Tuesday, August 30, 2011

Ketemu Syeikhul Azhar, Hadiah Ramadhan Dari Yang Maha Esa.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam..

 
Malam 28 Ramadhan 1432 H.

Hari ni seperti biasa... seperti hal-hal yang sebelumnya. Aku bersiap untuk pergi ke Masjid untuk iktikaf dan qiamullail. Aku bergerak jam 12.30 tengah malam. Sampai Masjid aku solat tahiyatul Masjid 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat, kemudian aku ikut solat berjemaah bersama Imam Dr Syam yang sedang asyik mengimamkan solat berjemaah tahajud. Aku hanya ikut solat 2 rakaat sahaja, pastu aku cari tempat solat di ruangan masjid yang lain untuk sambung solatku dan berdua-duan kepada Tuhanku. Selepas itu aku keluarkan buku kajang untuk menulis apa yang ku ingini. Sehinggalah jam 2.45 aku pulang ke rumah untuk sahur bersama zaujah. Waktu shuboh jam 3.50 pagi, sebelum masuknya waktu aku buat apa yang sepatutnya pada masa itu untuk bersiap dan bersedia dengannya.

Pelikkan???

Kalam ini yang ku tulis pada malam itu:

"Kenapa manusia malu untuk mengatakan cinta kepada Allah dan Rasulnya, tapi tidak malu mengatakan cinta 'i love you' dan 'i miss u' kepada bukan kekasih halalnya, Sedangkan Dia yang layak dan wajib untuk dicintai. Pelikkan...?"

"Bila ada hamba Allah yang mengatakan pada Tuhannya, "Ya Allah, tanpa-Mu aku tidak tenang, jiwaku resah dan gelisah, terdengarlah di sana ada suara yang mentafsir sembarangan, menunjuk alim, riak dan sebagainya lagi tafsiran. namun bila dengan kekasih bukan halalnya, boleh pula dia katakan, "wahai sayangku, tanpu-Mu aku tidak tidur lena, mandiku tak basah, makanku tak kenyang dan segala... pelikkan...?"

"Bila ada hamba Allah yang dapat khatam Quran sekali, dua kali atau bebrapa kali kemudian diberitahunya kawannya, di sana pasti ada suara mengatakan "tak payah menunjuk-nunjuk", riak, dan macam-macam lagi tuduhan... Tapi bila ada orang baca novel dan diberitahunya kawannya, boleh pula dia dengan bangganya mengatakan, "alaa... novel tu aku dah sepuluh kali khatam dah.." hmmm.. pelikkan??? kumbang, kumbang bilalah kau nak terbang?."


Malam 29 Ramadhan 1432 H.


Alhamdulillah malam ni aku bersiap awal untuk pergi Masjid solat tarawih. Aku memang sudah berjanji kepada zaujah dan zuyyin yang mana aku akan bawa mereka solat tarawih di masjid Azhar. 

"Din, nanti bawalah zuyyin solat tarawih di Masjid Azhar, banyak kanak-kanak di sini, tempat kanak-kanak bermain pun ada dekat belakang solat wanita." Pelawaan sahabatku Syafie waktu aku khatam quran di Masjid Azhar 6 ramadhan pertama. 

Jawabku,"InsyaAllah, memang ada azam nak bawa, mungkin akhir ramadhan."

Aku, zaujah dan zuyyin dah pun bersiap.

"Sayang, jangan lupa baca doa keluar rumah!" pesanku pada zaujah semasa keluar dari rumah.

"Insya'Allah bang."


Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Cantik.



Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Tersergam

Aku ambil motor zaujah dan zuyyin juga bersamaku. Kemudian aku meneruskan perjalanan sambil membaca doa naik kenderaan, sepanjang perjalanan aku hanya berzikir memuji Tuhanku agar setiap perjalananku dirahmati dan dilindungi-Nya. Dengan begitu aku rasa yakin dan memiliki kekuatan yang memuaskan.


Jalan 'za'mah' ( sesak ) dihadapan, kereta memenuhi jalan raya, trafik dan sebahagian anak-anak muda memakai pakaian berwarna merah dan memegang tangkai lampu mengawal sesakan lalu lintas. Aku beritahu zaujah, jalan sini memang tiap malam seperti ini, sebab di hadapan sana ada sebuah Masjid yang mana masjid itu setiap malam dipenuhi jemaah Arab mahupun 'wafidin'. Dalam masjid itu penuh jemaah, dalam Masjid itu pun sesak dengan hamba-hamba Allah tak kira yang muslimin mahupun muslimat. Di dalam Masjid itu juga ada 'aircond', LCD, manakala solat tarawih di situ ada siaran langsung dari sebuah syarikat televisyen.

Alhamdulillah aku baru 2 kali memasuki masjid ini, tak puas dan nak masuk lagi suatu hati nanti, insyaAllah. Masjid yang besar dan tersergam indah dan mewah, aku lihat kebanyakan yang datang ke Masjid itu adalah mereka-mereka yang kaya dan golongan berada.

"Sayang, cantikkan masjid ni."

"Subhanallah, cantiknya..." zaujah terpegun dengan kecantikan masjid tu.


Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim

"Nak solat sini ka?" aku tanya zaujah. "Erm... tak yah kot, kita solat di Masjid Azhar saja." jawab zaujah.

Aku sudah memberhentikan motorku, bila zaujah kata begitu, aku pun senang hati dan aku teruskan perjalananku, dalam hati aku berbisik, Tentu ada hikmahnya, kami sudah berazam dan janjiku pada zaujah bahawa tujuan kami adalah untuk ke Masjid Azhar, bukan Masjid ini. Dalam hati aku memuji zaujah, sebab zaujah tidak terpanah dengan kecantikan sesuatu demi melaksanakan azam yang sudah lama terbuku. Subhanallah!!!


Kerana Sedekah.

Sampai masjid Azhar aku parking motorku di belakang pintu masuk masjid Azhar. Kemudian aku bawa zaujah masuk ke dalamnya melalui jalan hadapan, sebab pintu belakang itu hanya laluan masuk untuk lelaki sahaja.

"Sayang masuk ikut sini!, tu ada ramai ibu-ibu bersama anak-anak mereka..."

Serikandiku Zuyyin Di Masjid Azhar

Aku lihat Zuyyin sedang lena... tertidur sepanjang perjalanan. Aku pesan kepada zaujah agar baringkan zuyyin di tempat yang elok biar dia lena dalam keadaan yang membahagiankannya. Kemudian aku beri salam pada zaujah.

Aku mulakan langkahku memasuki gerbang pintu Masjid Azhar... Bismillah!... aku buka selipar, aku pegang dan aku letakkan di tempat yang disediakan khas untuk selipar tapi dengan berbayar, tak kisah berapa pun nak bayar... selalunya aku beri satu l.e ( 50 sen Malaysia ). Aku sengaja meletakkannya di tempat itu kerana aku ingin bersedekah dengan cara itu, walaupun sebenarnya boleh membawa masuk selipar ke dalam masjid, kerna dalam masjid juga ada disediakan tempat khas yang 'free' tanpa perlu berbayar.

Ada apa ni...? lampu terang ada segala... aku teruskan saja perjalananku untuk memasukinya... Aku pilih tempat solat bahagian dalam. Imam dan jemaah lain sudah memulakan solat mereka, aku cepat-cepat mendapatkan jamaah bersama mereka, aku letak beg dihadapanku kerna ruangan hadapanku begitu luas.

Selesai solat... Bacaan Imam terlalu cepat dan surah-surah yang dibacakan adalah surah-surah lazim juzuk amma tidak seperti sebelum ini yang mana Imam membaca ikut urutan Quran sejuzuk setiap malam. Dalam fikiranku, oh.. mungkin 2 hari lepas dah khatam Quran, jadi mereka hanya baca yang pendek-pendek sahaja..


Bilal Syeikh Asyraf ( Guru Talaqqi al-Quran )


Allahumma shalli ala Muhammad.... Qiam.. asabakumullah!!!

Bilal berselawat memuji Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan mengajak jamaah bersolat tarawih. Suara bilal macam ini aku kenali, tentu suara Syeikh Asyraf ( Guru Talaqqi al-Quran ).

Dalam keasyikan melaksanakan solat.. kedengaran suara berteriakan, memecahkan suasanan aman dek kerana suaranya yang kuat lagi mengeraskan.. ada apa ini dalam benakku?

Aku memandang ke arah kanan, ku lihat di sana ada seorang tua arab sedang marah... entah dia marah siapa, dan kenapa dia marah. Seperti orang yang bergaduh halnya.

Dalam fikiranku,"Kalau dalam masjid ini mereka boleh meninggikan suara seperti itu, bagaimana pula keadaannya bila di luar masjid?" Bicara hatiku. Aku lantas menegur hatiku agar menjaganya dari mengatakan manusia lain, terus aku mendoakan moga Allah beri hidayah pada pakcik tua itu.

Imam teruskan saja solatnya... sampailah habis tarawih, disambungnya 3 rakaat solat sunat witir, dan di akhir itu Imam membaca doa qunut yang hanya beberapa minit, aku dengar suara Imam itu tersekat-sekat kerana menangis... Subhanallah!!!


Di Sinilah Bermula Pertemuannya, Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari, Aku Mencium Tangannya.

Selesai solat... jamaah Arab maju ke depan mimbar Imam... ada apa ini dalam hati ku yang penuh dengan persoalan? Oh, mungkin mereka mahu bersalaman dengan Imam. Aku tidak puas hati... aku pun berdiri untuk memastikan apa sebenarnya yang mereka lakukan sehingga berkeadaan riuh dan menyeronokkan, siap membawa kamera dan telefon bimbit untuk dirakamkan dalam memori simpanan.

Aku maju ke depan sedikit.. Allah.. aku lihat dari jauh susuk tubuh dan wajahnya... Subhanallah!!! ini Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari. Aku terus maju ke hadapan dengan hasrat boleh melihatnya secara dekat dan jelas, namun payah... pengawal-pengawal yang menjaganya tidak membenarkan sesiapa pun dekat dengannya. Walaupun begitu, peminat-peminat kepada Syeikhul Azhar ini terus cuba mendapatkan Syeikh.. riuh keadaan... semua jamaah datang, satu demi satu sehinggalah nampak ramai berkerumun di sekeliling Syeikh. Namun pengawal tetap saja menghalang, takut kalau-kalau ada yang bisa mencederakannya. Subhanallah!!!

Aku terlihat sahabatku Syafie... aku mendatanginya... dan dia juga perasan yang aku ada, dia datang dengan wajah yang mengembirakan sambil mengukir senyuman lantas berkata, "Din, nta dapat salam tak?" Aku jawab tak dapat sebab payah orang arab ramai, besar-besar plak tu, dia tolak ja kita... huhu.

"Alhamdulillah, ana dah dapat salam dengan Syeikh." .. bestnya, bertuah!... aku memuji tindakannya.

Aku sabar.. hanya mampu melihat keadaan yang berlaku sahaja. Kemudian Syeikh masuk ke dalam bilik Imam... sepanjang perjalanannya hendak menuju ke bilik itu mengambil masa yang lama, ekoran terlalu ramai orang arab mendampinginya.. aku lihat ramai juga penuntut ilmu lain dari luar negara cuba mengambil kesempatan untuk bersalam dengannya.

Pintunya di kawal ketat. siapapun tidak boleh memasukinya tanpa kebenaran pengawal di situ. Kemudian seorang pengawal yang juga polis mengarahkan kepada semua, "siapa yang mahu bersalam dengan Syeikh, hendaklah berbaris dan mengikuti urutan." Semua mulakan barisan dan mengikut arahan. Barisan yang begitu panjang, Alhamdulillah aku dapat barisan yang kesebelasan.. rasa berdebar dan tak sabar... aku tumpukan fikiran dan hatiku kepada Allah, ku menyebut nama-Nya sebanyak-banyaknya.

"Ya Allah... aku hina dan dhaif ya Allah, tapi aku ingin berjumpa dengan insan mulia ini, mudahkan ya Allah!... Hasbiyallahu wa nikmal wakil.. Wa la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil azhim."

"Aku dengan rendah diri bersalam dengan Insan Mulia Mutiara Azhari,
Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari Hafizahullahu Taala."

"Haah!.. nta... udkhul!!!..." pengawal itu menyuruhku masuk. sebab giliranku sudah sampai. Aku ucap 'syukran' padanya.. Allah.. tak sabar mahu bersalam dan berjumpa dengannya. Terrima kasih Ya Allah!!!

"Syanthoh, iftah...!!!" pengawal itu mengarahkan agar aku membuka beg yang ku galaskan di belakangku. Perlahan-lahan aku membukanya. Pengawal itu ambil begku kemudian dia simpan di tepi dinding.

Aku terus menuju Syeikhul Azhar yang sedang duduk berbincang bersama para masyaikh yang lain. Aku pasang niat sungguh-sungguh agar tindakanku dan perilakuku bisa beradab dihadapannya, supaya aku mendapat sedikit barakah daripada Allah asbab bersalam dengannya.

"Assalamualaikum ya Syeikh!" Aku mulakan salam.

"Waalaikumsalam..." jawab Syeikh. aku hulurkan tanganku dengan rendah diri di hapadan Ulama' besar dan tersohor ini... aku cium tangannya, dia juga membenarkannya dan ikhlas menghulurkan tangannya padaku. Allah.... rasa teruja dan bersyukur.

Dengan nada yang sopan dan rendah diri, aku ajak Syeikh Azhari bergambar bersamaku, sementara 'enset'ku, aku beri kepada pengawal, aku minta agar mengambil gambarku dengan Syeikh, Syeikh memerhatikan tindakanku yang dua kali bersalaman padanya. Mula-mula ketika masuk, kedua ketika bergambar... begitulah... bukan qudratku, tapi ketentuan Allah yang mentakdirkannya buatku. Bila aku melihat gambar yang diambil oleh pengawal itu, aku ucap subhanallah!!! indahnya... pasti ada hikmahnya, serah pada yang Maha Hikmah lagi Maha bijaksana menilai dan menentukannya apakah hikmah disebaliknya.

Kemudian aku keluar dari bilik Imam itu, aku ucap terima kasih kepada pengawal-pengawal kerana membenarkanku masuk ke dalamnya. Dan aku berdoa semoga Allah membalas kebaikan mereka.

Aku pergi sebelah belakang hamba-hamba Allah yang sedang bersembahyang. Berdekatan dengan pintu masuk dalam Masjid, aku sujud syukur... menandakan terima kasihnya aku pada Tuhanku kerana mempertemukan aku dengan insan mulia ini.


"Ya Allah... aku bersyukur pada-Mu atas nikmat-Mu ini, Golongankanlah aku dalam kalangan hamba-Mu yang bersyukur." ameen!


Aku lakarkan apa yang berlaku melalui kertas kajangku.


Aku bersandar di dinding masjid berdekatan pintu masuk masjid. Aku keluarkan kertas kajang yang ku bawa dalam begku, aku mula dengan bismillah.. kemudian aku tulis apa yang berlaku pada diriku harini.


Sahabatku datang... syafie... ku lihatkan padanya gambarku dengan Syeikh Azhari, kuceritakan kegembiraanku, keterujaanku padanya.. lantas dia pergi dan mengajak teman-temannya untuk berjumpa dengan Syeikh sekaligus bergambar dengannya. Alhamdulillah... dia sempat... dia juga terpilih untuk masuk ke dalam bilik imam sementara Syeikh sudah berdiri dari tempat duduknya, mahu berangkat ke tempat seterusnya, yakni untuk berangkat pulang.

Alhamdulillah dia sempat namun teman-temannya tidak berkesempatan bergambar dengan Syeikh Azhar itu. Begitulah.. ini semua pilihan Allah, bukan semua bisa menemui dan bergambar dengannya, sebab payah mahu berjumpa, melainkan ada majlis khusus yang melibatkannya.

"Bertemu dalam majlis yang dirancang tidak sama dengan pertemuan yang tidak dirancang, nikmatnya berbeza.. Ya Allah.. Engkau sebaik perancang dan Maha mempertemukan. Maha Suci Engkau Ya Allah.. Rancanglah sesuatu yang baik dihadapanku dan masa depanku, agar dengan perancangan itu aku bisa sujud dan mengagungkan kebesaran-Mu." Ameen!.



Sahabatku Syafie sebelah kanan Syeikh
bergambar bersama Syeikh Ahmad Tayyib Al-Azhari Hafizahullah Taala.


Aku lihat Syeikh keluar dari bilik ditemani pengawal-pengawal, tika dia dekat dengan pintu keluar berdekatan tempat yang aku duduk... aku melihat susok tubuhnya, berjalan dengan tawadhu' dan pandangan yang tunduk ke bawah.. ku perhatikan bibirnya yang seolah-olah membaca sesuatu.. bergerak-gerak... Subhanallah!.. mungkin itu zikirnya agar ingat pada Allah dan melindunginya disetiap perjalanannya. Subhanallah!... Allah itulah penyelamat, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pimpinan. Bisikan hatiku,"Moga Allah merahmati Syeikh dan melindunginya disetiap perjalanannya."

"Ya Allah, terima kasih atas ketentuan-Mu ini... aku merasakan ini adalah hadiah ramadhan dari-Mu buatku. Maha Suci Engkau Ya Allah, Semoga aku tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang selalu mengingati-Mu dan mencintai para alim-Ulama' pewaris Nabi-Mu!" ameen Ya Allah!.


"Ya Allah, semoga pertemuan ini, pertemuan yang Engkau berkati lagu Engkau redhai Ya Ilahi.. ameeen!!!"



Syeikh Asyraf Al-Hafiz Al-Azhari bertanya khabar dalam bahasa 'Melayu'.


 Sebelum pulang... aku sempat bertemu dan bergambar dengan Syeikh Asyraf al-Azhari...

"Assalamualaikum ya Syeikh Asyraf!"

Waalaikumsalam jawabnya. Kemudian Syeikh bertanya khabar dalam bahasa melayu.

"Apa khabar?"

Sambil tersenyum aku menjawab pertanyaannya.. Alhamdulillah baik!.

Syeikh sebenarnya baru pulang dari Malaysia... Aku bertanya pada Syeikh, "Kaifa Tok Guru Nik Aziz?


"Tok Guru Nik Aziz khoir." jawab Syeikh.

Bergambar Bersama Syeikh Asyraf Al-Hafiz Al-Azhari @ Masjid Azhar

Terus Syeikh memberitahu yang dia baru saja balik dari Malaysia, dan dia kata "ana pergi ke kelantan, khemah bazar ramadhan." ... Aku juga sebenarnya maaruf tentang itu sebab aku ada terbaca dalam status kawan-kawan di FB tentang jadual kuliah Syeikh di Malaysia.

Kemudian aku ajak Syeikh bergambar bersamaku dengan sahabatku ust Najmuddin al-hafiz yang ku kenali sewaktu IKBN tahun 2009 sebelum bertolak ke Mesir dulu, Dan bersama  3 orang rakannya yang kesemuanya anak negeri kelantan... mereka sembang dengan Syeikh tentang kelantan dengan gembiranya.

"Ya Allah.. aku mohon redha-Mu dan Syurgamu, Jauhilah aku dari kemurkaan dan api neraka-Mu, Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Menyukai Keampunan, Maka Aku Mohon Pada-Mu Ampunkalah Segala Dosa-dosaku... ameen ya Robbal Alamin, Wal Hamdulillahi Robbil Alamin!!!"


"Ya Allah.. jadikanlah aku diantara hamba-hamba-Mu yang mencintai alim Ulama' Al-Amilin-Mu... dan pertemukanlah aku lagi dengan insan-insan yang Engkau muliakan di atas muka bumi ini dengan sebab ilmu yang Engkau anugerahkan pada mereka.. dan jauhilah aku dari mereka yang membenci kepada alim Ulama'Mu, dan semoga Engkau beri hidayah kepada Mereka itu, agar mereka bisa menghormati Insan-insan berilmu, sepertimana mereka juga ingin dimuliakan dan dihormati oleh orang lain dari kalangan hamba-Mu!" ameen Ya Allah Birahmatika Ya Arhamarrahimin.. ameen!!!



(Terbitan 1 Syawal, Kerna Nak bt ucapan Raya awal)

29 Ramadhan 1432 Hijrah,
Masjid al-Azhar Asy-Syarif,
Housien, Kaherah Mesir.

Pagi Syawal Nan Damai...














Pagi Syawal Nan Damai... (",)

Di pagi syawal nan damai...
Aku dan zaujah bangun di awal shuboh,
Zuyyin masih lena di atas tilam,
"Bang, bangun!!!.. jam 3 pagi."
Allah... aku memuji-Mu ya Allah,
Terima kasih... ku akan bergegas menuju-Mu,
Air... kusucikan diri,
Ku Basuh sempurna,
Perlahan-lahan ku sapu,
Supaya dosa-dosaku jatuh,
Supaya diriku bersuluh.
Ya Allah... aku berdoa pada-Mu,
Jadikan diriku hamba-Mu,
Hamba-Mu yang sholeh,
Hamba-Mu yang pemalu.
2 rakaat.. ku sujud dihadapan-Mu,
Tawajuh sungguh-sungguh,
Berlinangan air mataku,
Merindui Bulan suci-Mu,
Melambai... sesekali mengajakku.

Ya Allah... aku hamba-Mu,
Hinanya aku, Faqirnya aku,
Engkau... Mulia di hatiku,
Mulia di segenap penjuruku,
Zahir juga batinku,Harapanku, jangan biarkan aku,
Jangan kecewakan aku,
Aku mahu mekar dalam cinta-Mu.
Azan... Allahu Akbar!!!
Mendayu, memanggilku,
Memujimu di bibirku,
'Engkau Maha Agung',
'Engkau Maha Besar',
Tiada Tuhan Selain-Mu,
Rasulullah, Nabiku Hamba-Mu kekasih-Mu.
Sebelum menyahut seruanmu,
Ku cium pipi serikandiku,

Dalam hatiku berdoa pada-Mu,
Jadikan serikandiku penyejuk hatiku,

Penawar buat keluargaku dan agama-Mu,
Sirami hatinya dengan kasih sayang-Mu,
Melangkahnya kakiku dengan izin-Mu,

Setiap laluan ku menyebut Asma'-Mu,
Damai... seperti angin bayu di tepian pantai,


Solat shuboh... usai.. takbir bergema...
Aku menundukkan pandanganku,
Sebak dan rasa sayu...
Meskipun suara itu keras bak batu,
Bila terdengar Asma'Mu di besarkan,
Hatiku rasa terkesan.
 
Bersiap... sampai di medan syiar kemenangan,
Hamba-hamba-Mu mainkan pujian,
Syukur Ya Allah... aku tiba-tiba rasa gembira...
Rahmat-Mu terasa di jawarihku...
Moga kemenangan ini, kemenangn yang engkau redhai..
Sebelum bertemu-Mu di di tempat yang kekal abadi.. (",)

 

Sajak: Pagi Syawal Nan Damai!
Nukilan... Hamba Ilahi! (",)

1 Syawal 1432 Hijrah,
Hayyu Asyir, Cairo.

Monday, August 29, 2011

Syawal 1432 Hijrah.

'Syawal 1432 Hijrah'


"Semoga Syawal Ini Memancarkan Kebahagiaan Buat Kita Semua,
Merdeka Dari Sifat Mazmumah, Menjadi Hamba Yang Bertakwa."

"Selamat Hari Raya Kami Ucapkan Untuk Semua,
Andai Ada Silap Dan Salah Kemaafan Kalian Yang Di pinta."



" Cahaya Bintang Berkelipan Cahaya Bulan Menerangkan,
Tanamkan Sifat Cintakan Tuhan, Hidup Bahagia Diredhai Tuhan."

"Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Nabi Mulia Di Akhir Zaman,
Darinya Wujud Bulan Ramadhan Darinya Syawal Kita Raikan."

"Syukuri Nikmat Anugerah Tuhan Nikmat Islam Dan Nikmat Iman,
Amalkanlah Ia Dalam Kehidupan Kelak Syurga Sebagai Ganjaran."

"Hiduplah Bermaaf-Maafan Menyambung Tali Persaudaraan,
 Hidup Akan Senang Rezeki Melimpah Tuhan Berikan."

"Salah Silap Kelakuan Terkasar Bahasa Ucapan Dan Penulisan,
Ampun Maaf Ku Pohonkan Moga Dirahmati Allah Saya Doakan."

"Sahabat-Sahabat Dan Taulan Ayah Ibu Kita Muliakan,
Muslimin Muslimat Kita Doakan Moga Hidup Dalam Keredhaan."

"Anak-Anak Balik Kampung Halaman Kami Pula Masih Diperantauan,
Doakan Kami Mendapat Kejayaan Pulang Nanti Bawa Sinar Harapan."

"Selamat Hari Raya Dari Saya Zaujah Dan Zuyyin Ucapkan,
Semoga Ukhuwah Dan Silaturrahim Kita Semua Berpanjangan"

"Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Dan Penyayang,
Rahmatilah Kami Pada Hari Kemenangan Yang Kau Janjikan." 



Di Kesempatan Ini Kami Sekeluarga ( Abi Zuyyin, Ummi Zuyyin Dan Qurratul Ain @ Zuyyin Al-Kausar ) Memohon Kemaafan Diatas Keyetlanjuran, Terkasar Bahasa, Terselit Kekhilafan, Dan Apa Sahaja Jenis Kesalahan, Mohon Dimaafkan Agar Syawal Yang Kita Rai Tahun Ini Benar-Benar Beerti Yang Kita Kembali Kepada Fitrah Yang Murni ( Ad-Dien ) Dan Beroleh Kegembiraan Serta Kejayaan ( Al-Faizien ) Yang Sebenarnya, Semoga Ramadhan Yang Bakal Pergi Kita Temui Lagi Di Tahun Hadapan, InsyaAllah, Ameen Ya Salam !!!

Kami Juga Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri Kepada Semua Keluarga Di Malaysia, Terutamanya Di Sabah & Pulau Pinang, Mama Dan Kelurga Di Tawau, Mak Ayah & Keluarga Di Pulau Pinang, Keluarga Angkat Dan Mak2 Angkat Serta Sahabat-Sahabat Di Malaysia Dan Mesir Dan Kepada Semua Sahabat-Sahabat FB, Dan Kepada Semua Dan Siapa Sahaja Yang Mengenali Kami.

Semoga Amal Ibadah Kita Sepanjang Ramadhan Diterima Allah, Kerna Dialah Allah Yang Menghadiahkan Ramadhan Untuk Kita Mudah Beramal PadaNya... Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Jami'an !!! (",)

Sekali Lagi Kami Ucapkan Salam Lebaran Dan Salam Kasih Sayang Yang Tidak Terhingga Buat Anda Semua, Semoga Syawal Tahun Ini Lebih Bererti Dan Dimanfaatkan Sebaik-Baiknya, Agar Kehidupan Kita Bertambah Ceria Dan Diberkati Tuhan Robbul Izzati, Ameen Ya Ilahi !!! (",)


Tulus Ikhlas Dari Saya: Kamarudin Toyo (",)
Hayyu Asyir Madinatun Nasr Cairo Mesir.
Malam Raya 29 Ramadhan 1432 Hijrah.

Saturday, August 27, 2011

Malam 27 Ramadhan, Hembusan Ketenangan.

 Malam 27 Ramadhan.


Ada Hikmahnya.

"Din, malam ni ada khatam Quran di Masjid al-Azhar, nak pergi tak?" sahabatku syafie' kemboja 'call' dan memberitahu yang di Masjid azhar malam ini ada khatam Quran. Aku jawab insya'Allah jika dikehendaki Allah aku akan pergi.

Aku teringat yang malam ni juga di Masjid As-Salam imam akan mengkhatamkan Quran. Dan sudah tentu malam ni doa khatam Quran akan dibacakan imam dengan panjang.

Aku tanya zaujah, "Sayang, nak ikut malam ni pergi Masjid azhar?"

"erm, boleh juga". Jawab zaujah yang memang teringin sangat nak ikut.

"Kalau macam tu kita bersiap awal ya!"

"Ok. Zuyyin nak kasi pakai baju warna apa?" tanya zaujah.

"Warna putih dan tudung putih sebab kita nak pergi Masjid."

Aku, zaujah dan Zuyyin bersiap, tak perasan yang jam dah dekat nak azan Isya'... aku ambil motor, zaujah dan zuyin pun ikut bersamaku, baru beberapa minit, kalimah agung di besarkan kedengaran di corong masjid-masjid.

 Allahu Akbar! Allahu Akbar!... azan berkumandang.

"Sayang, azan isya' dah. Tak sempat kita pergi, macam mana?"

Zaujah tersenyum ja...

"Ya Allah, setiap apa yang engkau takdirkan pasti ada hikmahnya kan... aku redha ya Allah, perlihatkanlah aku akan hikmah disebalik malam 27 ramadhan ini!"



Solat Di Masjid As-Salam.


"Sayang, kita solat di Masjid berdekatan sini ja la ya!" zaujah kata "mana-mana ja."

Aku terus bawa motorku... aku bawa Zaujah dan Zuyyin ke Masjid As-Salam.

"Sayang pergi tempat solat muslimat ya..!tu.. di sebelah sana.." ok. Kalau zuyyin menangis, sayang tak payahlah solat, jaga dia jak, solat di rumah ja nanti, dan kalau ada apapa call ja abang!"

Sebelum tu juga aku sempat mencium pipi serikandiku zuyyin dan berbicara dengannya...

"zuyyin ikut ummi ya, solat bersama dengan ummi!." dia tersenyum seolah-olah tahu.

 


Masjid As-Salam. ( Dikenali dengan Masjid Aqsa, Sebab Bentuknya Seakan Masjid Aqsa' )
  
Masjid As-Salam


Imam Persis Bacaan Imam Makah ( Syeikh Abdur Rahman As-sudais )

 
Aku masuk masjid. Aku lihat ramai hamba-hamba Allah yang sudah mengambil tempat saff'nya...

Subhanallah, Masjid ini dipenuhi dengan mereka yang beriktikaf di sepuluh akhir ramadhan..

Aku solat sunat tahiyyatul masid 2 rakaat..

"Safff...!!!"

Imam menyuruh untuk memperbetulkan saff. Aku pun mencari-cari mana saf yang kosong agar aku bisa memenuhinya dan menyempurnakan saff yang sedia ada. supaya pahala berjamaah bisa diperolehi bersama-sama jemaah lain.

Imam memulakan bacaannya... Subhanallah.. aku terpegun dengan bacaannya, sedapnya.. suaranya persis Imam Abd Rahman as-Sudais ( Imam Majid Makkah Al-Mukarramah ).

Aku hayati setiap bait bacaannya, aku tadabbur sungguh-sungguh, agar aku bisa khusyuk.


Hati kecilku berbisik: "Ya Allah.. aku cemburu dengan hamba-Mu yang Engkau berikan kelebihan pandai membaca Quran, suaranya yang sedap dan lunak... mereka mulia Ya Allah... aku dapat rasakan insan ahli syurga adalah seperti mereka... sedang aku.... aku mohon pada-Mu ya Allah, kelebihan apakah yang Kau anugerahkah padaku yang dengan kelebihan itu aku dapat menyamai kelebihan mereka.


Semua hamba-Mu ada kelebihan yang tersendiri yang Engkau berikan khas untuknya supaya dengan kelebihan itu digunakan untuk mengingatiMu, mencintai-Mu, kasih dan mengagungkan-Mu, walaupun dia seorang yang tidak sempurna luarannya, bagaimanakah aku bisa mencapai kelebihan itu ya Allah.


Namun ya Allah... memandangkan aku adalah hamba-Mu yang hina, hamba-Mu yang tidak sempurna, aku tidak layak meminta semuanya itu, kerana aku.....
Sungguh Engkau lebih mengetahui ya Allah.

Selesai solat isya' dan 2 rakaat tarawih, kami berehat selama 5 minit, kemudian Imam sambung lagi 2 rakaat. Di celah-celah rehat itu ada yang ambil kesempatan untuk berjalan, tidur, membaca Quran, sembang, pergi ambil whudu' dan solat sunat lainnya.



Munajat yang sangat Nikmat.


Setelah selesai solat 4 rakaat bersama Imam suara lunak ini, seorang imam lagi mengambil tempatnya ( Imam Ke-2 ), kelebihan imam ini pada firasatku ialah dia baca lambat dan membaca satu-satu... dan sekejap nada yang rendah dan sekejap nada yang tinggi, dia sangat meneliiti dan menghayati setiap bacaannya.. bacaan imam ini juga berjaya menyentuh perasaanku. Subhanallah!!!

Di akhir tarawih rakaat yang ke lapan, Imam ini membaca doa qunut  yang begitu panjang, lama.. sehinggakan aku dan jamaah lain menangis cair dengan bacaan doanya.. subhanallah... dalam hatiku terdetilk dan berbisik, nikmatnya bermunajat andainya hati yang bersih diterjemahkan melalui air mata yang kasih pada Robbul Izzati.

Aku kagum dengan doa munajatnya.. mula-mula dia puji Allah sebanyak-banyaknya sebelum meminta, mengharap, kemudian barulah dia memohon sepuas-puasnya kepada Allah... subhanallah... pujiannya kepada Allah yang begitu banyak membuatkan aku menitis air mata, tak dapat ku tahan ianya dari keluar mengalir membasahi pipiku yang ku rasa kebas dan sejuk... Indah sungguh ku rasakan... subhanallah... aku suka ya Allah.. walau panjang manapun pujian Imam ini bacakan dalam doanya, aku tetap mengangkat tanganku dan menutup mataku biar aku tawajjuh sungguh-sungguh dihadapan-Mu.


Aku Sujud Syukur.


Lebih setengah jam Imam berdoa, kakiku rasa sakit, tapi aku gagahkan dan aku buat-buat lupa akan kesakitan itu. Mungkin Kerana terlalu asyik bermunajat dan merintih sepuas-puasnya kepada Tuhanku, masa itu aku menangis sesungguh-sungguhnya.... subhanallah, Sambil mengaminkan doa yang dibacakan Imam, aku dengar Imam dan suara-suara jamaah yang lain juga menangis sepertiku. Subhanallah!!!

Aku rasa begitu nikmat yang amat sangat, aku teruskan bermunajat dan mengangkat tangan meminta dan terus meminta sehinggalah Imam mengakhiri bacaan doanya dengan selawat keatas Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.

Imam takbir intiqal untuk sujud... Allah.. bila ku letakkan kedua-dua lutut ku di tempat sejadah, terasa kakiku sakit dan hentakannya begitu kuat rebah dikala bersujud. Namun, dengan kenikmatan bermunajat kepada Allah, kesakitan itu hilang sikit demi sikit. Dalam sujud... ku sambung tangisku, rintihanku, aduanku, hajatku serta doaku pada Tuhanku... tidak dapat ku tahan betapa sayunya munajatku pada ketika itu, dan tidak dapat kubayangkan, betapa indahnya pada saat-saat itu, Subhanallah.

Usai salam... aku terus niat sujud syukur.. "sahaja aku berniat sujud syukur kerana Allah taa'la."

Allahu Akbar!

"Telah sujudlah wajah ini kepada Tuhan yang telah menciptakannya, yang telah menyempurnakannya, yang membentuk rupa dan pendengarannya, dengan kekauatannya dan dayanya, maka Maha berkatlah Allah sebaik-baik pencipta!"


 Aku call 'zaujah'


"Sayang, jom kita pulang!"

"Ok!"

Aku lihat ramai orang berpusu-pusu keluar masjid, dan kulihat disekitarnya ada yang teresak-esak, ada yang menyapu matanya dengan kain dan sebagainya.. Subhanallah, inilah kesan 27 ramadhan yang padanya ada kebaikan seribu bulan ( Lailatul Qadr ).

Dalam perjalanan pulang, zuyyin terlena atas dakapan umminya, mungkin khusyu' terkena hembusan angin bayu rahmat Allah di malam 27 Ramadhan ni.

Sampai rumah aku tanya zaujah, "Sayang solat tadi?"

"Alhamdulillah, zuyyin pun ikut solat sekali, sayang dukung dia."

"Sayang dukung? lamanya tu? doa qunut tadi sayang ikut solat? iyya...

Subhanallah... dalam hati ku berdoa ( Moga Allah merahmati zaujah dan serikandiku zuyyin al-kausar ).

Kemudian zaujah cerita yang zuyyin diam ja di Masjid tadi, nangis ada juga lepas tu dia lihat ja kanak-kanak yang ada di masjid tu, mereka bermain-main di belakang. Zaujah kata zuyyin nak pergi main ngan diorang tapi berjalan beberapa langkah terus nangis... pastu ada ibu-ibu arab sembang dengan zaujah tanya siapa nama zuyyin, dia suka kat zuyyin.. zaujah kata namanya Qurratul Ain' Subhanallah.. jamilah... dia usik zuyin.pastu ada anak-anak arab datang nak pegang zuyyin tapi ibu arab tu tak bagi. ( Macam ni la kisah zuyin di masjid as-salam ).


Qiamullail, dan Perkenalanku Dengan Imam.


Jam 1 pagi, aku bersiap untuk pergi masjid as-salam kerana ada qiamullail... aku datang lewat, mereka dah mulakan qiamullail seawal jam 12 tengah malam.

Sampai masjid, aku solat  tahiyyatul masjid 2 rakaat, kemudian aku ikut solat berjemaah bersama imam yang pada ketika itu sudah masuk rakaat yang ke 5.. semuanya ada 8 rakaat. setiap 4 rakaat sejuzuk. lamakan??? tapi lama-lamanya aku tidak merasakan keletihan, sebaliknya rasa seronok dan mententeramkan... ini disebabkan imamnya suara sedap, jamaah yang begitu ramai seperti solat jumaat, dan mungkin sebab aku gembira dengan ramainya hamba Allah yang qiam seperti itu di malam-malam akhir ramadhan.

Imam tutup solat malam itu dengan solat witir sebanyak 3 rakaat. Di akhir witir itu imam baca doa qunut selama 10 minit.

Sebelum pulang, aku pergi mendapatkan Imam persis Imam Abd Rahman As-Sudais itu dengan harapan agar aku bisa melihatnya secara dekat dan mendapat sedikit keberkatan dari orang-orang sholeh ahli Quran sepertinya.. aku cuba salam dan ingin mencium tangannya, tapi dia menolak, mungkin dia tidak biasa dilakukan seperti itu. Dan dia juga sempat bertanya tentang tempat tinggalku di mana. Aku jawab Malaysia.

Doa-doakan aku syeikh ya! InsyaAllah jawabnya sambil ku lihat wajahnya yang suka tersenyum.

Kemudian aku pulang dengan perasaan yang seronok dengan merasakan rahmat daripada Tuhanku yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Ramadhan akan pergi...

Bagaimana pula ramadhan tahun depan, ketemukah aku? adakah ramadhan ku masih di bumi barakah ini? atau di bumi tanah tumpah darahku? ataukah di Mekah al-Mukarramah ? Hanya Allah sahaja menentukan.

"Ya Allah! aku redha di bumi mana pun Kau letakkan aku, asalkan bumi itu bumi yang membantuku untuk mendekatkan diri kepada-Mu!"


Puisi: Bumi Ini Ada Barakah.

Negara Mesir tempat lahirnya para Anbiya',
Bumi ini ada barakahnya,
Banyak sejarahnya,
Namanya ada termaktub di dalam al-Quran,

Dalam Firman Tuhan,"masuklah kamu ke dalam Mesir
insya'Allah kamu beroleh ketenangan."

Bagi mereka yang bisa merasainya,
Membaca isi tersuratnya,
Mencerminkan melalui firasatnya,
Maka dia akan bertemu hikmahnya,
Dan terjumpa apa yang dikatakan Tuhannya.
Namun jika sebaliknya, 
terjadilah bahan fitnah
dan olokan buat umatnya.
Maka insafilah.
Segalanya ada tandanya,
Ambillah iktibar darinya,
Mengembaralah di bumi barakah,
Korek khazanah warisan Nabinya.

Siiru Ala Barakatillah

27 Ramadhan 1432 H,
Tubu Ramli Hayyu Asyir,
Madinatun Nasr. Cairo Mesir.

Menghidupkan 10 Akhir Ramadhan.

Alhamdulillah...

Allahumma salli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallam.


Malam 21 ramadhan.


Sebelum aku pergi masjid untuk solat tarawih, aku ada meninggalkan pesan kepada 'zaujah' untuk bersihkan rumah, berkemas-kemas terutamanya tempat solatku. Bila zaujah tanya kenapa bang? aku jawab yang kita sudah berada di sepuluh akhir ramadhan, dan kemungkinan tetamu akan datang ke rumah. siapa tetamu tu bang? tanya zaujah dengan nada ingin tahu. berishkan saja, insyaAllah bila tetamu datang tentu dia suka lihat rumah kita yang bersih dan kemas.


Aku terus buka pintu dan beri salam kat zaujah.

"Assalamualaikum sayang... abang pergi dulu ya." zaujah jawab salamku, waalaikumsalam."

Aku tahu yang zaujah tentu mengetahui siapa tetamu itu. kerna aku sudah berikan 'klue' di awalnya.. dan aku tahu yang dia juga sudah memahami persiapan akhir ramadhan yang mana setiap hamba Allah mesti mencari-carinya.


Bila aku sampai di rumah dan beri salam kepada ahli rumah, ternyata pesananku dilaksanakan 'zaujah'. aku lihat ada air dalam baldi dan 'mop' penyapu di ruang tamu. Subhanallah... Dalam hati aku berdoa moga Allah merahmatimu wahai isteriku.
Aku panggil zaujah yang pada masa itu dia di dapur masak resipi baru.

"Sayang, dia tersenyum melihatku... seolah-olah faham apa yang ingin ku katakan. aku tak jadi kata apa-apa selain senyum kepadanya. Dia meneruskan perkataannya.


"Bang, teringat amalan mak, apabila masuknya malam 21, mak selalu beramal. mak pernah kata,"sekiranya puasa pada hari isnin maka lailatul qadr berlaku pada malam 21 ramadhan". aku tersenyum mendengar kata zaujah' itu. Kemudian aku beritahu zaujah," ya, Imam Ghazali telah mengatakan seperti itu, dalam kitab imam ghazali rahimahullah taala ada menyatakan apabila awal puasa hari isnin, maka lailatul qadr jatuh pada malam 21 ramadhan.


"Alhamdulillah, sejuk hati abang dengar yang mak suka beramal di malam-malam seperti itu, semoga Allah merahmati dan menerima amalan mak."


Malam 21 ni aku dan zaujah hanya qiam di rumah.

"Bang bangun!" zaujah kejutkan aku untuk sahur. Aku pun bangun dan berdoa kepada Tuhanku yang menghidupkanku seletah memberikan kerehatan kepada badanku. Aku terus baca doa.

"Ya Allah, berikanlah kebahagian dan kejayaan dalam hidupku pada hari ini, semoga aku dan keluargaku serta semua ummat Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam terpilih untuk mengimarahkan malam-malam kemuliaan ini. ameen!"

Aku terus bangkit dari tempat tidurku, aku pergi jendela dan ku buka pintunya, kemudia aku angkat kepalaku dan kuarahkan mata pandanganku ke arah langit. Aku senyum... lantas terbit dilidahku ucapan 'subhanallah' maha suci Allah yang telah menjadikan cakrawala dan semua ini menjadi penyejuk mata buat hamba-hamba-Nya yang suka meneliti dan melihat kebesaran dan keindahan ciptaannya. Aku melihat bintang-bintang seolah-olah ingin memberitahu padaku bahawa inilah malam 'lailatul qadr'. Aku lihat langit begitu indah dan cerah, bintang-bintang begemerlapan sangat terang, sangat menggembirakan. Subhanallah...


Wahai langit, betapa engkau dijadikan berperanan,
Dengan melihatmu hamba dapat merasakan kebesaran ar-Rahman,
Warnamu yang kebiruan indah dipandang,
Jiwa-jiwa yang takut Tuhannya tersenyum kelihatan.

 
Wahai Bintang-bintang penyeri malam,
Sungguh engkau juga diciptakan bertujuan,
Kecantikanmu menjadi penghias langit dan bulan,
Melihatmu... memuji keindahan ciptaan Tuhan.
Dirimu bercahaya seolah-olah ada lampu berkelipan,
Mengikutimu mendapat arah dan tujuan.

Wahai Tuhan, indahnya ciptaan-Mu.
Seindah hdiup dalam kebahagiaan,
Kecantikan pada ciptaan-Mu,
Mempesonakan mata yang memandang,
Jika ciptaan-Mu begitu indah, cantik, mendamaikan,
Bagaimana pula yang menjadikan.

Subhanallah...

Maha Suci Engkau Wahai Tuhan..
Engkau Maha indah dari ciptaan-Mu,
Maha cantik dari Ciptaan-Mu,
Yang Maha Mendamaikan dari segala kedamaian,
Kerna segala itu bersumber dari-Mu,
Aku ingin dekat dengan-Mu,
Bersama rahmat dalam mendakap pelukan cinta-Mu.
Tuntun dan pimpinlah aku wahai Tuhan!.

Setelah itu aku pergi membersihkan diriku, mahu menghadap Tuhanku yang kekal abadi, menjadi penghibur hamba-Nya, keadaan apa sahaja Dialah tempat segalanya.


Malam 22 ramadhan

Aku bersiap pergi masjid walidain untuk beriktikaf. Sebelum aku pergi aku meninggalkan pesanan di wall post FBku.

"Insya'Allah iktikaf di Masjid Walidain ( Masjid Sebelah Rumah )

Bawa sejadah, Selimut, Al-Quran...Buku Kajang, Pen, Tasbih, Jubah dan serban serta, Niat yang suci !!!

" Ya Allah kurniakanlah malam rahmat penuh barakah itu. ameen !!! "

p/s: zuyyin, jaga ummi elok2 ya !!! nanti abi bagi hadiah istimewa insyaAllah. (",)"


Mesej komen masuk, Zulkifli Iliyas: "Nak ikut!"

"Marilah!"

Sampai di Masjid Walidain, aku lihat sahabatku Zulkifli Ilyas tengah baca Quran. aku salam padanya. tak sangka dia datang awal dari aku, sedangkan aku yang mengajaknya dulu, malunya..

Aku cari posisi yang sesuai, aku pilih sebelah tiang. Aku letakkan beg di sebelahnya, kemudian aku solat tahiyyatul masjid 2 rakaat, disusuli solat taubat dan solat hajat serta solat tahajud yang masing-masing aku lakukan sebanyak 2 rakaat. Kemudian aku berdoa kepada Allah subhanahu wa taala menurut apa yang aku hajati pada-Nya.

Setelah itu aku keluarkan tasbih, aku berzikir kalimah lafzul jalalah ' Allah ' sepuasnya sehinggalah aku tenang dengannya. Kemudian aku keluarkan Quran, aku baca sejuzuk. Aku keluarkan kertas kajang dan pen, aku tulis apa yang sedang ku alami pada hari ini. Alhamdulillah.

Tiba-tiba datang seorang terus menuju ke tempat mimbar solat imam. Ada apa ni dalam hatiku, oh, mungkin mereka mahu solat tahajud berjamaah. Aku tidak ikut sekali kerana ingin solat secara fardhiah ( seorang-seorang ) kerana iktikaf ini adalah iktikaf yang pertama, aku ingin melaksanakan azamku dulu, kemudian barulah aku akan fikir bagaimana amalan yang seterusnya.

Sahabatku beritahu yang mereka baca panjang dan lama. Aku hanya tersenyum. Dalam hati mungkin aku akan ikut mereka solat secara berjamaah suatu hari nanti tapi bukan hari ini, munkin esok ataupun lusa insyaAllah.

Aku bersiap untuk bersahur bersama zaujah yang sedang menanti kepulanganku.


Malam 23 Ramadhan.

Seperti biasa aku pergi masjid walidain, dengan niat hati yang suci, ingin menghidupkan malam yang diberkati, persis orang-orang sholeh kekasih ilahi, yang menjadikan malam-malam sperti ini untuk bersama dengan kekasih.


Sampai di Masjid aku sholat tahiyyatul Masjid, solat hajat dan taubat serta tahajud yang masing-masing aku lakukan sebanyak 2 rakaat. Kemudian aku keluarkan al-Quran, baca sejuzuk. Kemudia aku keluarkan tasbih, aku bertasbih dan berzikir sepuas-puasnya sehinggalah aku merasa tenang dengannya.

Kemudian aku keluarkan kertas kajang dan pen untuk menulis apa yang ku lalui pada malam-malam sperti ini.


Seperti biasa pak-pak arab akan bersolat tahajud secara berjemaah yang diketuai oleh seorang Dr Al-Azhar ( Dr Syam ). Beliau tidak jemu menjadi imam dalam meminpin solat tersebut, setiap malam dilakukannya seperti itu, tidak pernah berputus asa. Walaupun adakalanya makmumnya hanya seorang, dia tetap saja menggagahkan qiam dan bacaannya. Mungkin agaknya hamba-hamba Allah yang iktikaf di Masjid tersebut sudah merasa jemu, atau merasa letih bersolat dengannya, ini kerana beliau membaca Quran dalam solatnya agak panjang dan lama. Namun begitu aku dapat rasakan yang dia lakukan adalah untuk Tuhannya kerana amanah yang digalasnya sebagai menghidupkan malam-malam Ramadhan di tempatnya sendiri.


Aku berhenti menulis, terfikir sejenak... aku berbisik dalam hatiku,"Ya Allah, berlaku baiklah padaku, dan pilihlah yang terbaik untukku, adakah aku akan teruskan malam-malamku seperti ini yakni secara fardhiah dan tidak perlu berjamaah. Mana yang lebih baik ya Allah, pilihlah untukku yang dengan itu aku dapat menikmati luasnya rahmat-Mu dan aku bisa tenang dengan pilihan-Mu itu!."



Malam 24 ramadhan

Hari ini pun sama seperti halnya semalam, cuma aku sedikit letih kerana petang semalam aku dan sahabatku pergi airpot menghantar tetamuku asyraf yang hendak pulang ke Malaysia. Dan dicelah-celah masa yang ada sebelum bersahur aku tertidur, sampai jam 2.30 pagi, aku balik rumah kerana ngantuk sangat dan terasa letih.


Malam 25 Ramadhan.

Hari ini pun sama seperti halnya semalam. Tapi aku datang dengan semangat dan azam yang kuat. Tidak sempat aku habiskan bacaan Quranku, aku terus menghentikannya kerana ku lihat Imam Dr Syam telah mengambil tempatnya dan telah memulakan solatnya. Aku memerhatikan diskelilingnya, tiada orang, makmumnya pun tiada, dalam hati timbul rasa kasihan. Aku cepat-cepat pergi kearahnya dan menjadi makmumnya dengan harapan dapat membantunya menyempurnakan solatnya.

Dalam hati berbisik, bolehkah aku solat dengannya, dia baca panjang, mampukah kakiku dan badanku terus berdiri bersamanya dan mengikut gerak geri intiqalnya. Ha... aku gagahkan juga, aku buat kerna Tuhanku, bukan kerananya, kalau dia bisa berdiri hari-hari menghadap Tuhanku tiada jemu, masakan pula aku, walhal aku ingin mencontohi nabiku dan orang-orang sholeh sebelumku. Mungkin inilah masanya, aku bisa melakarkan sejarahku memulakan langkah baru sebagai muqaddimah menuju jalan para kekasih Tuhanku.

Selepas Dr Syam habis 4 rakaat, seorang Imam yang biasa jadi imam di masjid tersebut menggantikannya. Suara imam ini memang sedap dan mendayu-dayu, aku tersentuh dengan bacaannya, rasa terketar... tanpa ku sedari air mataku mengalir di pipi. Oh... nikmatnya. "Ya Allah aku mohon keampunan-Mu, Engkau Maha Pengampun, Dan Menyukai keampunan, ampunkanlah aku ya Allah! jadikan air mataku ini, air mata yang dapat menyelamatkan dan mensyafaatkanku di akhirat nanti, agar neraka-Mu tidak menyentuk jawarihku!"



Malam 26 ramadhan.

Sama juga halnya semalam... jamaah yang beriktikaf lena tertidur di tempat pembaringan yang disediakan khas. Aku lihat ada sebahagian pelajar-pelajar tahfiz asyik menghafal Quran. Mereka dari kalangan kanak-kanak Mesir dan sebahagian anak-anak luar yang mengaji di di sini. Sejuk hatiku lihat mereka, dalam usia kecil speerti ini ibu ayah mereka hantar ke sekolah tahfiz, mendidik mereka untuk menghafal Quran dengan harapan agar suatu hari nanti boleh mencontohi Imam-Imam yang sudah menjadi sebutan di lidah masyarakat Islam tentang keindahan suaranya melantunkan Kalam Tuhan. Allah... bertuahnya mereka ya Allah. sedang aku.... aku tunduk dan malu kepada Tuhanku... ya Allah setiap apa yang berlaku, adalah tarbiyah dari-Mu.. jika engkau kehendaki untuk hamba-Mu kebaikan, pasti ada kelebihan yang kau berikan, Subhanakallah Ya Allah!.


Kemudian Dr Syam datang. Selalunya tepat jam 1 beliau memulakan solatnya. Malam ni aku ikut bersamanya, kerana makmumnya tiada, aku dengan rela bersalam kepadanya, dia tersenyum saja padaku. Mungkin dia suka dan gembira sebab aku sudi bersalam dan mahu mengikutinya solat bersama. Alhamdulillah... semoga dengan salamku itu bisa mententeramkan hatinya dan semoga kegembiraan itu dapat melepaskan azam serta hajatku.

Setelah aku mengikutinya seorang demi seorang makmun datang dan ikut. Letih harini,menngantok sehinggakan ada seorang pak arab terlentok dan tertidur di tempat solatnya, orang dah habis salam dia masih tidur lagi.


Ya Allah rahmatilah kami ya Allah, yang menghidupkan malam-malam akhir ramadhan dengan amal ibadah yang disarankan oleh Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassallam. ameen !



10 akhir ramadhan.
Masjid Walidain,
Hayyu Asyir Cairo.
Related Posts with Thumbnails