Alhamdulillah...
Allahumma salli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallam.
Malam 21 ramadhan.
Sebelum aku pergi masjid untuk solat tarawih, aku ada meninggalkan pesan kepada 'zaujah' untuk bersihkan rumah, berkemas-kemas terutamanya tempat solatku. Bila zaujah tanya kenapa bang? aku jawab yang kita sudah berada di sepuluh akhir ramadhan, dan kemungkinan tetamu akan datang ke rumah. siapa tetamu tu bang? tanya zaujah dengan nada ingin tahu. berishkan saja, insyaAllah bila tetamu datang tentu dia suka lihat rumah kita yang bersih dan kemas.
Aku terus buka pintu dan beri salam kat zaujah.
"Assalamualaikum sayang... abang pergi dulu ya." zaujah jawab salamku, waalaikumsalam."
Aku tahu yang zaujah tentu mengetahui siapa tetamu itu. kerna aku sudah berikan 'klue' di awalnya.. dan aku tahu yang dia juga sudah memahami persiapan akhir ramadhan yang mana setiap hamba Allah mesti mencari-carinya.
Bila aku sampai di rumah dan beri salam kepada ahli rumah, ternyata pesananku dilaksanakan 'zaujah'. aku lihat ada air dalam baldi dan 'mop' penyapu di ruang tamu. Subhanallah... Dalam hati aku berdoa moga Allah merahmatimu wahai isteriku.
Aku panggil zaujah yang pada masa itu dia di dapur masak resipi baru.
"Sayang, dia tersenyum melihatku... seolah-olah faham apa yang ingin ku katakan. aku tak jadi kata apa-apa selain senyum kepadanya. Dia meneruskan perkataannya.
"Bang, teringat amalan mak, apabila masuknya malam 21, mak selalu beramal. mak pernah kata,"sekiranya puasa pada hari isnin maka lailatul qadr berlaku pada malam 21 ramadhan". aku tersenyum mendengar kata zaujah' itu. Kemudian aku beritahu zaujah," ya, Imam Ghazali telah mengatakan seperti itu, dalam kitab imam ghazali rahimahullah taala ada menyatakan apabila awal puasa hari isnin, maka lailatul qadr jatuh pada malam 21 ramadhan.
"Alhamdulillah, sejuk hati abang dengar yang mak suka beramal di malam-malam seperti itu, semoga Allah merahmati dan menerima amalan mak."
Malam 21 ni aku dan zaujah hanya qiam di rumah.
"Bang bangun!" zaujah kejutkan aku untuk sahur. Aku pun bangun dan berdoa kepada Tuhanku yang menghidupkanku seletah memberikan kerehatan kepada badanku. Aku terus baca doa.
"Bang bangun!" zaujah kejutkan aku untuk sahur. Aku pun bangun dan berdoa kepada Tuhanku yang menghidupkanku seletah memberikan kerehatan kepada badanku. Aku terus baca doa.
"Ya Allah, berikanlah kebahagian dan kejayaan dalam hidupku pada hari ini, semoga aku dan keluargaku serta semua ummat Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam terpilih untuk mengimarahkan malam-malam kemuliaan ini. ameen!"
Aku terus bangkit dari tempat tidurku, aku pergi jendela dan ku buka pintunya, kemudia aku angkat kepalaku dan kuarahkan mata pandanganku ke arah langit. Aku senyum... lantas terbit dilidahku ucapan 'subhanallah' maha suci Allah yang telah menjadikan cakrawala dan semua ini menjadi penyejuk mata buat hamba-hamba-Nya yang suka meneliti dan melihat kebesaran dan keindahan ciptaannya. Aku melihat bintang-bintang seolah-olah ingin memberitahu padaku bahawa inilah malam 'lailatul qadr'. Aku lihat langit begitu indah dan cerah, bintang-bintang begemerlapan sangat terang, sangat menggembirakan. Subhanallah...
Wahai langit, betapa engkau dijadikan berperanan,
Dengan melihatmu hamba dapat merasakan kebesaran ar-Rahman,
Warnamu yang kebiruan indah dipandang,
Jiwa-jiwa yang takut Tuhannya tersenyum kelihatan.
Wahai Bintang-bintang penyeri malam,
Sungguh engkau juga diciptakan bertujuan,
Kecantikanmu menjadi penghias langit dan bulan,
Melihatmu... memuji keindahan ciptaan Tuhan.
Dirimu bercahaya seolah-olah ada lampu berkelipan,
Mengikutimu mendapat arah dan tujuan.
Wahai Tuhan, indahnya ciptaan-Mu.
Seindah hdiup dalam kebahagiaan,
Kecantikan pada ciptaan-Mu,
Mempesonakan mata yang memandang,
Jika ciptaan-Mu begitu indah, cantik, mendamaikan,
Bagaimana pula yang menjadikan.
Subhanallah...
Maha Suci Engkau Wahai Tuhan..
Engkau Maha indah dari ciptaan-Mu,
Maha cantik dari Ciptaan-Mu,
Yang Maha Mendamaikan dari segala kedamaian,
Kerna segala itu bersumber dari-Mu,
Aku ingin dekat dengan-Mu,
Bersama rahmat dalam mendakap pelukan cinta-Mu.
Tuntun dan pimpinlah aku wahai Tuhan!.
Setelah itu aku pergi membersihkan diriku, mahu menghadap Tuhanku yang kekal abadi, menjadi penghibur hamba-Nya, keadaan apa sahaja Dialah tempat segalanya.
Malam 22 ramadhan
Aku bersiap pergi masjid walidain untuk beriktikaf. Sebelum aku pergi aku meninggalkan pesanan di wall post FBku.
"Insya'Allah iktikaf di Masjid Walidain ( Masjid Sebelah Rumah )
Bawa sejadah, Selimut, Al-Quran...Buku Kajang, Pen, Tasbih, Jubah dan serban serta, Niat yang suci !!!
" Ya Allah kurniakanlah malam rahmat penuh barakah itu. ameen !!! "
p/s: zuyyin, jaga ummi elok2 ya !!! nanti abi bagi hadiah istimewa insyaAllah. (",)"
Mesej komen masuk, Zulkifli Iliyas: "Nak ikut!"
"Marilah!"
Sampai di Masjid Walidain, aku lihat sahabatku Zulkifli Ilyas tengah baca Quran. aku salam padanya. tak sangka dia datang awal dari aku, sedangkan aku yang mengajaknya dulu, malunya..
Aku cari posisi yang sesuai, aku pilih sebelah tiang. Aku letakkan beg di sebelahnya, kemudian aku solat tahiyyatul masjid 2 rakaat, disusuli solat taubat dan solat hajat serta solat tahajud yang masing-masing aku lakukan sebanyak 2 rakaat. Kemudian aku berdoa kepada Allah subhanahu wa taala menurut apa yang aku hajati pada-Nya.
Setelah itu aku keluarkan tasbih, aku berzikir kalimah lafzul jalalah ' Allah ' sepuasnya sehinggalah aku tenang dengannya. Kemudian aku keluarkan Quran, aku baca sejuzuk. Aku keluarkan kertas kajang dan pen, aku tulis apa yang sedang ku alami pada hari ini. Alhamdulillah.
Tiba-tiba datang seorang terus menuju ke tempat mimbar solat imam. Ada apa ni dalam hatiku, oh, mungkin mereka mahu solat tahajud berjamaah. Aku tidak ikut sekali kerana ingin solat secara fardhiah ( seorang-seorang ) kerana iktikaf ini adalah iktikaf yang pertama, aku ingin melaksanakan azamku dulu, kemudian barulah aku akan fikir bagaimana amalan yang seterusnya.
Sahabatku beritahu yang mereka baca panjang dan lama. Aku hanya tersenyum. Dalam hati mungkin aku akan ikut mereka solat secara berjamaah suatu hari nanti tapi bukan hari ini, munkin esok ataupun lusa insyaAllah.
Aku bersiap untuk bersahur bersama zaujah yang sedang menanti kepulanganku.
Malam 23 Ramadhan.
Seperti biasa aku pergi masjid walidain, dengan niat hati yang suci, ingin menghidupkan malam yang diberkati, persis orang-orang sholeh kekasih ilahi, yang menjadikan malam-malam sperti ini untuk bersama dengan kekasih.
Sampai di Masjid aku sholat tahiyyatul Masjid, solat hajat dan taubat serta tahajud yang masing-masing aku lakukan sebanyak 2 rakaat. Kemudian aku keluarkan al-Quran, baca sejuzuk. Kemudia aku keluarkan tasbih, aku bertasbih dan berzikir sepuas-puasnya sehinggalah aku merasa tenang dengannya.
Kemudian aku keluarkan kertas kajang dan pen untuk menulis apa yang ku lalui pada malam-malam sperti ini.
Seperti biasa pak-pak arab akan bersolat tahajud secara berjemaah yang diketuai oleh seorang Dr Al-Azhar ( Dr Syam ). Beliau tidak jemu menjadi imam dalam meminpin solat tersebut, setiap malam dilakukannya seperti itu, tidak pernah berputus asa. Walaupun adakalanya makmumnya hanya seorang, dia tetap saja menggagahkan qiam dan bacaannya. Mungkin agaknya hamba-hamba Allah yang iktikaf di Masjid tersebut sudah merasa jemu, atau merasa letih bersolat dengannya, ini kerana beliau membaca Quran dalam solatnya agak panjang dan lama. Namun begitu aku dapat rasakan yang dia lakukan adalah untuk Tuhannya kerana amanah yang digalasnya sebagai menghidupkan malam-malam Ramadhan di tempatnya sendiri.
Aku berhenti menulis, terfikir sejenak... aku berbisik dalam hatiku,"Ya Allah, berlaku baiklah padaku, dan pilihlah yang terbaik untukku, adakah aku akan teruskan malam-malamku seperti ini yakni secara fardhiah dan tidak perlu berjamaah. Mana yang lebih baik ya Allah, pilihlah untukku yang dengan itu aku dapat menikmati luasnya rahmat-Mu dan aku bisa tenang dengan pilihan-Mu itu!."
Malam 24 ramadhan
Hari ini pun sama seperti halnya semalam, cuma aku sedikit letih kerana petang semalam aku dan sahabatku pergi airpot menghantar tetamuku asyraf yang hendak pulang ke Malaysia. Dan dicelah-celah masa yang ada sebelum bersahur aku tertidur, sampai jam 2.30 pagi, aku balik rumah kerana ngantuk sangat dan terasa letih.
Malam 25 Ramadhan.
Hari ini pun sama seperti halnya semalam. Tapi aku datang dengan semangat dan azam yang kuat. Tidak sempat aku habiskan bacaan Quranku, aku terus menghentikannya kerana ku lihat Imam Dr Syam telah mengambil tempatnya dan telah memulakan solatnya. Aku memerhatikan diskelilingnya, tiada orang, makmumnya pun tiada, dalam hati timbul rasa kasihan. Aku cepat-cepat pergi kearahnya dan menjadi makmumnya dengan harapan dapat membantunya menyempurnakan solatnya.
Dalam hati berbisik, bolehkah aku solat dengannya, dia baca panjang, mampukah kakiku dan badanku terus berdiri bersamanya dan mengikut gerak geri intiqalnya. Ha... aku gagahkan juga, aku buat kerna Tuhanku, bukan kerananya, kalau dia bisa berdiri hari-hari menghadap Tuhanku tiada jemu, masakan pula aku, walhal aku ingin mencontohi nabiku dan orang-orang sholeh sebelumku. Mungkin inilah masanya, aku bisa melakarkan sejarahku memulakan langkah baru sebagai muqaddimah menuju jalan para kekasih Tuhanku.
Selepas Dr Syam habis 4 rakaat, seorang Imam yang biasa jadi imam di masjid tersebut menggantikannya. Suara imam ini memang sedap dan mendayu-dayu, aku tersentuh dengan bacaannya, rasa terketar... tanpa ku sedari air mataku mengalir di pipi. Oh... nikmatnya. "Ya Allah aku mohon keampunan-Mu, Engkau Maha Pengampun, Dan Menyukai keampunan, ampunkanlah aku ya Allah! jadikan air mataku ini, air mata yang dapat menyelamatkan dan mensyafaatkanku di akhirat nanti, agar neraka-Mu tidak menyentuk jawarihku!"
Malam 26 ramadhan.
Sama juga halnya semalam... jamaah yang beriktikaf lena tertidur di tempat pembaringan yang disediakan khas. Aku lihat ada sebahagian pelajar-pelajar tahfiz asyik menghafal Quran. Mereka dari kalangan kanak-kanak Mesir dan sebahagian anak-anak luar yang mengaji di di sini. Sejuk hatiku lihat mereka, dalam usia kecil speerti ini ibu ayah mereka hantar ke sekolah tahfiz, mendidik mereka untuk menghafal Quran dengan harapan agar suatu hari nanti boleh mencontohi Imam-Imam yang sudah menjadi sebutan di lidah masyarakat Islam tentang keindahan suaranya melantunkan Kalam Tuhan. Allah... bertuahnya mereka ya Allah. sedang aku.... aku tunduk dan malu kepada Tuhanku... ya Allah setiap apa yang berlaku, adalah tarbiyah dari-Mu.. jika engkau kehendaki untuk hamba-Mu kebaikan, pasti ada kelebihan yang kau berikan, Subhanakallah Ya Allah!.
Kemudian Dr Syam datang. Selalunya tepat jam 1 beliau memulakan solatnya. Malam ni aku ikut bersamanya, kerana makmumnya tiada, aku dengan rela bersalam kepadanya, dia tersenyum saja padaku. Mungkin dia suka dan gembira sebab aku sudi bersalam dan mahu mengikutinya solat bersama. Alhamdulillah... semoga dengan salamku itu bisa mententeramkan hatinya dan semoga kegembiraan itu dapat melepaskan azam serta hajatku.
Setelah aku mengikutinya seorang demi seorang makmun datang dan ikut. Letih harini,menngantok sehinggakan ada seorang pak arab terlentok dan tertidur di tempat solatnya, orang dah habis salam dia masih tidur lagi.
Ya Allah rahmatilah kami ya Allah, yang menghidupkan malam-malam akhir ramadhan dengan amal ibadah yang disarankan oleh Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassallam. ameen !
10 akhir ramadhan.
Masjid Walidain,
Hayyu Asyir Cairo.
No comments:
Post a Comment