ini mereka boleh meninggikan suara seperti itu, bagaimana pula keadaannya bila di luar masjid?" Bicara hatiku. Aku lantas menegur hatiku agar menjaganya dari mengatakan manusia lain, terus aku mendoakan moga Allah beri hidayah pada pakcik tua itu.
Imam teruskan saja solatnya... sampailah habis tarawih, disambungnya 3 rakaat solat sunat witir, dan di akhir itu Imam membaca doa qunut yang hanya beberapa minit, aku dengar suara Imam itu tersekat-sekat kerana menangis... Subhanallah!!!
Di Sinilah Bermula Pertemuannya, Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari, Aku Mencium Tangannya.
Selesai solat... jamaah Arab maju ke depan mimbar Imam... ada apa ini dalam hati ku yang penuh dengan persoalan? Oh, mungkin mereka mahu bersalaman dengan Imam. Aku tidak puas hati... aku pun berdiri untuk memastikan apa sebenarnya yang mereka lakukan sehingga berkeadaan riuh dan menyeronokkan, siap membawa kamera dan telefon bimbit untuk dirakamkan dalam memori simpanan.
Aku maju ke depan sedikit.. Allah.. aku lihat dari jauh susuk tubuh dan wajahnya... Subhanallah!!! ini Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari. Aku terus maju ke hadapan dengan hasrat boleh melihatnya secara dekat dan jelas, namun payah... pengawal-pengawal yang menjaganya tidak membenarkan sesiapa pun dekat dengannya. Walaupun begitu, peminat-peminat kepada Syeikhul Azhar ini terus cuba mendapatkan Syeikh.. riuh keadaan... semua jamaah datang, satu demi satu sehinggalah nampak ramai berkerumun di sekeliling Syeikh. Namun pengawal tetap saja menghalang, takut kalau-kalau ada yang bisa mencederakannya. Subhanallah!!!
Aku terlihat sahabatku Syafie... aku mendatanginya... dan dia juga perasan yang aku ada, dia datang dengan wajah yang mengembirakan sambil mengukir senyuman lantas berkata, "Din, nta dapat salam tak?" Aku jawab tak dapat sebab payah orang arab ramai, besar-besar plak tu, dia tolak ja kita... huhu.
"Alhamdulillah, ana dah dapat salam dengan Syeikh." .. bestnya, bertuah!... aku memuji tindakannya.
Aku sabar.. hanya mampu melihat keadaan yang berlaku sahaja. Kemudian Syeikh masuk ke dalam bilik Imam... sepanjang perjalanannya hendak menuju ke bilik itu mengambil masa yang lama, ekoran terlalu ramai orang arab mendampinginya.. aku lihat ramai juga penuntut ilmu lain dari luar negara cuba mengambil kesempatan untuk bersalam dengannya.
Pintunya di kawal ketat. siapapun tidak boleh memasukinya tanpa kebenaran pengawal di situ. Kemudian seorang pengawal yang juga polis mengarahkan kepada semua, "siapa yang mahu bersalam dengan Syeikh, hendaklah berbaris dan mengikuti urutan." Semua mulakan barisan dan mengikut arahan. Barisan yang begitu panjang, Alhamdulillah aku dapat barisan yang kesebelasan.. rasa berdebar dan tak sabar... aku tumpukan fikiran dan hatiku kepada Allah, ku menyebut nama-Nya sebanyak-banyaknya.
"Ya Allah... aku hina dan dhaif ya Allah, tapi aku ingin berjumpa dengan insan mulia ini, mudahkan ya Allah!... Hasbiyallahu wa nikmal wakil.. Wa la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil azhim."
"Aku dengan rendah diri bersalam dengan Insan Mulia Mutiara Azhari, Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari Hafizahullahu Taala." |
"Haah!.. nta... udkhul!!!..." pengawal itu menyuruhku masuk. sebab giliranku sudah sampai. Aku ucap 'syukran' padanya.. Allah.. tak sabar mahu bersalam dan berjumpa dengannya. Terrima kasih Ya Allah!!!
"Syanthoh, iftah...!!!" pengawal itu mengarahkan agar aku membuka beg yang ku galaskan di belakangku. Perlahan-lahan aku membukanya. Pengawal itu ambil begku kemudian dia simpan di tepi dinding.
Aku terus menuju Syeikhul Azhar yang sedang duduk berbincang bersama para masyaikh yang lain. Aku pasang niat sungguh-sungguh agar tindakanku dan perilakuku bisa beradab dihadapannya, supaya aku mendapat sedikit barakah daripada Allah asbab bersalam dengannya.
"Assalamualaikum ya Syeikh!" Aku mulakan salam.
"Waalaikumsalam..." jawab Syeikh. aku hulurkan tanganku dengan rendah diri di hapadan Ulama' besar dan tersohor ini... aku cium tangannya, dia juga membenarkannya dan ikhlas menghulurkan tangannya padaku. Allah.... rasa teruja dan bersyukur.
Dengan nada yang sopan dan rendah diri, aku ajak Syeikh Azhari bergambar bersamaku, sementara 'enset'ku, aku beri kepada pengawal, aku minta agar mengambil gambarku dengan Syeikh, Syeikh memerhatikan tindakanku yang dua kali bersalaman padanya. Mula-mula ketika masuk, kedua ketika bergambar... begitulah... bukan qudratku, tapi ketentuan Allah yang mentakdirkannya buatku. Bila aku melihat gambar yang diambil oleh pengawal itu, aku ucap subhanallah!!! indahnya... pasti ada hikmahnya, serah pada yang Maha Hikmah lagi Maha bijaksana menilai dan menentukannya apakah hikmah disebaliknya.
Kemudian aku keluar dari bilik Imam itu, aku ucap terima kasih kepada pengawal-pengawal kerana membenarkanku masuk ke dalamnya. Dan aku berdoa semoga Allah membalas kebaikan mereka.
Aku pergi sebelah belakang hamba-hamba Allah yang sedang bersembahyang. Berdekatan dengan pintu masuk dalam Masjid, aku sujud syukur... menandakan terima kasihnya aku pada Tuhanku kerana mempertemukan aku dengan insan mulia ini.
"Ya Allah... aku bersyukur pada-Mu atas nikmat-Mu ini, Golongankanlah aku dalam kalangan hamba-Mu yang bersyukur." ameen!
Aku lakarkan apa yang berlaku melalui kertas kajangku.
Aku bersandar di dinding masjid berdekatan pintu masuk masjid. Aku keluarkan kertas kajang yang ku bawa dalam begku, aku mula dengan bismillah.. kemudian aku tulis apa yang berlaku pada diriku harini.
Sahabatku datang... syafie... ku lihatkan padanya gambarku dengan Syeikh Azhari, kuceritakan kegembiraanku, keterujaanku padanya.. lantas dia pergi dan mengajak teman-temannya untuk berjumpa dengan Syeikh sekaligus bergambar dengannya. Alhamdulillah... dia sempat... dia juga terpilih untuk masuk ke dalam bilik imam sementara Syeikh sudah berdiri dari tempat duduknya, mahu berangkat ke tempat seterusnya, yakni untuk berangkat pulang.
Alhamdulillah dia sempat namun teman-temannya tidak berkesempatan bergambar dengan Syeikh Azhar itu. Begitulah.. ini semua pilihan Allah, bukan semua bisa menemui dan bergambar dengannya, sebab payah mahu berjumpa, melainkan ada majlis khusus yang melibatkannya.
"Bertemu dalam majlis yang dirancang tidak sama dengan pertemuan yang tidak dirancang, nikmatnya berbeza.. Ya Allah.. Engkau sebaik perancang dan Maha mempertemukan. Maha Suci Engkau Ya Allah.. Rancanglah sesuatu yang baik dihadapanku dan masa depanku, agar dengan perancangan itu aku bisa sujud dan mengagungkan kebesaran-Mu." Ameen!.
Sahabatku Syafie sebelah kanan Syeikh bergambar bersama Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari Hafizahullah Taala. |
Aku lihat Syeikh keluar dari bilik ditemani pengawal-pengawal, tika dia dekat dengan pintu keluar berdekatan tempat yang aku duduk... aku melihat susok tubuhnya, berjalan dengan tawadhu' dan pandangan yang tunduk ke bawah.. ku perhatikan bibirnya yang seolah-olah membaca sesuatu.. bergerak-gerak... Subhanallah!.. mungkin itu zikirnya agar ingat pada Allah dan melindunginya disetiap perjalanannya. Subhanallah!... Allah itulah penyelamat, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pimpinan. Bisikan hatiku,"Moga Allah merahmati Syeikh dan melindunginya disetiap perjalanannya."
"Ya Allah, terima kasih atas ketentuan-Mu ini... aku merasakan ini adalah hadiah ramadhan dari-Mu buatku. Maha Suci Engkau Ya Allah, Semoga aku tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang selalu mengingati-Mu dan mencintai para alim-Ulama' pewaris Nabi-Mu!" ameen Ya Allah!.
"Ya Allah, semoga pertemuan ini, pertemuan yang Engkau berkati lagu Engkau redhai Ya Ilahi.. ameeen!!!"
Syeikh Asyraf Al-Hafiz Al-Azhari bertanya khabar dalam bahasa 'Melayu'.
Sebelum pulang... aku sempat bertemu dan bergambar dengan Syeikh Asyraf al-Azhari...
"Assalamualaikum ya Syeikh Asyraf!"
Waalaikumsalam jawabnya. Kemudian Syeikh bertanya khabar dalam bahasa melayu.
"Apa khabar?"
Sambil tersenyum aku menjawab pertanyaannya.. Alhamdulillah baik!.
Syeikh sebenarnya baru pulang dari Malaysia... Aku bertanya pada Syeikh, "Kaifa Tok Guru Nik Aziz?
"Tok Guru Nik Aziz khoir." jawab Syeikh.
Bergambar Bersama Syeikh Asyraf Al-Hafiz Al-Azhari @ Masjid Azhar |
Terus Syeikh memberitahu yang dia baru saja balik dari Malaysia, dan dia kata "ana pergi ke kelantan, khemah bazar ramadhan." ... Aku juga sebenarnya maaruf tentang itu sebab aku ada terbaca dalam status kawan-kawan di FB tentang jadual kuliah Syeikh di Malaysia.
Kemudian aku ajak Syeikh bergambar bersamaku dengan sahabatku ust Najmuddin al-hafiz yang ku kenali sewaktu IKBN tahun 2009 sebelum bertolak ke Mesir dulu, Dan bersama 3 orang rakannya yang kesemuanya anak negeri kelantan... mereka sembang dengan Syeikh tentang kelantan dengan gembiranya.
"Ya Allah.. aku mohon redha-Mu dan Syurgamu, Jauhilah aku dari kemurkaan dan api neraka-Mu, Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Menyukai Keampunan, Maka Aku Mohon Pada-Mu Ampunkalah Segala Dosa-dosaku... ameen ya Robbal Alamin, Wal Hamdulillahi Robbil Alamin!!!"
"Ya Allah.. jadikanlah aku diantara hamba-hamba-Mu yang mencintai alim Ulama' Al-Amilin-Mu... dan pertemukanlah aku lagi dengan insan-insan yang Engkau muliakan di atas muka bumi ini dengan sebab ilmu yang Engkau anugerahkan pada mereka.. dan jauhilah aku dari mereka yang membenci kepada alim Ulama'Mu, dan semoga Engkau beri hidayah kepada Mereka itu, agar mereka bisa menghormati Insan-insan berilmu, sepertimana mereka juga ingin dimuliakan dan dihormati oleh orang lain dari kalangan hamba-Mu!" ameen Ya Allah Birahmatika Ya Arhamarrahimin.. ameen!!!
(Terbitan 1 Syawal, Kerna Nak bt ucapan Raya awal)
29 Ramadhan 1432 Hijrah,
Masjid al-Azhar Asy-Syarif,
Housien, Kaherah Mesir.
No comments:
Post a Comment