" Bismillah Wa Sholawatu Ala Rasulillah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Wa Man Tabiahum Bi Ihsan Ila Yaumid Din "
Alhamdulillah atas nikmat anugerah Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya, segala nikmat yang banyak mencurah-curah tiada boleh dihitung dengan kira-kira. " Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tida boleh menghitungnya "
Alhamdulillah kita sudah berpuasa dan menjalani ibadah syahrul Ramadhan yang hari ke 6 , semoga ibadah yang kita lakukan selama hari ini dan yang akan datang diterima Allah s.w.t.
Apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua ialah di Mesir ini ada yang melaksanakan sholat teraweh sebanyak 8 rakaat dan ada yang 20 rakaat, setiap diantara 8 dan 20 rakaat tersebut mereka mengisikan dengan tazkirah ramadhan sebagai pengisian yang bisa melembutkan hati yang kian usang dari mengingati Tuhan dan tujuan-tujuan puasa diwajibkan.
Taraweh di Mesir dan di Malaysia tidak ada jauh bezanya, hampir sama tetapi berbeza dari segi meraikannya (layaklah sebab Mesir ramai umat Islam dan mereka mengamalkan tata cara hidup Islam), walaubagaimanapun masing-masing ada kelebihan yang Allah kurniakan di setiap tempat terpasak bumiNya, walaupun di Negara yang kita menganggap miskin sekalipun tetap ada karunia yang Allah berikan.
Jadi Orang Mesir ni mereka sangat meraikan ibadah puasa ramadhan dengan banyak cara diantaranya :
- Mereka menyediakan tempat khemah makanan percuma yang dinamakan ' Maidah Ar-Rahman '. Sesiapapun boleh berbuka puasa di tempat ini.
- Mereka meraikan bulan ramadhan seperti menyambut hari raya perayaan di malaysia, segala lampu kelip-kelip besar dan kecil mereka letakkan di hadapan rumah dan di jual di kedai-kedai serbaneka.
- Sesiapa yang sholat teraweh akan diberikan air sebotol dikala sedang menunaikan sholat teraweh tersebut. ( ini khusus di Masjid Al-Azhar ). Mungkin bagi anggapan mereka seseiapa yang sholat terawh akan berasa letih dan penat sedangkan teraweh adalah sholat yang beristirehah.
- Mereka sibuk membaca Al-Quran dan menjaga sholat di awal waktu mereka kerjakan.
- Dan banyak lagi, ini cuma sekadar ingin memberitahu kepada sahabat-sahabat di Malaysia yang bertanya bagaimana keadaan berpuasa di Mesir... tapi apa yang saya mahu khusukan di sini ialah tarawehku dan ziarah ulang alikku ke masjid Al-Azhar Asy-Syarif.
Perkenalanku Dengan Syeikh Asyraf Al-Azhari, Guru Talaqqi Al-Quran.
Semalam, selepas sholat teraweh di Masjid Azhar, saya bangkit untuk mendapatkan kedua-dua imam untuk bersalam, Alhamdulillah.
Ketika hendak keluar pintu dalam Masjid tiba-tiba ada insan meletakkan tangannya di bahuku, aku menolehnya, subhanallah .. ini adalah Syeikh Asyraf, aku ingatkan pelajar dari Malaysia atau teman-teman yang biasa bersama denganku... tak sangka yang memegang bahuku itu adalah Syeikh Asyraf Al-Azhari. ( Syeikh Asyraf Al-Azhari adalah guru tasmie' Al-Quran di Azhar Ini, ramai pelajar Malaysia bertalaqqi Quran bersama dengannya, dan sudah ramai yang mendapat sanad al-Quran darinya. Dan beliau juga bilal dan Imam di Masjid Al-Azhar, )
Beliau bertanya," anta min ainal bilad ? wa min ainal wilayah? jawabku min malizi, wilayah shobah."
Syeikh :" owh, Alhamdulillah... InsyaAllah ana usafir ila malizi... 20 Hb."
Saya : " Alhamdulillah sambil tersenyum...(",) tanyaku, buat apa di Malaysia ? imam fi hunak ? "
Syeikh jawab," La', durus."
" Durus Fin , Fi jamiah Islamiyyah ? la', fi Jamiah insaniyah wilayah qodah."
Alhamdulillah jawabku... kemudian beliau meneruskan pertanyaan, " ma ismak nta ? ana qomaruddin, n syeikh.. Syeikh Asyraf ?, beliau menjaab na'am..."
" Nta Kuliah Ea ? Ana jawab, Kuliah Usuluddin fi sanah Ula..."
Alhamdulillah tak sangka beliau boleh bersembang denganku seperti ini... Alhamdulillah, ini merupakan rahmat daripada Allah, kerna aku bisa mengenali para masyaikh Azhar dengan cara yang mudah seperti ini, Alhamdulillah syukur ya Allah.
Beliau bertanya lagi, sambil tangan beliau dan tanganku masih bersalaman tidak dilepaskan... beliau bertanya " anta takrif tholibil ilmi lazim talaqqi wa tasmi' ma'ie... huwa suhaidi, min wilayah shobah ? "
jawabku, " na'am ana arif, suhaidi huwa shodiqi... sambil tersenyum... "subhanallah, tak sangka suhaidi lazim bertalaqqi dengan syeikh sehingga namanya diingat dan di simpan dalam memory ingatan syeikh.
saya bertanya, " limaza ya Syeikh ? suhaidi huwa lazim talaqqi ma'ie.. Alhamdulillah."
Beliau melepaskan tangan saya, saya bersalam dengannya, dan ingin mencium tangannya, namun beliau menolak dan berkata Allahu Akbar, la' la'... aku tersenyum lantas beliau memberi salam, Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabku. Kami pun berpisah di sini.
Aku pun meneruskan perjalananku untuk pulang ke rumah dengan hati yang terasa indah dek merasakan rahmatnya Allah... Alhamdulillah.
" Ya Allah sungguh RahmatMu Mencurah-Curah Di Bulan Ramadhan Ini, Maka Kami Mohon KepadaMu Ya Tuhanku, Rahmatilah Kami, Sayangilah Kami, Dan Belas Kasihlah kepada Kami Agar Kami Termasuk Dikalangan HambaMu Yang Tenang Dan Tenteram Jiwanya Dengan Sebab Merasakan RahmatMu Yang Meluas... Perkenankanlah Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ameen Ya Rahman ! "
Hamba Ilahi : Kamarudin As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir, Bumi Barakah Para Nabi.
No comments:
Post a Comment