Tuesday, May 22, 2012

Selamat Bertambah Usia Buat Srikandiku 'Qurratul Ain'

Alhamdulillah. Zuyin semakin membesar dan usianya sudah genap dua tahun (23.05.2012)

Mari Kita Ucapkan Selamat Hari Jadi Buatnya !

" Selamat Bertambah Usia....
Selamat Bertambah Usia....
Selamat Bertambah Usia Qurratul Ain...
Selamat Bertambah Usia .... "

" Selamat Bertambah Usia ....
Selamat Bertambah Usia ....
Selamat Bertambah Usia Zuyin...
Selamat Bertambah Usia ...."

" Semoga Panjang Umur....
Semoga Bertambah Sholehah...
Membesar Dengan Keimanan...
Dan Kasih Sayang Tuhan..."


( Zuyin Di Halaman Imarah Walidain Hayyul Asyir Mesir)
" Cepat Membesar Dengan Rahmat Ilahi Ya Nak ! " (",)

" Abi Dan Umi Sentiasa Menyayangi 'Qurratul Ain'
Dan Akan Sentiasa Mendidik 'Zuyin' Dengan Kasih Dan Sayang Ilahi Biiznillah !!! " (",)


( Tuhan Punya Ketentuan )

Teringat masa dia baru dilahirkan,
Masa tu musim imtihan peperiksaan,
Ujian syafawi al-Quran,
Dan madah Tauhid keTuhanan,

Sudah lumrah ciptaan Tuhan,
Setiap yang berlaku hikmahnya tersimpan,
Juga dikatakan sudah tercatat dalam ketentuan,
Tiada siapa yang boleh menafikan,

Kuharap hikmahnya ada keberkatan,
Dan moga ia terdidik menjunjung al-Quran,
Serta memiliki sifat kehambaan,
Agar hidupnya penuh panduan kejayaan,

Tahun 2012 ini dia menyambut ulang tahun,
Juga fatrah imtihan sedang berjalan,
Sudah begitu lumrah Tuhan,
Yang berkehendak menentukan perancangan, 

Sebenarnya sudah terjadilah kehendak Tuhan,
Dan Tuhan tidak sesekali mengecewakan,
Bahkan senantiasa menyayangi insan,
Yang Sabar dan tawakkal serta redha dengan ketentuan Tuhan.




" Zuyin dah tak sabar dengan tarikh 19.6.2012 ni, hanya tinggal berapa hari sahaja lagi !!!

Apa khabar orang kampong? Tunggu kepulangan Zuyin ya !!! Zuyin nak raikan ibadah ramadhan dan syawal bersama-sama InsyaAllah !!! Dan jangan lupa doakan zuyin selalu, Amin !!! (",)


No comments:

Related Posts with Thumbnails