Tuesday, August 23, 2011

Tetamuku, Asyraf Dan Ramadhan.

Sebenarnya bulan ramadhan al-Mubarakah tahun ini aku dikunjungi  dua tetamu, tetamu dari Syria iaitu Ustaz Asyraf, dan tetamu yang tiap tahun kunjung tiba iaitu Ramadhan Kareem.

Asyraf@Maqam Imam As-Syafie Rahimahullah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya." (Riwayat Bukhari Dan Muslim )


Dalam kitab Hadis 40 Arbain Imam Nawawi Rahimahullah Taala ada menyebut tentang hadis tetamu ini, bahawa memuliakan tetamu adalah salah satu dari kesopanan Islam yang menjadi budi pekerti Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.


Memuliakan tetamu bererti melakukan kebaikan kepadanya sebagai orang yang datang menziarahi kita, dan melayaninya dengan cara yang sopan sesuai dengan keadaannya serta memberikan jamuan menurut kadar yang dapat disediakan.


" Ulama fiqh berpendapat sebagai satu kewajipan tetamu adalah termasuk ke dalam pekerjaan yang baik dan suatu adat yang mulia. Dan pemberian itu meliputi apa yang diperlukan dari makan minumnya dan penginapannya yang memberi kelapangan kepadanya selama sehari semalam sekurang-kurangnya dan tiga hari sebanyak-banyaknya. Manakala yang selebihnya dari masa itu adalah menjadi satu sedekah pula."


Ustaz asyraf merupakan tetamuku yang datangnya dari Negara Syam Syiria, dia merupakan sahabatku yang pernah sama-sama mengaji di Institut Pengajian Ar-Razi Pulau Pinang tahun 2006-2009, kemudian beliau menyambung pengajiannya di salah sebuah Maahad Arabiah di Damsyiq Syria. Selama 3 tahun belajar di sana, tidak pernah walau sekali kami berjumpa dalam fatrah tersebut. Dengan sebab berlakunya kegoncangan dan kekecohan di negara berkenaan, beliau pun ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, dan sebelum pulang ke Malaysia, dia mahu datang ke Mesir atas sesuatu urusan sambil menziarahi sahabat-sahabatnya yang sudah lama menjadi kenalan.

Alhamdulillah beliau menjejakkan kaki ke bumi Anbiya' Mesir pada 8 ramadhan 1432 Hijriyyah bersamaan 8,8,2010. Hari isnin.
Asyraf@Masjid Azhar


Sepanjang beberapa hari dia menjadi tetamuku, aku sempat membawanya bersiar-siar sekitar Kaherah dalam misi menziarahi tempat-tempat bersejarah, seperti Masjid Al-Azhar, Universiti Al-Azhar, Maqam-maqam auliya', maqam Imam Asy-Syafie Rahimahullah Taala, Maqam Saidina Husin Ibnu Saidina Ali Karamallahu Wajhah dan banyak lagi... cuma pyramid di Giza ja yang aku tidak sempat membawanya kerana ketiadaan kenderaan dan kesibukan dalam membuat sedikit urusan.  

Aku juga membawanya ke taman-taman ilmu diantaranya, majlis ilmu tafaqquh fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Albanjari Almakki, Kuliah Shuboh bersama Syeikh Yusri Al-Hasani dan kuliah shuboh di rumah negeri Sabah.


InsyaAllah Tetamuku Ustaz Asyraf akan pulang ke Malaysia jam 4.30 petang ni. Alhamdulillah semalam iftar terakhir dengannya, hanya dapat menghidangkan kari ketam ubi kentang, ikan goreng, sambal belacan, buah mangga dan minuman asyir seperti tebu dan tamarhin yang sempat mereka beli sebelum berbuka. Hari pertama kedatangannya kami berbuka puasa dengan ikan bakar. Hanya itu saja yang termampu, moga bisa menggamit memorinya bersamaku di ardhul kinanah ini.


" Asyraf, bertuah nta sebab datang masa banyak pengajian, dan kebetulan Syeikh Muhammad Nuruddin ada buat kelas selama 2 minggu ni, dan esok pula ada kuliah shuboh yang setiap shuboh berjalan di Masjid Asyraf bersama dengan Syeikh Dr Yusri Rusdi Al-Hasani."

 

" Alhamdulillah, memang salah satu tujuanku datang ke sini untuk bertemu dengan para masyaikh dan menghadiri kelas-kelas mana yang ada, Alhamdulillah lah." jawab Asyraf dengan semangat ketika sembang dengannya.


Pada hari pertama dia di sini, seolah-olah macam sudah biasa, apa tidaknya motorku dia bawa ke sana sini, dia buat macam kat Malaysia ja.

 <><>&
<><><>
Asyraf@Maqam Syeikh Zakaria Al-Ansori


" Asyraf, ni lah motorku."

" Ha.. din, sudah lama aku tidak tunggang motor, huhu..". aku nampak dia begitu gembira.

" Insya'Allah malam ni kita solat tarawih di Masjid al-Azhar!"

" Ok. Jauhkah Masjid Azhar tu?"

" Dekat ja, lebih kurang 30 minit kalau naik motor."

"Fuh, jauh tu...! asyraf kehairanan. Takpa aku ikut ja mana nta nak pergi din, tak kisah pun."


Kami bersiap untuk pergi sholat. Sampai di tempat parking motor, aku bagi dia kunci.

" Nah! ambil ni, nta bawa!"

"Hehe... mestilah, takkan nta nak bawa aku yang da lebih besar dari nta! hehe.." aku tersenyum.


Asyraf pun bawa motor ke mana sahaja arah yang ku suruh, dia ikut. Kalau aku kata belok kiri, dia bawa motor ke kiri kalau ke kanan dia kekanan dan begitulah seterusnya sehinggalah kami sampai di Masjid Al-Azhar.

"Din, best plak, macam bawa motor kat kampong plak... hehe..". kata Asyraf dengan nada yang seronok.


Sekarang, dia telah pun pulang, ku harap dapat bertemunya lagi di masa akan datang, insyaAllah.


Ring...Ring... Telefonku berdering, aku sambut. "Syeikh, aku dalam flight ni, nak bertolak dah, doakan ya!. Dan jumpa lagi."

"insyaAllah, nta pun doakan ana sama!."


Asyraf, Semoga selamat dalam perjalanan dan dilindungi Allah dalam setiap perjalanan sehinggalah sampai ke kampong halaman... ameen !


Ada satu lagi tetamu yang tinggal iaitu Ramadhan, juga akan beransur pergi meninggalkan, ku berharap sebelum pemergiannya, aku bisa menghidangkan amalan santapan kerohanian yang biasa dilakukan Nabiku di 10 akhir Ramadhan atau apa sahaja amalan yang ku mampu lakukan menurut kehendak Allah yang Maha Penyayang.


Sekarang, aku mesti bersiap siaga untuk melayan tetamu yang begitu mulia, yang tercatat dalam Quran, dan padanya juga ada kelebihan lebih baik dari seribu bulan ( Lailatul Qadr ). Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dia bersama, tahun hadapan entahkah bisa bertemu dengannya lagi.


Puisi Doa: Harapan Bertemu Lailah Yang Mulia!


Ya Allah!
Kerinduan sang kekasih,
Bila berjauhan,
Mesti mengimpikan sebuah pertemuan yang di dambakan,
Walaupun hanya berapa saat berkesempatan,
Pertemuan dengan harapan membawa sinar kedamaian,
Pertemuan yang membawa senyuman,
Pertemuan belaian kemesraan,
Pertemuan yang boleh memuaskan.
Pertemuan yang tidak akan disiakan,
Seperti pungguk yang merindukan bulan,
Sejuta pengorbanan demi perjuangan,
Agar pertemuan itu bermakna dalam kehidupan.

Ya Allah,
Hanya padamu ku memohon,
Tika tiba masanya malaikat-Mu mengatur urusan,
Menebarkan rahmat-Mu atas keizinan,
Janganlah Engkau tidurkan aku dalam kealpaan,
Jangan Engkau biarkan aku dalam kekenyangan,
Jangan juga Engkau biarkan aku lena bertilamkan igauan,
Sebaliknya Engkau sedarkanlah aku dengan peringatan,
Engkau berikanlah aku kecukupan,
Dan Engkau berikanlah aku pengharapan,

Ya Allah!
Engkau Adalah Tuhan Yang Maha Mempertemukan,
Engkau pertemukanlah aku dengan malam kemuliaan,
Yang Engkau berikan nama 'Lailatul Qadar'.
Yang Engkau wahyukan satu surah dalam Furqan,
Terkandung padanya kebaikan 1000 bulan,
Tersimpan hikmah keberkatan.

Ya Allah!
Engkau berikanlah inayah dan kekuatan padaku,
Agar aku salah seorang hamba-Mu yang bisa meraikan,
Yang bisa memanfaatkan malam anugerah akhir ramadhan,
Dengan beramal sholeh sepuasnya,
Tanpa menginginkan ganjaran,
Sebaliknya mahukan keampunan,
Kecintaan dan keredhaan dari-Mu Tuhan,
Agar ketakwaan menjadi kenyataan.
Wahai Tuhan yang Maha memperkenankan doa, perkenankanlah!. Ameen!



23 Ramadhan 1432 H,
Hari terakhir Asyraf di Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails