Sunday, August 22, 2010

Ziarah Maqam Cucu Cicit Nabiku Muhammad S.A.W (",)

Bismillahi Wal Hamdulillah Wa Syukrulillah Wa Ala Rasulillah Sholawatuhu a Alihi Wa Sohbihi Ajmain

Hari Ke Sebelas Ramadhan 1431

Alhamdulillah Syukur Ku panjatkan Kepada Tuhanku Yang Maha Rahman dan yeng mempermudahkan segala pekerjaan hamba-hambaNya yang dikehendakinya di dunia ini. 


Mula-mula sekali saya minta maaf kepada sahabat sebab lama tidak menerbitkan article terbaru, ini adalah disebabkan apa yang menjadik tanggungjawab utama saya datang ke bumi Mesir ini, selain tanggungjawabku sebagai suami kepada isteri dan sebagai ayah kepada puteri, aku juga adalah seorang pelajar di bumi mesir ini. Apapun saya akan cuba sedaya yang mampu menurut ketentuan Tuhanku agar bisa menyeimbangkan segala tindakakn kerja dan penulisan ilmu untuk dikongsi kepada sahbaat2.


Hari ini, aku, zaujah terlewat bangun sehingga tiada bersahur dan ketinggalan sholat shubuh secara berjamaah di Masjid, walaupun begitu ianya tidak mematahkan semangatku untuk terus mencari hikmah yang berlaku. Aku ajak zaujah untuk bersholat jamaah shubuh bersamaku di bilik sholatku, aku suruh zaujah membawa zuyyin serikandiku sekali untuk bersama-sama kami sehinggalah selesai sholat.


Selang beberapa minit (45) minit, aku ajak zaujah sembahyang sunat dhuha, sholat sunat taubat dan sholat hajat, Alhamdulillah kami melakukannya secara fardhiah bukan dalam jamaah. setelah itu aku mengambil Al-Quran, buka surah yaasin, baca, dan membaca maknanya agar aku memahami segala isi kandungan. aku juga memang sudah berazam setelah khatam Al-Quran aku akan teruskan amalan membaca terjemahan dan tafsir. 


  • Alhamdulillah dengan kekuatan yang Allah beri keazamanku untuk mengkhatamkan Quran selama 10 hari tercapai, syukur pada Allah.
  • Alhamdulilllah, semoga Allah mengampunkan dosaku dan zaujah serta ahli keluargaku... sudah lazim kalau aku tertinggal sholat di Masjid secara berjamaah maka aku akan sholat sunat taubat sebagai penebus kesalahan kealpaanku itu kepada Tuhanku yang tidak pernah alpa dan leka, sedang aku memiliki sifat itu.
  • Dan aku suka menghukum diriku sekiranya aku meninggalkan sholat berjamaah di Masjid maka aku akan sedekahkan wangku.. agar aku terhindar dari bala musibah yang bakal melanda padaku. Semoga semuanya ini aku lakukan kerana Tuhanku untuk menjaga hatiku agar tidak jauh dari pandanganNya dan tidak dislepatu noda hitam yang menggelaokan cahaya nur di dalamnya.


    Lebih kurang jam 9 pagi, aku pergi ke Bank HSBC semata-mata mahu mengeluarkan wang untuk perbelanjaan serta membayar broadband internet, Alhamdulillah ketika itu wang yang ada dalam bank adalah angka 2 tapi yang menjadi ajaibnya ia berubah menjadi 4.. subhanallah, syukur ku panjatkan kepada Tuhanku yang mengurniakan rezki kepada hambaNya dijalan yg tidak disangka-sangkanya,


    " Ya Allah ampunkanlah dosaku dan ya Allah luaskanlah untukku di dalam rumahku dan berilah berkat atas rezeki ku agar aku sentiasa bersyukur diatas segala nikmatmu dan redha atas segala ketentuanMu, ameen ya Rozzaq !!! "


    Setelah itu aku menuju ke pusat pembayaran internet namun kedai masih tutup, sebab terlalu awal lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.


    Kemidiannya aku terus menggerakkan motorku untuk pergi ke Masjid Al-Azhar, sampai di tepi masjid aku parking motor, kebetulan dihadapanku ada seorang makcik menjual surat khabar, aku beri salam, 


    ' Assalamualaikum, waalaikumsalam jawab makcik itu, saya tanya dia di Masjid Husin ada maqam ?

    haa, nta mimpi bertemu dengan saidina Husin ?

    Bukan, sambil tersenyum (",), di masjid tu ada maqamkan ? makcik itu jawab, iyya ada maqam Saidina Husin cucu Rasulullah s.a.w... '


    Kemudian makcik itu menyuruhku pergi sana, dan cium maqam tersebut... ( yang cium maqam ni adalah adat kebiasaan sesetangah orang Arab ) dan makcik itu menceritakan sejarahnya ketika berumur 29 tahun ketika menunaikan haji di Makkah serta dapat menziarahi Maqam Yang mulia Rasulullah s.a.w sambil mengeluarkan kata-kata yang lemah lembut rasa seronok ketika menziarahi maqam nabi kita Nabi Muhammad s.a.w, subhanallah.

    Masjid Saidina Husin
    Pada mulanya aku mahu ke Universiti Al-Azhar meninjau sahabat-sahabat kalau-kalau berada di sana menanti keputusan peperiksaan untuk Tahun pertama ini, tapi, bila aku melihat Masjid Husin aku teringat yang disitu ada maqam cucu Rasulullah s.a.w, maka aku bertanya makcik tu, benarka disitu maqamnya, sebab perkara ini khilaf dikalangan mereka, ada yang megatakan itu maqamnya dan ada yang mengatakan bukan, wallahualam, tapi dengar ceritanya pernah suatu ketika dulu Syeikhul Azhar pernah menyuruh orang untuk menggali kubur tersebut ternyata ketika mana digali beliau dapat melihat bahawa itu adalah maqam saidina Husin, mungkin melalui mimpi beliau, ana minta maaf tak ingat Siapa Syeikh itu, nanti kalau ana dah tahu ana beritahu kepada sahabat-sahabat ya... insyaAllah.

    Aku pun terus pergi ke Masjid husin, kulangkahkan kakiku dengan Bismillah dan selawat kepada Baginda s.a.w... Sampai di Masjid aku meletakkan seliparku di tempat simpanan kasut, aku ambil whudu', dan sholat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat, subhanallah, ketika aku memasuki masjid tersebut ramai hamba Allah yang beriktikaf dan tidur, mesti pahala mereka besar sebab beriktikaf di bulan ramadhan ini, moga Allah merahmati kalian semua.

    Maqam Saidina Husin Bin Saidina Ali Radhiallahu Anhu
    Setelah sholat tahiyyatul masjid, aku menuju kearah pintu gerbang maqam yang berada di dalam Masjid belakang mimbar khatib berkhutbah, sebelum masuk aku baca surah pembukaan Al-Fatihah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda s.a.w kerna insan yang bakal aku ziarah ialah ahli bait kesayangan baginda s.a.w yaitulah saidina Husin. Aku masuk dengan memberi salam setiap siapa yang aku temui di dalamnya, Subhanallah itulah ungkapan pertama yang ku ungkapkan sebelum yang lainnya, aku menghadap maqam tersebut selain beradab ketika menghadapnya. 

    Kemudian aku mengambil tempat duduk saff yang berada di di hadapan maqam tersebut, aku keluarkan tasbihku serta zikrullah sebaynyak-banyaknya dengan hati yang tenang dan lidah yang lembut dan sopan mengalun nama tuhanku ' Allah'. kemudia aku didatangi oleh seorang pakcik tua yang sudah berumur, semoga Allah memannagkan umurnya untuk sentiasa mencintai Nabi Muhammad s.a.w serta ahli bait Baginda s.a.w. Beliau mengambil tangan lengan kananku, ditulisnya kalimah ALLAH NUR MUHAMMAD dalam bahasa arab, beliau menulis dengan menggunakan minya atar (wangi) berwarna orange, aku biarkan sahaja beliau menulis sambil aku tersenyum melihat wajah dan caranya. Aku beri salam kepadanya Assalamualaikum ya Syeikh, Waalaikumsalam jawabnya, dia kata ini adalah cahaya Muhammad s.a.w dan bermula cahaya Muhammad adalah daripada Cahaya Allah s.w.t... aku tersenyum, mengucapkan syukran atas minyak atar itu. aku tidak memadam tulisan itu dan aku biarkan sahaja ia kering sediri dan meresap ke dalam urat-urat saraf ku.

    Kemudian aku keluarkan tafsir pimpinan AR-RAHMAN versi bahasa melayu yang sempat aku bawa dari Malaysia sebagai rujukan kepada Ayat suci Al-Quran. aku buka surah An-Naba, aku baca terjemahnya aku baca sehinggalah habis surah tersebut, aku niatkan moga dengan membaca terjemah ini aku dapat memahami isi kandungan Al-Quran serta dapat ilmu baru yang bisa aku amalakan untuk mendekatkan diriku kepada Tuhanku sebagai bekalan di yaumul Qiamah nanti. Alhamdulillah.

    Pakcik tu tanya, baca surah apa ? jawabku surah an-Naba (berita besar tentang hari kiamat), owh, jawab pakcik itu sambil menganggukkan kepalanya tanda suka...
    Kemudian dia beritahu kepadaku yang dia nak pergi ziarah Saidatina Fathimah An-Nabawiyyah BInti Saidina Husin (anak kepada saidina husin bin Saidina Ali radhiallahu anhu).

    ' Aku lantas bertanya dimana maqam itu, jauhkah dekat, kawsan sini kah, beliau menjawab, ya, dekat sahaja dan kawasan sini, kenapa ?

    saya mahu ikut, boleh saya ikut sekali,?

    jawabnya, boleh, mari kita pergi sekarang.. '

    kami pun terus berdiri dan meninggalkan masjid saidina Husin. sepanjang perjalanan beliau memberitahuku bahawa ada ramai maqam ahli bait Rasulullah s.a.w dan auliya' Allah di sekitar kawasan Al-Azhar ini. Alhamdulillah.. baguslah kalau macam tu, sejuk hatiku bolehlah aku menziarahi mereka. 


    Kami berjalan kaki, setiap perjalanan kami menuju ke maqam beliau memberitahu dan memperkenalkan setiap maqam yang kami lalui ikut jalan situ. ada 3 maqam yang sempat beliau kenalkan sebelum sampai ke maqam siti Fathimah An-Nabawiyyah ahli bait Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah dalam hatiku cukup seronok sebab dapat menziarahi maqam cucu cicit Rasulillah s,a.w...


    ( dalam hati, sebelum menziarai maqam Nabiku di Madinah Al-Munawwarah, eloklah kiranya aku menziarahi maqam cucu cicit baginda s.a.w, nanti senang aku nak jawab pertanyaan baginda s.a.w sekiranya baginda s.a. bertanya soalan , sudahkah engkau menziarahi maqam cucu cicitku yang berada di sekitar pengajianmu atau di tempat pemusafiranmu ? )


    Alhamdulillah, aku dan pakcik itu pun sampai di tempat tersebut.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. aku masuk masjid, bersalam dengan orang yang ada di sekitarnya, solat sunat tahiyyatul masjid di tepi maqam saidatina Fathimah Binti Saidina Husin... Alhamdulillah sehinggalah selesainya solat fardhu zohor di Masjid tersebut... Setelah itu barulah aku pulang ke Rumah dengan hati yang gembira dan badan yang terasa lemah hal keadaan berpuasa dan berjalan selama beberapa jam... memang meletihkan tapi untuk menundukkan nafsu agar taat [ada tuhannya maka dengan cara seperti inilah kita temui jawapannya.
    Maqam Saidatina Fthimah An-Nabawiyyah Binti Saidina Husin

    " Ya Allah Sungguh aku mencintaimu dan mencintai kekasihMu yaitu nabiku Muhammad s.a.w dan mencintai ahli bait baginda s.a.w... ya Allah, masakan orang yang mencintai seseorang itu tidak mencintai ahli keluarganya, maka amatlah menipu seseorang itu sekiranya ia mencintai suadaranya tapi tidak mencintai ahli keluarganya...ya Allah tanamkan lagi rasa cintaku padanya dan suburkanlah ia ya Allah, agar aku merasa tenang dan bahagia bila berselawat untuknya dan bertemu dengannya, ameen ya Allah ! "


    Hamba Ilahi : Kmaarduin Toyo As-Sabahi,
    Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
    Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
    Kaherah, Mesir Bumi Barakah Para Nabi

    No comments:

    Related Posts with Thumbnails